Bersempena dengan ulang tahun stesen TV3 yang ke-37, pelakon Azhan Rani ada berkongsi beberapa keping foto berkaitan barisan drama yang pernah dilakonkannya di stesen penyiaran terkemuka itu.
Bermula dengan drama berjudul Sesuci Cinta Sofiya pada tahun 2006, Azhan atau nama lengkapnya Azhan Abd Rani hampir dua dekad terlibat dalam seni.
Dalam pada itu, pelakon berusia 46 tahun ini berharap semua drama lakonannya dapat menjadi ingatan kepada para penonton.
Ads
Dia yang sinonim dengan drama Nur ini turut menitipkan ucapan terima kasih di samping mendoakan agar stesen TV3 terus unggul dan maju.
“Dalam 37 tahun perjalanan usianya, sempatlah aku menumpang lalu di jalan ini. tak la banyak mana tapi moga melekat la satu dua nanti di kepala bila aku dah takde.
Ads
“Terima kasih @tv3malaysia . semoga terus menjadi stesen penyiaran terunggul di negara ni.
“Selamat ulang tahun buat @tv3malaysia #simpanbuatkenangan #antarabeberapa,” tulisnya.
Sudah menjadi impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga untuk memiliki cahaya mata sebagai penyeri mahligai cinta yang dibina.
Setelah hampir 6 tahun berkahwin bersama suami, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail, penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh berkata mereka masih menanti untuk dikurniakan permata hati sebagai pelengkap sebuah keluarga.
“Kalau sentuh tentang hal anak, masih belum ada lagi rezeki untuk ke arah itu. Insya-Allah kita doakan yang baik-baik sahaja.
“Malah saya tiada jawapan bilakah saya akan dikurniakan anak, hanya berserah sahaja pada Allah SWT.
“Dia Yang Maha Mengetahui. Cuma Dia sahaja yang tahu bila masa yang tepat dan sesuai untuk saya berpeluang untuk jadi ibu dan ada anak,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia 3 (AF3) ini menjelaskan, dia dan suami tidak merancang. Sebaliknya terbuka mengenai soal tersebut.
“Sejujurnya, saya dan suami memang tidak merancang namun untuk soal hamil itu semua dengan izinNya.
“Masa mula-mula kami kahwin, sebenarnya kami memang tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki awal dan kami memang berserah.
“Cuma belum lagi ada, harap semua sama-sama mendoakan agar saya dimurahkan rezeki untuk mempunyai anak sendiri, insya-Allah,” katanya.
Untuk rekod, Marsha mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga ahli perniagaan itu pada 31 Disember 2015.
Bintang ini menjadi tetamu bagi episod terbaru Media Hiburan Throwback yang dihoskan Radin yang bakal bersiaran hari ini, jam 9 malam di saluran Astro Prima dan Prima HD.
Foto: Instagram Marsha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal tidak menafikan ada beberapa pelakon wanita memilih untuk menolak tawaran untuk berlakon filem pertama di bawah produksi penerbitannya, Respected Citizen Production Sdn Bhd berjudul Sabda Kekasih.
Menurut Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin,30, dia tidak terkilan memandangkan produksinya masih lagi baru selain tawaran yang diberikan adalah sebagai heroin kedua.
“Dari segi pemilihan watak, kami ada berbincang memandangkan karektor utama di dalam filem ini pun hanya ada lima sahaja iaitu saya dan Aeril, selain Fauziah Nawi, Sabri Yunus serta watak Hayla Sofia.
“Cuma, untuk watak Hayla Sofia itu yang pening juga nak cari. Kami ada tawarkan kepada beberapa pelakon tapi tak pastilah mungkin ada yang sibuk dan sebagainya.
“Mungkin juga sebab produksi kami masih baharu, tak kenal dengan produksi ini. Bukan sebab bayaran. Tambahan pula, kena jadi ‘second heroin’ di sisi saya, memang mereka tak nak lah kan? Tapi tidak mengapa, mungkin ada hikmah,” katanya.
Wawa dan Aeril bagaimanapun bersyukur kerana pemilihan bintang baru, Sharifah Husna membawakan watak Hayla Sofia dilihat sebagai pilihan tepat.
“Saya dan Aeril, okay saja. Tapi, memang agak mencabar. Kami menghubungi ramai artis perempuan ketika itu.
“Tapi, sebab ini cerita kami, kalau memang tak ada siapa nak, kami sudah sedia dengan ‘pelan B’ misalnya tukar sikit watak.
“Apabila ramai menolak, Aeril cari lagi dan jumpa Instagram Sharifah Husna. Dia tunjuk dan saya terus cakap okay dan cantik orangnya.
“Walaupun masih lagi baru, tapi dia bagus. Lebih-lebih lagi, watak Hayla Sofia dipaparkan sebagai wanita yang baru balik dari menyambung pengajian di Mesir,” katanya.
Berkongsi mengenai cabaran melakonkan watak air mata sebagai Kasih Murni, Wawa bertuah kerana setiap pelakon saling menyokong termasuk suaminya.
“Sejujurnya, saya tiada kisah yang terlalu menyedihkan untuk dikenangkan bila nak hayati babak air mata. Jadi apa yang terbaik untuk saya lakukan ialah, dalami watak itu sendiri.
“Alhamdulillah meski sudah bertahun tidak berlakon, saya bertuah sebab pelakon lain sama-sama membantu demi menghidupkan watak. Semuanya okay, mudah untuk cipta keserasian.
“Saya lama tak berlakon lalu digandingkan pula dengan barisan pelakon yang hebat, saya ibaratnya terkena tempias dengan aura mereka. Malah saya sendiri perlulah bersungguh-sungguh untuk jayakan watak yang diberikan,” katanya.
Filem Sabda Kekasih arahan Azhari Zain itu bakal ditayangkan pada 24 Jun ini di Astro First (saluran 480).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, filem berjudul Ali & Ratu Ratu Queens yang ditayangkan menerusi platform penstriman Netflix telah mendapat perhatian meluas daripada penonton.
Rata-ratanya memuji jalan cerita filem yang mengisahkan mengenai hubungan kasih sayang seorang anak terhadap ibunya.
Lalu, ramai yang memberi reaksi terhadap filem tersebut termasuk hos, Karl Shafek.
Menurutnya, filem yang menerapkan nilai murni itu lebih bagus ini dengan karya tempatan atad mesejnya yang lebih luas.
Hubungan cinta itu tidak hanya tertumpu kepada hubungan sesama kekasih selain pelbagai aspek lain yang menyokong penghasilan sesebuah naskhah.
“FAKTA: @alidanratuqueens terlalu jauh dan bagus untuk kita bandingkan dengan karya kita yang cintanya hanya untuk kekasih sama sebaya atau mesej ringan atau yang tak tau apa mesejnya pun, atau aksi tembak bang bang boom, atau yang terlalu mencuba untuk menyampaikan mesej yang kononnya art berat yang cuma dapat difahami kelompok yang kecil.
“Kita lupa cinta itu bukan hanya untuk pasangan kekasih, kita lupa komedi itu bukan hanya lawak bodoh, kita lupa lokasi bukan hanya “background” untuk nampak gah dan kita lupa yang santai itu bukan semunya tak bagus,” tulisnya.
Bintang berusia 41 tahun ini turut berkongsi mengenai situasi sering berlaku dalam industri perfileman lokal.
“Yang kita tahu, hari ni tulis skrip, esok shooting, lusa keluar tv/panggung, tulat dapat duit. Kita lebih suka dengar feedback dari circle kita sahaja yang akan sedia puji melambung-lambung kerana favouritism atau kerana ada “udang disebalik batu”.
“Mungkin ada cadangan yang benar-benar baik tetapi kita hanya akan masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan sebab kita ada “perasaan” kitalah sahaja yang paling hebat dan pendapat orang lain boleh pergi mati.
“Ali & Ratu Ratu Queens ada fokus, ada santainya, ringan tapi ada mesej berat, ada gelak ketawa tangisnya, ada banyak lagi rasa yang sedap-sedap.
“Hiduplah kita dengan berjuta alasan-alasan aneh dan sikap superior kita menuju ke persada dunia dan yang paling penting ke Oscar yang kita buru-buru itu. Lepas ni kita sambung buat muka jebik semula bila penonton kata tak tengok cerita kita,” tulisnya lagi.
Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.