Seiring dengan perkembangan dunia digital yang kian pesat berkembang di seluruh dunia, Digital Content Connection (DCC) mengambil inesiatif dengan menjalin hubungan bersama ACE Pictures menerusi sebuah perjanjian kerjasama.
Menerusi kerjasama berkenaan, dua syarikat tersebut bakal membuka ruang, seterusnya menyediakan sokongan terhadap bakat-bakat tempatan, terutamanya dalam industri perfileman, khasnya yang melibatkan dunia digital.
Malah, diharapkan kerjasama ini akan memberi ruang buat pengkarya untuk mempersembahkan naskhah mereka dalam skop yang lebih luas.
DCC akan menggalas tanggungjawab dengan mewujudkan sistem sokongan bagi memberikan nasihat serta pandangan dalam pembangunan projek filem untuk pembikin filem.
Sementara ACE Pictures pula akan mengenalpasti, seterusnya membuat kajian dan menyediakan dana kepada projek yang layak serta menepati syarat yang ditetapkan agar menarik minat pasaran global.
Ketua Pegawai Eksekutif ACE Pictures, Johnny Chang, melihat kolaborasi ini sebagai satu kerjasama menarik dan optimis di dalam memberi impak baik buat pengkarya filem tempatan.
“Kami teruja dengan jalinan kerjasama ini. Gabungan antara dua teraju ini diharap dapat dapat membantu mengetengahkan karya penerbit filem tempatan yang mempunyai kualiti terbaik dalam naskah mereka di peringkat antarabangsa.
“Kami bukan sekadar mahu menyediakan dana semata-mata, sebaliknya impian kami adalah untuk untuk melihat pengkarya tempatan menggapai kejayaan di peringkat global, di mata dunia,” katanya.
Johnny Chang berkata demikian pada sidang media yang telah pun berlangsung di Zebra Showcase, Palace of the Golden Horses, baru-baru ini.
Terdahulu, DCC merupakan sebuah organisasi baru yang diketuai oleh mereka yang mempunyai pengalaman luas selama lebih 40 tahun dalam industri kreatif.
Syarikat berkenaan mempunyai objektif untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai kebolehan tinggi dalam kreativiti digital.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Digital Content Connection, Datuk Raja Aznil Raja Hisham pula sebolehnya mahu memberi peluang besar buat pengkarya berkualiti untuk mempersembahkan karya mereka tetapi tersekat atas kekangan dana.
“Tidak dinafikan, masalah kekurangan dana menjadi sesuatu yang sering diperkatakan dan sebolehnya kami mahu meringankan ia dengan membantu dengan cara tersendiri.
“Selain mahu memasarkan Malaysia sebagai rakan kolaborasi ideal untuk hub kreatif dan kandungan digital, DCC juga akan terlibat dalam meningkatkan kemahiran serta teknologi.
“Ia penting bagi memudahkan pengeluaran filem, kesan efek khas, animasi, permainan dan banyak lagi,” maklum Aznil.
Di majlis yang berlangsung, ‘media presentation’ untuk Digital Content Connection (DCC) juga turut dipertontonkan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti Azad Jazmin dan Eira Syazira akui menempuh pelbagai suka dan duka di alam perkahwinan.
Kongsi pasangan ini ketika menjadi artis undangan dalam segmen Geng Pagi Hot di radio Hot.fm, Azad mendedahkan kisah ketika di awal perkahwinannya.
“10 tahun kahwin tipulah tak ada pasang surut dalam perkahwinan, tapi yang paling perit sekali adalah ketika di awal perkahwinan.
“Saya baru akad nikah hari ini, lusa dia (Eira) pergi shooting untuk sebuah drama di Melbourne selama dua minggu.
“Saya ingat lagi ketika itu saya berasa sangat sedih kerana dia meninggalkan saya buat sementara waktu.
“Saya terfikir sekejap “beginikah cara aku berkahwin?”. Dua hari baru bernikah, biasalah nak suai kenal dengan isteri, tetapi dua minggu itu dia ‘hilang’ di Melbourne.
“Jadi, sebagai seorang suami yang baru berkahwin, saya hanya mampu bersabar dan menunggu kepulangan dia di KLIA 2,” kongsi Azad.
Bagaimanapun, setibanya Eira di Kuala Lumpur, dia berasa kesal dan marah dengan perbuatan Azad.
“Sejurus Eira pulang, dalam masa sama, saya ingat di KLIA 2 rupanya KLIA 1. Salah tempat rupanya,” seloroh Azad.
Imbas kembali, Eira dan Azad berkahwin pada September 2011.
Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Amarra Sofea Rose, 7 , Ameisya Leanne Rose, 2 tahun dan Areisya Suri Rose, 1 tahun 10 bulan.
Sedang mengisi masa dengan bercuti di Osaka, Jepun, penampilan terkini pelakon Wan Sharmila mulai menjadi tumpuan peminat.
Apa tidaknya, bintang drama Kau Yang Pertama itu dilihat berkongsi momen istimewa sepanjang berada di Negara Matahari Terbit itu dengan berpenampilan sopan menutup aurat.
Malah, semua foto serta video yang dirakamnya di sana memperlihatkan bintang berusia mengenakan hijab penuh.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata peminat mendoakan agar Wan Sharmila terus istiqamah selain ramai yang memuji dirinya tampak lebih sopan mengenakan tudung.
Terdahulu, Wan Sharmila baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran pada 12 Oktober alu.
Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan dibuat tuan punya badan berkenaan dengan penampilan terkininya itu.
Foto: Instagram Wan Sharmila
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...