Categories: Uncategorized

“Semoga Tuhan Rahmati Amerika,”- Kenang Peristiwa Hitam 9/11, Awal Ashaari Dituduh Sebagai Apa?

Share

Ketika ini pengacara Awal Ashaari bersama isterinya Scha Al-Yahya sedang berada di Amerika untuk menghadiri acara fesyen New York Fashion Week (NYFW2018)

Lalu, Awal turut tidak melepaskan peluang bersama-sama rakyat Amerika untuk mengenang kembali peristiwa hitam 9/11 yang telah meragut lebih 3,000 nyawa itu.

Terdahulu, rasa dukacita tersebut telah dikongsikan Awal di akaun Instagram miliknya.

“I can’t believe it’s been 17 years, since September 11. #godblessamerica,” tulisnya.

Awal memberi tahu, dia sendiri tidak menyangka peristiwa hitam itu sudah menjangkau usia 17 tahun.

Namun, bagi sesetengah pihak, insiden 9/11 adalah konspirasi daripada pihak Amerika sendiri yang sengaja ingin menjadikan umat Islam sebagai kambing hitam.

Pengkongsian tersebut nyata tidak disenangi segelintir pihak kerana mendakwa entri Awal tersebut seperti tidak menghormati sensitiviti agama.

Dalam pada itu, terdapat juga segelintir pihak yang mempertahankan tindakkan Awal tersebut dengan menyifatkan rasa simpatinya hanyalah di atas dasar kemanusiaan.

Diharap orang ramai tidak salah sangka dengan entri Awal tersebut kerana bagi MH, ia hanyalah bersifat rasa simpati antara manusia sesama manusia.

Foto: Instagram

IKLAN