Uncategorized

“Semoga Kembali Ke Pangkal Jalan, Fathia Latiff Yang Tiada Kontroversi,”- Doa Netizen

Share

Sinonim dengan kontroversi, netizen kini turut mendoakan agar pelakon, Fathia Latiff dapat kembali ke pangkal jalan, seterusnya dapat menjalani kehidupannya sebagai anak seni seperti sebelumnya.

Titipan doa dan kata-kata sokongan netizen itu dapat dilihat di ruangan komen menerusi entri terbaru Fathia di Instagram.

Malah, ada juga yang mengatakan rasa rindu untuk melihat kelibat pelakon itu di kaca TV kembali.

Minggu lalu, Fathia memuat naik status meminta hutang daripada bekas teman lelakinya, Aiman Hakim Ridza mendapat banyak respon negatif netizen.

Sebelum itu juga, namanya turut terpalit dalam kontroversi antara pelakon, Zarina Anjoulie dan juga penyanyi, Ismail Izzani.

Susulan itu, ramai yang menyarankan agar pelakon drama Ariana Rose itu mendapatkan bantuan segera setelah digelar ‘Iqram Dinzly versi wanita’ oleh netizen.

Foto/Instagram: Fathia Latiff

IKLAN