Pengacara dan pelawak, Jihan Muse meraikan ulang tahun ke-35 kelahiran suami tercinta, Ungku Hariz Faizal sehari lalu.
Lalu bersempena dengan hari jadi insan tersayang, hos Gegar Vaganza itu turut menitipkan dedikasi, serta mengharapkan agar suaminya menjadi ketua keluarga yang soleh dan sentiasa dimurahkan rezeki.
“16 jamadilawal 1405H lahirlah seorang suami untuk masa depan. 35 tahun kemudian bersamaan tahun 2020M berdiri lah dia di samping seorang wanita dan kanak2 lelaki yg dipanggil isteri dan anak.
Ads
“Semoga suami ini sentiasa berada di bawah rahmat Allah SWT, menjadi suami yg begitu awesome dan soleh, menjadi pembimbing yg benar dan semoga beroleh rezeki yg diberkati. Semoga followers 2.8juta saya ni dapat doakan untuk suami saya Ungku Hariz Faizal di harijadinya ini,” tulisnya panjang lebar.
Atas keraian itu, para peminat termasuk rakan selebriti turut memberikan dedikasi terhadapnya.
Ads
Terdahulu, Jihan dan Hariz mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2016 dan keduanya dikurniakan seorang cahaya mata setakat ini, Ungku Arsalan Haq pada 25 Januari 2018.
Foto: Instagram Jihan Muse
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pegacara, Awal Ashaari berharap agar orang ramai tidak lagi terus memainmam isu melibatkan kekeliruan status jantina usahawan kontroversi yang viral kini.
Katanya, perkara tersebut harus dihentikan segera kerana ia seolah-olah menjadi sebuah isu negara yang bukannya dalam sisi positif.
“Isu jantina pun sudah menjadi isu negara.
“Orang yang membuat kontroversi senyum, satu Malaysia bercakap mengenai dia. Lagi banyak orang komen, lagi banyak orang cari. Lagi banyak orang pertikai, lagi tinggi saham dia.
“Kita perlu hentikan perkara ini. Semua benda yang dia buat menjadi isu negara dan bukannya dalam aspek yang positif,” tulisnya di Insta Stories.
Dalam masa sama, pengacara Melodi itu meminta pihak berkuasa supaya melakukan tindakan segera agar perkara ini dapat dihentikan.
“Mungkin Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) boleh tolong selesaikan isu ini juga. Dulu sudah jadi isu sekali dan Jakim panggil buat pertemuan, tapi tak tahu apa keputusannya.
“Ini pergi umrah dan jadi isu lagi. Esok lusa, kalau dia kahwin pula akan jadi lagi?” tulisnya.
“Jadi, apa kata kita tolong selesaikan isu ini supaya rakyat Malaysia tidaklah terkejut dengan semua tindak tanduk dia. Kasihan juga kalau betul dia istimewa seperti yang dia katakan.
“Saya bukan nak sibuk, tapi saya penat apabila baca surat khabar, ada benda-benda yang kurang ilmiah dan mungkin tak timbul isu sekiranya ia hanya berkaitan isu jantinanya. Namun, isu ini menjadi kecoh kerana membabitkan agama Islam dan Tanah Suci,” tulisnya.
Awal bagaimanapun, tidak menyatakan nama mana-mana individu terhadap status yang dikongsikan itu.
Foto : Instagram Awal Ashaari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Siapa kata saya dah berhenti menyanyi? Saya masih aktif cuma tiada pendedahan di kaca televisyen sahaja,” kongsi penyanyi sensasi lewat 90-an, Leina Hangat apabila ditanya mengenai perkembangan seninya ketika ini.
Cuma baginya, skala aktif itu kian berkurangan kerana perlu memberikan komitmen lebih terhadap keluarga.
“Alhamdulillah rezeki Allah masih lagi ada lagi. Selepas tamat kontrak dengan sebuah label muzik tidak lama dulu, saya bergerak sendiri,” katanya kepada MH.
Lebih 20 tahun bergelumang dengan seni, bintang yang sinonim menerusi lagu Ceria Dalam Gundah ini akui, dia kini sudah tidak lagi ambil pusing andai apa yang kurang mengenai atau sesuka hati memberikan gelaran lain terhadap nama komersialnya itu.
“Pada saya tak kisah orang nak panggil dengan nama Leina Hangat ke… Sekarang ni ada yang panggil dengan nama ‘Leina Suam-Suam Kuku’, Leina Hangit’ ada. Saya terima dengan seadanya.
“Memadai dengan saya nama sebenar yang diberikan Allaharham bapa, Norazlina Abdul Rahman yang bermakna Cahaya Gembira. Lina itu bermaksud ‘gembira’ dan Hangat itu ibaratnya sentiasa ‘hangat bergembira di Hari Raya’.
“Jadi saya tak kisah orang nak panggil dengan nama apa pun, asalkan yang eloklah. Ia sekadar nama. Cuma nama yang baik untuk saya sebagaimana yang tertulis di kad pengenalan itu yang lebih penting,” terangnya lagi.
Terdahulu, penyanyi dan pelakon ini ditemui pada majlis Pelancaran Busana Munawwareen 2020 di Kuala Lumpur, pada Khamis.
Ditanya mengenai sejauh mana keunikan nama komersialnya itu sendiri sehingga ia kekal ‘melekat’ sampai sekarang, pelakon filem AWAS ini pada awalnya akui agak malu untuk memperkenalkan diri.
“Ada juga yang tanya Leina mana ya? Bila saya nak cakap nama Leina Hangat itu, demi Allah saya malu, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang.
“Akan tetapi disebabkan nama itulah, saya teruskan apa seadanya. Keliru juga nak perkenalkan diri. Cuma pada saya tidak salah pun,” kata Leina yang masih lagi ceria dan suka bergurau.
Terdahulu, penyanyi yang pernah menghasilkan album Tamil ini mulai mengenakan hijab kira-kira 10 tahun lalu.
Kali terakhir dirinya mengeluarkan naskhah seni adalah menerusi sebuah album kompilasi pada awal 2000.
Selain Ceria Dalam Gundah, ibu kepada seorang cahaya mata lelaki berusia lapan tahun ini turut popular menerusi lagu Gara-Gara, Eh…Dangdut, Helo-Helo Sayang dan banyak lagi.
Usahawan Ezwan Zain mengulas mengenai majlis resepsi hari bahagianya bersama isteri tercinta, Erra Fazira, pada Sabtu.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut mengulas...