Uncategorized

‘Semoga Diberi Hidayah’ Netizen Tuduh Maya Karin Masak Babi, Padahal…

Share

Gara-gara memuat naik gambar masakan mentah di Instagram, ramai yang mempersoalkan malah menuduh sesuatu yang melampau pada pelakon cantik Maya Karin.

Perkongsian yang telah di muat naik beberapa hari yang lepas telah membuatkan segelintir pengikutnya berbalah sesame sendiri di ruangan komen.

Semua ini bermula apabila ada segelintir netizen yang tanpa rasa sebersalah menuduh pelakon tersebut telah memasak makanan yang haram dimakan oleh umat Islam, iaitu babi.

Namun menjawab segala pertanyaan netizen, Maya telah mengesahkan gambar tersebut sebenarnya adalah angsa dan bukannya babi.

Bagaimanapun ada juga segelintir netizen yang marah dan rasa tuduhan tersebut tidak patut dilemparkan kerana seperti yang semua sedia maklum Maya merupakan orang islam.

Engan memanjangkan cerita, Maya tidak memperdulikan kata-kata negative yang menghujani ruangan komennya dan meneruskan aktiviti hariannya seperti biasa.

Aduh melampau betul tuduhan yang diberikan! Bagi MH benda-benda sensitive seperti ini tak perlu dibawa bergurau. Lagi pula melibatkan soal halal dan haram.

Mujurlah Maya ni seorang yang tenang dan malas untuk ambil pusing semua ini.

 

 

IKLAN