Bapa pelakon dan penerbit Liyana Jasmay iaitu Datuk Jasmay Md. Shah, 68, meninggal dunia selepas lebih setahun berjuang melawan kanser paru-paru.
Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 11.30 pagi tadi di kediaman keluarga di Kemensah, Hulu, Kelang, Selangor.
Berita tersebut dimaklumkan pelakon filem Papadom itu menerusi Instagram yang disertakan dengan sekeping gambarnya bersama arwah bapa dalam rona hitam putih.
“Semoga babah diampunkan segala dosa. Semoga babah ditempatkan bersama orang beriman. Semoga babah dijauhi azab kubur.
Ads
“You are the best daddy to our family, to your extended families, tp your friends. You bring light and joy to people. You are the giver.
“You gives me so much daddy and i thank you for raising me well. Hanya doa yang mampu mengiringi babah sekarang. Adik harap dapat jumpa babah di jannah nanti. I love you babah,” tulisnya.
Ads
Perkara sama turut dikongsikan Liyana menerusi Insta Stories.
Ads
“THANK YOU YA ALLAH SWT FOR ALLOWING ME TO BE WITH MY FATHER ON HIS LAST BREATH. TO BE ABLE TO HOLD HIM, LOOKING INTO HIS FACE. HE WAS CALM. I COUNT BE THANKFUL ENOUGH.
“THANKFUL BECAUSE HE PASSED ON A FRIDAY. I WAS WITH HIM. THANK YOU YA ALLAH SWT,” tulisnya lagi.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Habsah Simpon, 64, dan empat orang anak iaitu Juzaili Jasmay, Faradilla Jasmay, Adriana Jasmay dan Liyana.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang bersiaran secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi menyaksikan perjalanan penyanyi Datuk Fazley Yaakob terhenti setelah tersingkir di konsert minggu keempat.
Positif kerana rezekinya untuk terus mara ke minggu seterusnya tidak kesampaian, Fazley bagaimanapun menarik nafas lega dan tetap bersyukur atas peluang yang diberikan.
Bagi Fazley, membuat persembahan nyanyian di atas pentas berskala besar seperti GV bukan satu perkara mudah.
“Saya lega sangat apabila tersingkir! Bukan menidakkan peluang, tetapi akur dengan rezeki setakat ini. Saya hanya usahakan agar ada peningkatan di dalam persembahan saya setiap minggu, bukan bertanding untuk lebih baik dari peserta-peserta lain.
“@gegarvaganzaofficial bukan pentas saya, ianya terlalu besar untuk saya yang sememangnya bukan penyanyi pertandingan,” tulisnya jujur di Instagram.
Dalam pada itu, penyanyi yang sinonim dengan lagu berjudul Asmara Ini mengakui pertandingan nyanyian sangat mencabar bagi dirinya, selepas hampir 10 tahun tidak membuat persembahan di atas pentas.
“Ada perbezaan besar di antara penyanyi pertandingan dengan penyanyi rakaman. Saya hanya penyanyi rakaman yang boleh perbaiki nyanyian di dalam studio berkali-kali tanpa penjurian sehingga nyayian saya sempurna sebelum di jadikan lagu di radio.
“Penyanyi pertandingan pula adalah mereka yang ternyata begitu hebat dan menjadi kebiasaan menyanyi live tanpa kesilapan besar di hadapan para juri dan ribuan penonton.
“Terima kasih semua yang begitu banyak memberi sokongan selama saya di GV. Saya dah puaskan hati anak-anak saya terutama @elliefazley.
“Saya masuk GV untuk mereka kembali lihat saya menyanyi setelah hampir 10 tahun tidak muncul di mana2 pentas nyanyian. Saya yakin ianya adalah my best performance, gimmick dan juga vocal. Setuju?,”tulisnya lagi.
Semalam, Fazley mempersembahkan lagu Mahligai Syahdu yang dipopularkan oleh Datuk Hattan memperolehi markah terendah berbanding kesemua bintang bertanding iaitu 50 peratus.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Fazley Yaakob
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Semalam, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan khabar duka melibatkan penceraian pasangan selebriti Fizi Ali bersama isterinya yang juga merupakan pelakon, Shakilla Khoriri selepas hampir tiga tahun melayari bahtera perkahwinan.
Perkhabaran tersebut nyata mengejutkan ramai pihak lebih-lebih lagi di kalangan peminat.
Terbaru, menerusi hantaran terkini di laman Instagram, Shakilla merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat sebaik sahaja mengetahui mengenai kisah penceraiannya itu.
Menurut Shakilla, dia amat menghargai setiap doa yang dititipkan buat dirinya, anak serta bekas suaminya itu.
“Terima Kasih buat doa kalian pada kami bertiga. Family, saudara mara, kawan rapat sampai lah kalian yang saya sendiri tak pernah kenal.
“Tapi masih doa yang baik-baik untuk kehidupan akan datang buat kami.
Saya hargai sangat,” tulisnya.
Bagaimanapun, ibu kepada seorang cahaya mata itu memaklumkan dia masih lagi belum bersedia untuk menjawab segala pertanyaan ramai pihak mengenai punca penceraian rumah tangganya itu.
Katanya lagi, dia kini meletakkan segala pengharapannya kepada Allah SWT.
“Saya minta maaf sebab tak termampu untuk jawab semua. Semoga Allah berkati kita semua dan balik kan doa kalian semula.
“Lets move on. Allah ada jaga Mimi & Ameena. Always,” jelasnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan yang terbaik buat Shakilla dan seluruh ahli keluarganya.
“Semoga dipermudahkan segala urusan beb. Kau kuat, kau hebat.
“Semoga Allah permudahkan urusan you babe.
“Semoga sentiasa kuat ye umi dan Ameena.
“Saya doakan ada sinar dengan apa yang jadi,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Fizi yang juga merupakan penyampai radio, Suria FM mengumumkan mengenai penceraiannya bersama Shakilla menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, Fizi memaklumkan dia dan Shakilla akan tetap sama-sama membesarkan anak mereka dengan penuh kasih sayang meskipun mereka kini telah membawa haluan masing-masing.
Imbas kembali, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga bersama pada 18 Februari 2018.
Kemudian, Shakilla telah bergelar ibu selepas selamat melahirkan anak sulung mereka bernama Ameena Sofia pada 14 Mac 2019.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit Aron Koh tampil menerbitkan buku berjudul ZOOM IN: The Untold Story of Malaysian Filmmaking yang menceritakan perihal pengalamannya selama 18 tahun dalam industri perfileman.
Diterbitkan dalam bahasa Inggeris, buku berkenaan dilancarkan selepas Aron sukses di dalam menerbitkan beberapa buah filem antaranya Show Me Your Love, Haunted Hotel dan Zombitopia.
Mengharapkan agar perkongsiannya di dalam buku tersebut dapat memberi manfaat kepada pembikin filem muda, Aron antara lain juga mahu membantu penggiat seni memahami selok belok industri selain arah aliran industri pasca-pandemik.
“Menerusi buku ini saya pecahkan pengalaman saya kepada lima bab memandangkan pengalaman saya yang meliputi 18 tahun itu. Tentu banyak perkara yang ingin saya kongsikan.
“Saya ada kongsi pengalaman tentang keadaan semasa industri filem Malaysia, cabaran dalam industri dan jalan ke hadapan untuk industri. Saya ada menganalisis secara menyeluruh pemahaman dan pandangan saya terhadap industri, masalah yang dihadapi oleh industri dan memberi cadangan yang kontra,” katanya.
Pengasas dan penerbit eksekutif Lomo Pictures ini juga antara lain turut bercerita tentang proses pembikinan filem, bagaimana industri filem berfungsi dan elemen kejayaan sesebuah filem, sama ada filem terbitannya atau pun karya orang lain menerusi buku yang dilancarkan awal Disember lalu itu.
Malah, dia turut yakin buku ini akan memberi inspirasi dan pandangan kepada pembikin filem baharu, lepasan ijazah dan mereka yang sedang menunggu peluang serta pembikin filem luar negara tentang industri filem.
“Industri perfileman global telah terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu, pawagam terpaksa dihentikan operasi, penerbitan filem dihentikan, pembangunan industri berada dalam risiko.
“Bagaimanapun, wabak itu telah meningkatkan platform penstriman digital seperti Netflix, Disney dan iQiyi. Kini, selagi produk itu didigitalkan, maka akan ada lebih banyak peluang pada masa hadapan,” katanya lagi.
“Semasa PKP 3.0, saya mempunyai lebih banyak masa di rumah yang membolehkan saya menumpukan perhatian dan menghabiskan buku
“Sebab mengapa saya memilih untuk menulis buku ini sepenuhnya dalam bahasa Inggeris adalah kerana saya mahu lebih ramai orang, malah warga asing, memahami situasi filem tempatan kita.
“Matlamat terbesar saya adalah menggalakkan rakan sekerja saya dalam industri untuk tidak berputus asa walaupun selepas mengalami pandemik Covid-19, harapan sentiasa ada dan kami akan mempunyai lebih banyak peluang selepas ini,” katanya.
Terdahulu, majlis pelancaran buku berkenaan turut disusuli dengan pengenalan beberapa projek baru selain tayangan filem akan datang, iaitu Small Town Heroes, Tiga Adiwira, Indera, Gila Gusti dan Oh My Soul.
Aron turut mendedahkan bahawa buku ZOOM IN: The Untold Story of Malaysian Filmmaking, yang telah diperakui oleh blockchain agency, merupakan karya pertama pembuat filem Malaysia yang akan diletakkan di platform dagangan NFT.
Aron juga berbesar hati menyumbangkan 300 buku kepada perpustakaan awam Selangor untuk bacaan umum.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan sepenuhnya kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh...