Pelakon dan usahawan, Nadzmi Adhwa akui lega apabila mengetahui kesemua anggota sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) termasuk isterinya, Ardell Aryana yang ditahan oleh tentera Israel kini berada di dalam keadaan baik dan akan dihantar pulang tidak lama lagi.

Menurut Nadzmi, dia berharap agar isterinya itu akan sentiasa berada di dalam keadaan baik dan dapat pulang dengan selamat.

“Semoga Allah Lindung Awak, Dia Dengar Doa Kita,” – Sukarelawan GSF Selamat & Bakal Dihantar Pulang, Nadzmi Adhwa Lega

“Semoga Allah lindungi awak. Allah dengar doa kita. Dapat jawapan dah. Sekarang, fokus untuk bebaskan semua pejuang kita. Allahuakbar,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan oleh Nadzmi menerusi sebuah hantaran di aplikasi Thread.

“Semoga Allah Lindung Awak, Dia Dengar Doa Kita,” – Sukarelawan GSF Selamat & Bakal Dihantar Pulang, Nadzmi Adhwa Lega

Ads

Terus Pohon Doa

Pada masa sama, Nadzmi turut memohon kepada orang ramai untuk terus kekal tenang dan mendoakan yang terbaik buat kesemua anggota sukarelawan GSF yang telah ditahan.

“Semoga Allah Lindung Awak, Dia Dengar Doa Kita,” – Sukarelawan GSF Selamat & Bakal Dihantar Pulang, Nadzmi Adhwa Lega

“Allah bersama orang orang sabar. Korang kena tenang sebab Ardell tenang. Insyaallah Ardell balik,” ujarnya lagi.

Ads

Terdahulu, memetik laporan Astro Awani pada Khamis, Kementerian Luar mengesahkan kesemua rakyat Malaysia yang ditahan Israel dalam pelayaran menuju ke Gaza menerusi misi GSF kini dalam keadaan selamat dan sihat.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar, mereka dijangka dihantar pulang melalui negara ketiga.

Kementerian itu turut memaklumkan, kerajaan sedang mengambil langkah sewajarnya bagi menjamin keselamatan serta memastikan pembebasan segera peserta GSF khususnya 15 rakyat Malaysia yang telah ditahan rejim Zionis.

Ads

Selain itu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan sudah mengeluarkan arahan kepada perwakilan di Kedutaan Besar Malaysia di Amman dan Kaherah untuk mendapatkan kerjasama daripada kedutaan negara-negara ASEAN di Tel Aviv.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohamad telah berhubung dengan beberapa pemimpin dan rakan sejawat negara termasuk Amerika Syarikat bagi mendapatkan kerjasama mereka dalam hal ini.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Sumber & Kredit Foto: Thread Nadzmi Adhwa & Instagram Ardell Aryana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads