Uncategorized

“Sembuhkanlah Anakku, Ya ALLAH,” Anak Saharul Ridzwan Sakit Tonsil Bernanah

Share

Ibu bapa mana yang tak risau bila anak mereka sakit? Mungkin itulah yang dirasai pelakon, Saharul Ridzwan apabila anaknya, Muhammad Luth Ali alami tonsil yang bernanah.

Dia berkongsi perkara itu di Instagram miliknya dan memohon doa netizen agarnya anaknya cepat sembuh.

“Doakan Ali sihat. Doktor check ada tonsil bernanah, sebab tu 3 hari ni taknak makan. ALLAH SWT.

“Saya tahu macam mana sakit bila ada tonsil, sebab saya pun ada tonsil. Sembuhkanlah anakku, Ya ALLAH SWT.

“Bukan nak cari publisiti sebab, tapi merayu minta doa dari semua, semoga ALLAH SWT mendengar setiap doa-doa dari semua untuk Ali. Terima kasih semua,” tulisnya.

 

Alahai, kasihannya MH baca perkongsian Saharul itu apatah lagi umur Ali yang terlalu muda untuk menempuh rasa sakit itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat yang turut mendoakan Ali agar segera sembuh malah ada juga yang bagi tips untuk kurangkan kesakitannya itu.

Apa-apapun, MH yakin bahawa Ali seorang yang kuat dan boleh menghadapi apa sahaja dugaan. Semoga cepat sembuh ya Ali!

Foto: IG Saharul Ridzwan

IKLAN