YouTuber, Jebat Derhaka dicabar mengikuti sesi khas secara langsung bagi melihat bukti-bukti RichWorks yang melahirkan usahawan jutawan di negara ini.
Ia susulan dakwaannya sebelum ini yang seolah-olah mempersoalkan kredibiliti Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama syarikat berkenaan.
Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn Bhd, Radz Mohd berkata, dia mewakili Pengasas dan Pengerusi syarikat berkenaan untuk menjemput YouTuber itu bersama-sama netizen bagi menjelaskan pelbagai persoalan.
Tegas Radz, RichWorks pada tahun ini sudah beroperasi selama 14 tahun dan tidak akan mengeluarkan kenyataan tanpa adanya bukti.
“Oleh sebab Jebat dah persoalkan, wajib untuk kami jawab. Sembang kosong, sembang kari tak guna.
“Saya nak cabar, pelawa Jebat untuk bersama-sama Datuk Wira pada esok (Ahad) pukul 9 malam, sesi khas LIVE dari New York nak tunjukkan bukti di semua platform RichWorks dan Azizan Osman,” katanya.
Perkara tersebut dimaklumkan menerusi sepotong video yang dikongsikan di YouTube, petang tadi. Video sama turut dimuat naik di platform Tik Tok.
Ads
Radz antara lain turut mempelawa netizen untuk sama-sama melihat sendiri sesi khas berkenaan,esok malam.
Terdahulu pada semalam, Pengasasnya, Datuk Wira Dr Azizan Osman tampil menjawab persoalan yang ditimbulkan YouTuber berkenaan yang mencetuskan tular di media sosial.
Beliau menegaskan, RichWorks sebenarnya sebagai sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar di negara membantu bangsa usahawan membina bisnes sampai jadi kaya.
“Dia (Youtuber) sepatutnya ambil video billboard yang lain di sepanjang lebuh raya yang rata-rata merupakan anak didik kami. Bukan jenama syarikat saya sahaja.
“Jenama seperti Eskayvie, Nurraysa, Anggun Cotton, Chocodap’s, Sabella, Noir, Hasnuri dan banyak lagi pun ada di sepanjang lebuh raya,” katanya.
Ads
Tambah Azizan, YouTuber itu boleh tengok sendiri anak-anak muridnya yang membina jenama dari kosong sampai bergelar jutawan.
“Pergi dapatkan buku yang kita keluarkan tahun lalu. Bagi ‘adik’ (Jebat Derhaka) ini mungkin baru keluar gua gamaknya. Kita ada senarai 100 usahawan di Malaysia yang RichWorks bina. Bukti ini ada dalam buku 100 Usahawan Jutawan,” jelasnya.
Azizan memberitahu, jika YouTuber terbabit mahukan buku itu, pihaknya sanggup menghantarkan secara percuma.
“Malah menteri pun ‘endorse’ RichWorks dalam Parlimen. Nampak sangat dia duduk dalam gua, baru keluar balik raya, baru nampak billboard itu, kesian.
“Kemudian cakap itu ini, tanpa usul periksa. Sampai ada cakap semua ini gimik semata-mata,” ujarnya lagi.
Ads
Sementara itu, Azizan sempat berseloroh dengan menyatakan dia adalah ‘Tuah’.
“Saya Tuah, Tuah Azizan, siapa yang saya bimbing insyaAllah dia bertuah,” katanya.
Jebat Derhaka sebelum ini mempersoalkan adakah RichWorks ini seperti skim cepat kaya atau pak man telo selain ragu-ragu mengenai billboard RichWorks yang mendakwa menjadi tempat lahirnya usahawan jutawan sedangkan nak jadi jutawan bukan satu hal mudah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Genap tiga bulan kematiannya, akhirnya mayat mendiang pelakon Tangmo Nida telah selamat dikreminasikan pada Selasa.
Memetik laporan ThaiPBS, mayat Tangmo atau nama sebenarnya Pattaratida Patcharaveerapong dibakar di Gereja Methodist Rangsit, daerah Pathum Thani, Thailand.
Seramai 150 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat handai hadir bagi memberikan penghormatan terakhir buat aktres tersebut.
Abu mayat kemudiannya telah diserahkan kepada pihak keluarga pada Rabu.
Antara yang menarik perhatian pada majlis itu ialah apabila teman lelaki mendiang yang dikenali sebagai Bird turut hadir bersama beberapa ekor kucing kesayangan Tangmo.
Bird kelihatan sedih dan menundukkan wajahnya sepanjang majlis itu berlangsung.
Kucing-kucing tersebut dibawa bersebelahan keranda mendiang pelakon berusia 38 tahun itu.
Pihak berkuasa Thailand telah menyabitkan kesalahan terhadap enam orang suspek berhubung kematian Tangmo yang ditemui mati di Sungai Chao Phraya, Bangkok pada 24 Februari lalu.
Selepas disabitkan kesalahan, kesemua suspek termasuk pengurus Tangmo, Gatick telah diikat jamin dan kes mereka akan disebut semula pada Jumaat ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Tangmo, ThaiPBS
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan berjaya, Wawa Zainal membuat kejutan buat suami yang juga aktor, Aeril Zafrel dengan menghadiahkan kereta jenis Lamborghini Gallardo berwarna kuning.
Menurut Wawa, kereta mewah berkenaan ialah idaman Aeril sekaligus menyifatkan suami tercinta sebagai tulang belakang kepada kejayaannya selama ini.
“Sewa satu hari… Hati-hati tercalar,” kata Wawa sejurus memberikan kunci kepada Aeril.
Bagaimanapun, Aeril terkejut hingga menyapu air mata selepas Wawa memberikan geran kereta kepadanya.
Hantaran berkenaan pantas menerima reaksi warganet yang turut sama tumpang gembira melihat kebahagiaan pasangan selebriti ini.
Malah, ada di antara rakan selebriti yang turut memberikan titipan sama pada ruangan komen.
“Sayang… hadiah ini tak seberapa kalau dibandingkan dengan segala pengorbanan yang kau buat untuk family kita selama ini. Hampir 6 tahun bisnes, wawa rasa this is the time to reward @aeril_zafrel benda yang dia idamkan selama ni.
“Dia la tulang belakang di setiap kejayaan Wawa. Thank you sayang for everything,” tulis Wawa pada ruangan kapsyen.
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013 sudah dikurniakan empat cahaya mata sebelum ini iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya dan Muhammad Fahri yang kini mencecah usia enam bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selain aktif bergerak sebagai penyanyi dan pelakon, Janna Nick juga merupakan antara selebriti yang dipilih menjadi panel penyiasat tetap untuk program hiburan I Can See Your Voice musim kelima (ICSYV5).
Sudah bersiaran selama tiga minggu, episod ketika yang berlangsung pada malam semalam (Ahad) merupakan antara aksi yang yang tidak dapat dilupakan penonton setia rancangan itu.
Ini semua gara-gara aksi Janna atau nama sebenarnya, Nurul Janna Muner, 27, yang terjatuh ketika mahu kembali duduk ke kerusinya.
Janna jatuh terjelepuk ke belakang sebaik dia mahu menduduki kerusi tersebut.
Rakan-rakan artis yang terkejut dengan situasi tersebut kemudiannya cuba membantu Janna namun masing-masing tidak dapat menahan tawa selepas menyaksikan insiden lucu berkenaan.
Meninjau ruangan komen di TikTok @jannanickofficial, rata-rata netizen terhibur dengan insiden tersebut.
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...