Ads

“Semangat Dakwah Mereka Tinggi,” – KAFA Pendidikan Khas Murid Masalah Pendengaran Dilancar, PU Riz Kagum Semangat Murid Belajar Al-Quran

Pendakwah bebas yang juga suami kepada selebriti Neelofa, PU Riz meluahkan rasa kagum terhadap semangat murid bermasalah pendengaran yang mengikuti Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Pendidikan Khas.

Menerusi satu perkongsian video terbaharu di media sosial, PU Riz berkongsi pengalaman melihat sendiri usaha pendidikan khas tersebut yang memberi peluang kepada murid OKU pendengaran mempelajari asas agama.

Menurutnya, walaupun berdepan kekangan pendengaran, murid-murid tersebut tetap menunjukkan minat dan kesungguhan yang tinggi untuk mendalami ajaran Islam.

“Sedar atau tidak sekarang ini di sebahagian tempat tinggal kita ataupun dalam keluarga kita sendiri ada anak-anak atau mereka yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU).

“Saya suka panggil mereka dengan orang kelebihan upaya kerana mereka ini semua semangatnya tinggi dalam dakwah.

“Saya ada pengalaman beri dakwah pada orang buta dan bila saya lihat mereka yang kurang pada penglihatan ini, sebenarnya mereka mempunyai keinginan dalam dakwah yang tinggi.

“Bahkan dalam ayat al-Quran, mereka sangat sempurna, kadang-kadang mereka lebih baik daripada kita yang celik ini,” katanya.

Tambahnya lagi, inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bukan sahaja menyediakan tenaga pengajar terlatih bagi mendidik golongan kurang penglihatan serta kategori OKU lain, malah turut menyemarakkan semangat mereka untuk terlibat dalam aktiviti dakwah.

“Jadi disebabkan sedemikian saya nak ambil masa ini untuk memuji Kementerian Pendidikan Malaysia kerana KAFA pada kali ini menubuhkan pendidikan khas.

Ads

“Maknanya, mereka sudah mula mengajar orang yang kurang penglihatan atau apa sahaja kategori OKU.

“Dalam masa yang sama, guru itu juga terlatih dan memberikan didikan agama dan menaikkan semangat mereka untuk berdakwah.

“Jangan rasakan kita ini kurang, walaupun ada saudara kita yang lain mungkin kurang fizikalnya, tetapi semangat dakwah dia itu jangan pernah kita lunturkan,” katanya lagi.

“Semangat Dakwah Mereka Tinggi,” – KAFA Pendidikan Khas Murid Masalah Pendengaran Dilancar, PU Riz Kagum Semangat Murid Belajar Al-Quran

“Semangat Dakwah Mereka Tinggi,” – KAFA Pendidikan Khas Murid Masalah Pendengaran Dilancar, PU Riz Kagum Semangat Murid Belajar Al-Quran

Ads

Perkasa Pendidikan Islam Inklusif

Dalam perkembangan sama, buat julung kalinya Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Pendidikan Khas bagi murid bermasalah pendengaran diperkenalkan di ibu negara sebagai langkah memperkasa pendidikan Islam yang lebih inklusif di Malaysia.

Inisiatif perintis tersebut dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi memastikan kanak-kanak berkeperluan khas tidak tercicir daripada mempelajari asas agama seperti bacaan al-Quran dan fardu ain.

Majlis pelancaran kelas khas itu disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan di Pandan Perdana.

Menurut beliau, usaha ini membuktikan bahawa setiap anak, termasuk golongan OKU pendengaran, mempunyai peluang yang sama untuk memahami dan mendalami ajaran Islam.

“Semua murid yang hadir adalah anak anak OKU pendengaran. Mereka dilatih untuk membaca al Quran dan mempelajari fardu ain.

Ads

“Alhamdulillah, mereka nampak gembira dan kini boleh memahami ajaran al Quran serta agama kita. Ini menunjukkan semua anak anak termasuk mereka yang mempunyai keperluan khas boleh belajar agama,” katanya.

Pada peringkat awal, kelas tersebut menempatkan 10 murid bermasalah pendengaran yang dibimbing oleh dua guru terlatih menggunakan kaedah pendidikan khas yang memberi fokus kepada kefahaman al-Quran serta asas fardu ain.

Pendekatan pembelajaran yang digunakan juga disesuaikan dengan keperluan murid bagi memastikan mereka dapat mengikuti pengajaran secara lebih efektif dan inklusif.

Dalam masa sama, Dr Zulkifli memaklumkan bahawa program rintis tersebut berpotensi dijadikan model untuk diperluaskan ke lebih banyak lokasi di seluruh negara secara berperingkat.

Langkah tersebut selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan serta kesejahteraan masyarakat tanpa mengira latar belakang atau keupayaan fizikal.

Dengan pengenalan KAFA Pendidikan Khas ini, lebih ramai murid berkeperluan khas dijangka berpeluang mendalami ilmu agama dalam persekitaran pembelajaran yang lebih mesra dan inklusif.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Kalau Buat Konten Berlari, Boleh Nampak Betis,” – ‘Lina Kepom’ Usaha...

Keputusan personaliti televisyen, Elly Mazlein untuk konsisten memakai stoking putih rupa-rupanya bukan sekadar pilihan gaya. Sebaliknya, ia merupakan langkah yang dibuat dengan penuh pertimbangan bagi...
error: Hello. Cannot.