
Usahawan dan jurusolek, Datuk Alha Alfa memaklumkan dia ada menerima panggilan daripada aktivis kemanusiaan yang juga ketua panji Sumud Nusantara, Nadir Al-Nuri yang memohon sumbangan untuk disalurkan kepada misi Global Sumud Flotilla (GSF).
Menurut Alha, sumbangan tersebut diperlukan sebagai persediaan sekiranya mereka memerlukan khidmat guaman selepas ditahan oleh tentera Isreal sewaktu misi untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan di Gaza, semalam.

“Semalam Tuan Nadir telefon saya, mereka memerlukan sumbangan tambahan untuk bayaran guaman atau kalau duit guaman sudah lepas mereka nak buat Sumud Flotilla gelombang kedua. Yang lebih besar,” tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan oleh usahawan kosmetik itu menerusi sebuah hantaran di aplikasi Thread.
Jelas Alha lagi, dia amat berbesar hati untuk menjadi antara penyumbang kepada misi tersebut dan telah berjaya menyalurkan dana sebanyak RM48,000 hasil daripada sesi jualan langsung di Youtube, malam tadi.

Menerusi hantaran sama, Alha turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah menyokong produknya demi merialisasikan misi ini.
“Saya jadi sangat teruja dan tak sabar.
Yang sertai sesi siaran langsung saya di Youtube malam tadi, walaupun sekejap, kami berjaya kumpul RM48,000.
“Jadi, semua wang tersebut kita akan serahkan ke sana. Syukur dan terima kasih semua. Namun, usaha ini tidak akan terhenti setakat ini sahaja.
“Saya nak usahakan yang lebih besar supaya banyak lagi dana akan terkumpul,” ujarnya.
Sumbangan Dihargai
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha Alha tersebut selain turut mendoakan semoga bisnesnya terus berjaya.
“Yay, tak rugi kita sokong Alha Alfa dari dulu lagi.
“Saya sangat bangga dengan awak Datuk Alha Alfa.”
“Terima kasih Alha kerana menggunakan platform awak di jalan yang betul. Semoga awak sentiasa dirahmati Allah.
“Terima kasih kerana menjadi orang baik,” antara komen-komen netizen.

Difahamkan, Alha bakal kembali mengadakan jualan pada hari ini dengan tawaran potongan harga sehingga 50% untuk kesemua produk-produknya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




