Pengacara dan selebriti popular Indonesia, Raffi Ahmad berkongsi detik penuh emosi sewaktu pertama kali bertemu dengan anak angkatnya, Baby Lily yang kini menjadi perhatian ramai.

Menurut Raffi, bayi perempuan itu ditemukan dalam keadaan amat menyedihkan apabila ditinggalkan di tempat pembuangan sampah sejurus selepas dilahirkan. Malah, ketika ditemui, usianya belum pun mencecah 24 jam.

Katanya, usaha awal untuk menyerahkan Lily ke beberapa pusat jagaan dan rumah anak yatim  tidak berhasil kerana tiada pihak yang mahu menerimanya. Bayi malang itu kemudian dibawa ke klinik dan akhirnya dipercayakan kepada kenalan rapat keluarga yang mempunyai hubungan dengan adik Nagita Slavina iaitu Caca Tengker.

Difahamkan, bayi tersebut sepatutnya dibawa ke Bali, namun kerana masih terlalu kecil, Lily tidak dibenarkan menaiki pesawat. Justeru, Caca memutuskan untuk menempatkannya sementara di rumah Raffi dan Nagita.

Ads

“Masa itu tak boleh (dibawa ke Bali), jadi dititipkan dulu kepada Caca. Waktu Caca datang ke rumah saya, bayi itu masih belum diazankan. Jadi saya yang azankan dia. Selepas selesai azan, saya pandang matanya,” kata Raffi sambil mengakui momen itu  dalam temu bual bersama Ivan Gunawan di saluran YouTube Comic 8 Revolution.

“Selesai Azankan, Saya Pandang Matanya,” – Raffi Ahmad Kongsi Kisah Asal Usul Anak Bongsunya, Lily
Tiga permata hati Raffi Ahmad dan Nagita Slavina.

Momen tersebut menjadi lebih menyentuh hati apabila anak sulung Raffi dan Nagita, Rafathar yang lazimnya kurang mesra dengan kanak-kanak kecil, secara tiba-tiba meluahkan kata-kata penuh restu. “Udah Pah, dia di sini saja,” ujar Rafathar, sekali gus menguatkan lagi keyakinan mereka untuk menerima Lily.

Ads

Nagita pada mulanya berasa ragu-ragu dengan keputusan tersebut, namun pasangan itu akhirnya bulat hati untuk mengasuh Lily dengan penuh kasih sayang. Mereka percaya niat tulus dan doa yang dipanjatkan pada Ramadan lalu akhirnya terjawab melalui kehadiran bayi itu.

Ads

Kini, Lily secara rasmi diberi nama Ranayma Malika Raudhia Andara dan menjadi sebahagian daripada keluarga Andara. Raffi menyifatkan kemunculan Lily sebagai anugerah terindah yang hadir tepat pada waktunya.

Imbas kembali, Raffi Ahmad dan Nagita Slavina berkahwin pada 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Rafathar Malik Ahmad dan Rayyanza Malik Ahmad masing-masing berusia 10 dan 4 tahun.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads