Categories: Uncategorized

Selepas ‘Waffle’, Ramai Pula Minta Ajar Sebutan Bahasa Inggeris Pada Adibah Noor

Share

Penyanyi, Adibah Noor sememangnya dikenali sebagai cikgu bahasa Inggeris apabila sering memuat naik sebutan bahasa Inggeris yang betul.

Terbaru, dia memuat naik video sebutan perkataan ‘Waffle’ di laman Twitter miliknya.

“Yang ini pun selalu silap kan? Waffle =Wor-fel,” tulisnya.

Susulan itu, kelihatan ramai netizen memohon tunjuj ajar Adibah mengenai perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang lain seperti ‘archive’, ‘bus’ dan lain-lain.

Sebelum ini, video sebutan predator Adibah turut viral di laman media sosial.

Pada MH, rakyat ni kan ramai yang ada ‘lot of mix’ jadi memang banyak gaya sebutannya. Jadi, memang sangat bagus apabila ada yang berbuat sebegini.

Apa-apapun, MH sendiri terhibur dengan video-video Adibah. Keep it up!

Foto/Instagram: Adibah Noor

IKLAN