Pelakon, Elfira Loy menyatakan rasa gembira apabila berkesempatan menyambut raya tahun ini meski sedang sarat hamil meniti hari melahirkan zuriat keduanya tidak lama lagi.
Pelakon berusia 28 tahun ini berkongsi hal tersebut menerusi beberapa perkongsian di laman media sosial Instagram miliknya.
“Seronoknya tengok orang masih syok beraya pakai baju raya. Next year nak raya puas puas.
“This year kita Raya atas katil jelah rest menunggu hari bila baby princess nak keluar. Semalam macam dah mimpi . Tapi tak tahu lah bila dia nak keluar,” tulisnya.
Sekadar informasi, Elfira dan suaminya, Faris Khairol Anuar telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 1 Januari 2019.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun terlebih dahulu dikurniakan cahaya mata sulung yang bernama Muhammad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019.
Sebelum ini, Elfira juga pernah mendedahkan bahawa dia bakal bersalin bayi perempuan sekitar awal bulan Mac lalu.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Elfira Loy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Amira Othman menyimpan hasrat untuk membawa single terbarunya yang berjudul Alah Bisa hasil kolaborasi bersama penyanyi terkenal, Faizal Tahir untuk dipertandingkan di pentas-pentas berprestij seperti Anugerah Juara Lagu (AJL).
Menurut Amira, harapannya terhadap lagu ini sememangnya amat besar namun, dia tetap memberikan sepenuh kepercayaan terhadap perancangan yang telah disusun oleh Allah SWT.
“Sepanjang saya berkecimpung di dalam industri ini, saya masih lagi belum berkesempatan ke pentas AJL. Sebelum ini ada lagu bersama Sufian Suhaimi tapi setakat di semi-final sahaja.
“Saya sebenarnya tidak menspesifikasikan mana-mana lagu sebab walau macam mana pun kita merancang, kalau Allah kata belum rezeki, tidak akan jadi juga.
“Kalau tanya mengenai harapan saya tentang lagu ini, sebenarnya memang besar dan saya berhasrat ingin membawa lagu ini di pentas-pentas besar yang belum pernah saya jejaki,” tulisnya.
Bekas bintang kelahiran Akedemi Fantasia musim ke-10 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media pelancaran lagu Alah Bisa yang berlangsung di Ibu kota pada Khamis.
Amira turut menambah, dia tidak pernah sekali pun terdetik untuk mengalah kerana menyanyi merupakan perkara yang paling disukainya.
“Saya mula memasuki pertandingan nyanyian pada usia 12 tahun. Sepanjang tempoh itu banyak kali juga saya kalah. Menang pun mungkin sekali je rasanya.
“Ada kalanya rasa sedih juga tapi disebabkan kecintaan terhadap bidang nyanyian yang membuatkan saya terus bersemangat.
“Saya percaya semua orang dalam hidup ni bila kita buat sesuatu yang kita suka, kita tidak akan putus asa. Saya tak mahu mengalah lagi.
“Selagi ada rezeki, saya mahu terus menghasilkan karya-karya yang terbaik buat pendengar khususnya buat para peminat,” kongsinya lagi.
Ketika ditanya adakah dia cemburu bila melihat rakan-rakan seperjuangan di Akademi Fantasia dahulu kini lebih menyerlah berbanding dirinya, Amira memberitahu kejayaan-kejayaan rakan artis inilah yang menaikkan semangatnya untuk menjadi lebih baik
Saya, Hael Husaini, Nabila Razali dan ramai lagi dulu siap ada group yang sama untuk membincangkan mengenai perjalanan kerjayamasing-masing tetapi begitulah kehidupan.
“Bila kita keluarkan sesebuah lagu ni, ada kala tak jadi. Bila keluar lagu seterusnya, menjadi pula. Begitu juga dalam bidang lakonan.
“Saya merupakan seorang yang sangat percaya kepada rezeki. Jadi, saya tidak berasa cemburu dan iri hati. Kami semua masih berkawan baik dan kami memang menyokong antara satu sama lain.
“Kejayaan rakan-rakan ini sebaliknya menjadi inspirasi untuk kita sama-sama buat yang terbaik dan bergerak ke tahap yang baru,” akhirinya.
Single Alah Bisa kini sudah boleh mula didengari di seluruh platform penstriman manakala muzik videonya pula boleh ditonton di saluran Youtube Faizal Tahir.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Memori raya tu tahun ini… tahun pertama kami beraya tanpa arwah ayah. Sekarang ni kalau macam nak beli baju raya pun cuma hanya beli untuk mak sahaja.
“Kalau tak selalunya beli untuk keduanya sekali, ni dah tak ada, beli untuk mak sahaja lah.
“Kalau dulu, dia selalu akan tanya tahun ni baju warna apa, baju apa nak pakai ni,” katanya yang masih sedih tapi reda.
Dedah penyanyi kelahiran Kota Kinabalu, Sabah, sifat arwah bapa paling heboh dan gemar membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri awal.
“Tapi dari segi persiapan raya, dia memang seorang yang beria. Macam raya tahun lepas dia dah siap pasang lampu, langsir semua sendiri,” kongsinya lagi.
Di samping berkongsi menu kegemaran arwah ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri, penyanyi berusia 32 tahun ini berkata bapanya seorang yang tidak banyak kerenah.
“Arwah ayah saya ni senang, dia tak banyak kerenah. Dia makan apa sahaja. Tapi yang selalu dia suka makan kuah kacang dengan nasi impit,” katanya lagi.
Ayu berkongsi hal tersebut ketika ditemui sidang media pelancaran lagu raya baharu, Riang Ria Lebaran bagaimanapun bersyukur kerana masih mempunyai ibu bapa mertua.
Terdahulu selain Ayu, Riang Ria Lebaran turut menampilkan penyanyi Asmindar, Bob Yusof, Syura, Shah Iran, Aruel Ariel dan Fitry Hiswady turut menyumbang suara di dalam lagu ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pencipta lagu, Faizal Tahir mendedahkan sahabat baiknya yang juga merupakan penyanyi, Yasin Sulaiman merupakan antara individu yang paling banyak mengubah hidupnya ke arah yang lebih balik.
Menurut Faizal, dia dan Yasin sebenarnya merupakan bekas jiran di kondominium yang sama dan mereka juga sudah merancang untuk bertemu beberapa hari sebelum penyanyi tersebut ditahan.
“Saya cuba berhubung tapi tak dapat kerana telefonnya tiada bersamanya. Saya cuba hubungi peguamnya pula, mungkin mereka juga sibuk. Pada waktu seperti ini kawan-kawan memang perlukan sokongan.
“Kalau nak cerita mengenai betul atau salah, saya tak layak. Apa yang boleh saya katakan, Yasin merupakan seorang kawan atau manusia yang paling banyak mengubah hidup saya.
“Sebenarnya saya merancang untuk bertemu dengan dia beberapa hari sebelum insiden tersebut berlaku. Kemudian, dapat pula berita mengenai kes melibatkan dirinya.
“Apa yang saya cakap ini bukan kerana bias, kalau saya boleh senarai orang-orang yang mengubah hidup saya menjadi lebih baik, Yasin mungkin di top 3,” katanya kepada MH.
Faizal berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran single terbaru hasil kolaborasi bersama penganyi, Amira Othman menerusi lagu berjudul, Alah Bisa yang berlangsung di ibu kota pada Khamis.
Penyanyi lagu Sampai Syurga ini turut menambah, Yasin sememangnya memiliki keperibadian yang sangat baik dan banyak memberi impak yang mendalam buat kehidupannya.
“Saya banyak belajar mengenai kehidupan dan hal agama dengan dia. Pergi ke rumahnya saya akan belajar dan fahami maksud Al-Quran. Dia banyak memberi pengertian hidup buat saya.
“Bila jadi macam ni, saya pun sedih. Saya cakap secara jujur, demi Allah Yasin merupakan antara manusia paling baik saya pernah jumpa. Dia sangat suka memberi.
“Orang kalau jumpa dia buat pertama kali pun, mesti akan puji betapa baiknya dia. Hati dia bersih, tak pernah buruk sangka dan selalu tolong orang.
“Kalau orang kata Faizal dah lain sekarang, antara nama yang saya akan sebut adalah disebabkan Yasin,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Faizal juga turut memaklumkan dia merupakan antara individu bertanggungjawab yang menjaga Yasin ketika dia mengalami simptom bipolar pada tahun 2013.
“Saya pernah menjaga dia sewaktu dia mengalami bipolar sekitar tahun 2013. Dia tanpa segan silu berkongsi mengenai perkara tersebut.
“Nak kata susah untuk menjaga itu tidak tapi saya banyak berlajar perkara baru. Ia pengalaman berharga buat saya. Saya sangat sayang pada dia.
“Personalitinya akan berubah-ubah, jadi, saya kena banyak bersabar. Kalau tiba-tiba kena marah atau mood baik tiba-tiba bertukar, itu biasa. Hampir tiga bulan juga saya menjaga dia,” ujarnya lagi.
Mengikut pertuduhan, penyanyi popular dengan lagu Mimpi Laila yang berusia 47 tahun itu didakwa mengedar dadah jenis ganja anggaran berat 214 gram.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara di sini, pada jam 5.30 petang, 24 Mac lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Utusan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti dan usahawan, Neelofa menyangkal dakwaan penglibatannya bersama suami, PU Riz dalam program realiti terbaharu, Mualim Muda bakal menjadi tumpuan utama berbanding para peserta yang bertanding.