Selepas muncul dengan single berjudul Sakit sebelum ini, pelawak dan penyanyi, Achey kini melancarkan pula Sembuh yang mana ia adalah kesinambungan sungle pertamanya itu.
Sembuh yang juga hasil ciptaan sepenuhnya Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah dilancarkan secara rasmi pada 5 Jun lalu di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.
Masih mengekalkan genre sama dengan single terdahulu, Achey berkata lagu Sembuh mempunyai sedikit kelainan dari segi bunyi dan penghayatan lagu itu.
“Komposer dan lirik lagu ini daripada saya sepenuhnya. Cuma gubahan muzik oleh Baby Majistret bersama pasukannya. Syarikat rakaman 17 Eleven menggalakkan saya cipta dan buat lirik.
“Dalam masa sama, saya sebenarnya suka pada sentuhan sendiri. Sebab kalau menjadi dan diterima baik, ia adalah hasil kerja saya dan ia satu rahmat. Kalau sebaliknya, ia tetap hasil kerja saya dan tidak membabitkan orang lain.
“Genre lagu ini balada, sama macam lagu Yang Terindah dan Sakit. Tapi, warna dalam lagu ini adalah kesinambungan daripada lagu Sakit. Penghayatan juga lain daripada lagu sebelum ini. Jadi, ia sedikit berbeza,” katanya.
Berkongsi mengenai lagu Sembuh, Achey berkata ia adalah kesinambungan lagu Sakit.
Ads
“Menerusi lagu Sembuh ini ia menceritakan bagaimana kisah selepas lelaki itu meninggalkan wanita terbabit menerusi lagu Sakit. Lagu ini memaparkan yang mana dia sebenarnya masih terkesan.
“Dalam pada terluka, dia tidak sedar ada seseorang yang sanggup menerima dirinya seadanya dan sanggup berkorban dalam apa cara sekali pun. Luka yang masih ada itu memberi kesan kepada kerjaya dan orang sekeliling.
“Jadi, disebabkan itu kehadiran wanita itu adalah untuk menyelamatkan diri lelaki terbabit dan orang sekeliling supaya tidak terus tejejas. Pendek kata, luka lama sembuh disebabkan wanita ini yang mana tanpa disedari pun,” katanya.
Sama seperti lagu lain, Achey meletakkan diri dalam lagu Sembuh agar penghayatan dan jalan cerita lagu itu lebih dirasai.
Ads
“Lagu ini berkaitan degan kehidupan saya. Sebab saya suka meletakkan diri saya dalam lagu. Macam lagu Sakit, saya dapat rasakan pengalaman orang lain yang diceritakan pada saya.
“Dari situ saya cuba selami perkara itu dan terhasillah lagu Sakit. Apabila nak menjadikan kesinambungan lagu itu, saya kena letakkan diri sendiri dalam lagu ini. Saya berasakan ia adalah diri saya.
“Apabila ia berkaitan kisah diri sendiri, maka ada ‘feel’ dan mudah diselami apabila menyanyikan lagu ini. Itu yang saya praktikkan dalam setiap lagu saya,” katanya.
Dalam masa sama, Achey tetap menyimpan hasrat agar suatu hari nanti dia dapat berkaksi di pentas pertandingan nyanyian seperti Anugerah Juara Lagu (AJL).
Ads
“Saya sebenarnya menyimpan hasrat dari lagu pertama lagi. Sudah masuk pencalonan Muzik Muzik, tapi tak lepas. Saya beranggapan mungkin saya bukan penyanyi profesional. Tapi apabila diterima di media sosial dan YouTube ia sudah cukup baik.
“Tontonan sehari satu juta untuk setiap lagu, ia sangat memberangsangkan. Syarikat rakaman pun agak terkejut sebab sambutan sangat bagus dan kekal selama seminggu.
“Harapan untuk lagu ini tak banyak, cuma lebih kepada ia mendapat sambutan baik dan tontonan yang tinggi. Malah, paling penting nak orang faham lagu ini adalah kesinambungan daripada lagu Sakit. Sembuh adalah penutup cerita itu. Selepas itu baru buat lagu lain pula,” katanya.
Sebelum ini, Sakit yang dilancarkan tahun lalu mencecah 34 juta tontonan di laman YouTube Seventeen Eleven Music Setakat ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon senior, Zarina Zainuddin berkongsi cerita satu insiden membabitkan anak lelakinya, Muhammad Naim Azraidan yang secara tidak sengaja telah melanggar kereta orang lain.
Kejadian itu difahamkan berlaku ketika anaknya sedang dalam perjalanan untuk ke kedai membeli surat khabar bersama Azil.
Zarina mendakwa, insiden tersebut bertambah teruk apabila individu berkenaan dipercayai mahu memukul anaknya dengan helmet ekoran kejadian itu.
Bagaimanapun, anaknya terselamat selepas menerima bantuan daripada seorang individu bernama Encik Yusuf, yang merupakan seorang pemilik klinik di sekitar kawasan kejadian.
“Kita hidup jadi manusia ni kena ada tolak ansur kena ada rasa belas iksan dengan orang .. tadi naim pegi hantar azil pergi ke 7 elevent abang azil ngamok ngamok nak pegi kedai .. terlangar kereta orang.
“Orang tu dah panggil suaminya datang nak hentsk kepala naim dengan helmet nasib baik ada en.yusuf ni owner klinik kat situ datang sattle kan terima kasih toling hantar anak-akak sampai ke balai polis buat report.
“Owner kereta yang kena langgar tu berkeras suami saya suruh report polis, yea baiklah jumpa saya disana. sata ke sana naim buat report bila dengar suara saya sebab pakai mask dia cakap eh kak zarina ke,” tulisnya.
Pada masa sama, pelakon berusia 50 tahun ini menasihati kepada orang ramai untuk mengamalkan sikap tolenrasi antara satu sama lain.
“Yea dik ooo taktahu .. tak kiralah siapa saya kita sebenarnya bokeh tolak ansur .. kita hidup macam putaran roda hari ni awak kat aras esok kat bawak kadang apa yang menimpa kita pun kita macam tak percaya.
“Ya Allah kuatkan aku sabarkan lah aku, semuga Allah permudahkan segalanya dalam hidup ku ..#azilazal #autism #autismawareness,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, Zarina diijabkabul dengan suami Datuk Seri Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993 dan dikurniakan empat cahaya mata, iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 25, serta Muhammad Naim Azraidan, 18, dan Muhammad Adam Azrai, 15 tahun.
Foto: Instagram Zarina Zainuddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meski hanya sempat bersiaran bagi episod pertama pada Ahad lalu, program hiburan All Together Now Malaysia (ATNM), Astro kekal dengan keputusan menunda tayangan program hiburan terbaharu itu sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad menerusi Harian Metro berkata, pihaknya mahu memberi laluan kepada siasatan menyeluruh daripada semua pihak terbabit.
“Kami akan memaklumkan kepada semua tarikh baharu siaran apabila segalanya selesai,” katanya seperti yang dipetik.
Kenyataan itu bagi menjawab laporan media sebelum ini berkenaan tiada kertas siasatan dibuka oleh pihak polis susulan dakwaan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh selebriti yang terbabit dalam rakaman ATNMY yang tular baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali yang dipetik sebagai berkata, selepas semakan dibuat, pihaknya mendapati rakaman program itu dibuat sebelum arahan PKP 3.0 dikuatkuasakan.
Terdahulu, tular di media sosial apabila program yang menampilkan 50 juri itu didakwa melanggar SOP sehingga memaksa pihak Majlis Keselematan Negara (MKN) mengarahkan agar siasatan dilakukan ke atas penerbitan rancangan berkenaan susulan dakwaan pelanggaran SOP
Susulan itu, Astro dalam satu kenyataan pada 8 Jun lalu memutuskan untuk menghentikan sementara program terbabit sehingga siasatan berkaitan dakwaan berlakunya pelanggaran SOP selesai.
Menerusi kenyataan itu, Raqim berkata, rakaman program itu dibuat pada Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan PKP 3.0 dan kru terlibat sudah menjalankan ujian calitan Covid-19 ke atas semua yang mengambil bahagian sebelum rakaman bermula.
Hanya mereka yang berstatus negatif sahaja dibenar meneruskan rakaman.
Raqim pada masa sama menjelaskan, set yang dibina mengambil kira penjarakan fizikal dan berjarak 1.5 meter antara setiap juri di samping penghadang lutsinar turut diletakkan bagi memisahkan mereka.
Difahamkan juga, rakaman program terbabit juga turut dihadiri wakil agensi-agensi keselamatan.
ATNMY memulakan siaran episod pertamanya pada 6 Jun lalu dan sepatutnya bersiaran setiap Ahad jam 9 malam di saluran Astro Ria.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pengacara, Burn menjelaskan dirinya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai kritikan orang ramai berhubung program bual bicara bola sepak kendaliannya, Berbulu Dengan Burn (BDP) edisi EURO 2021.
Jelas Burn atau nama sebenarnya Rueben Thevandran, tujuan program tersebut diadakan adalah bagi mengubah persepsi masyarakat mengenai lanskap penyiaran di Malaysia ketika ini.
“So far so good permulaan kami utk BDB Euro2020. Ada macam macam kekecohan di media sosial sekarang tentang perubahan yang kita bawa dalam dunia penyiaran bolasepak di Malaysia.
“Ada yang suka dan ada yang benci tapi takpe sebab misi kami adalah untuk mengubah mentaliti orang ramai tentang landskap penyiaran di Malaysia. Tak salah kalau bukan bekas pemain yang jadi tetamu!,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim pertama itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, program ini juga mengetengahkan konsep yang agak berbeza apabila mereka sepakat untuk mengangkat sudut pandang mengenai sukan bola sepak daripada perspektif seorang penyokong.
Dalam pada itu, Burn turut menjelaskan dia dan para tetamunya tidak pernah sesekali menganggap diri mereka sebagai pengulas atau pun pakar dalam bidang tersebut.
“Konsep berbeza kami jadi seperti korang ‘Fans’ yang tengok bola dan komen ikhlas. Kalau nak setuju je memanjang takyah buat show. Kena ada perbezaan pendapat dan ‘argument’ kerana semua ada hak masing-masing bersuara.
“Yang penting lepas dah settle tu settle je la masih berkawan siap hantar balik rumah lagi.
“Kami di sini untuk menghibur dan berkongsi pendapat sebagai peminat bolasepak dan takkan sesekali mengatakan kami adalah ‘pundit’ atau ‘pengulas’,” ujarnya lagi.
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai ‘perang mulut’ diantara Burn bersama rakan pengacara, Farish Aziz sewaktu mereka mengendalikan program ketika perlawanan diantara Belgium menentang Rusia.
Insiden tersebut menyebabkan ramai pihak memberikan reaksi pelbagai berhubung program bual bicara tersebut.
Pelakon dan aktivis seni, Datin Seri Umie Aida menzahirkan rasa sedih atas pemergian suami kepada rakan artis, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, Allahyarham...