Categories: Uncategorized

Selepas Riri, Drake Cuba Tackle Tay Tay pula?

Share

Nampaknya penyanyi pop Taylor Swift (Tay Tay) dikatakan sedang menjalin hubungan rapat dengan rapper terkenal, Drake setelah hanya beberapa bulan berpisah dengan aktor, Tom Hiddleston.

Walaupun belum dapat dipastikan mengenai kesasihan berita berkenaan, namun rata-rata media Hollywood mendakwa, pasangan selebriti ini telah menjalin asrama secara senyap-senyap. Betul ke?

Menurut Daily Mail, Drake dikatakan baru sahaja membeli barangan mewah buat dua kucing kesayangan Taylor yang diberi nama Meredith dan Olivia.

Malah, Drake kononnya telah menghabiskan masa hampir sejam di sebuah kedai aksesori kucing semata-mata mahu mengambil hati penyanyi Are You Ready For It berkenaan.

“Dia bukan sahaja membeli barangan keperluan biasa diperlukan tetapi beg mewah untuk Talyor meletakkan kucing kesayangannya.

 

 

“Drake benar-benar cuba mengambil hati Taylor apabila mengetahui penyanyi itu benar-benar sayangkan kucing,” kata sumber.

Terdahulu, Drake dan Taylor dilihat banyak menghabiskan masa bersama sejak bertemu dalam satu majlis ulang tahun Drake bulan lalu.

Walaupun tiada pengesahan tentang hubungan sebenar mereka namun pasangan itu dikatakan bakal berkolaborasi menerusi lagu terbaharu.

Taylor sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan penyanyi kumpulan One Direction, Harry Styles dan Calvin Harris.

Kalau berita ni betul, nampaknya Drake memang taste pada penyanyi popular masa kini. Dulu pernah rapat dengan Rihanna (Riri). Nantikan saja ada kesudahan kisah mereka berdua.

Sumber : Daily Mail

IKLAN