Wanita dan kecantikan ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan. Ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit ada juga yang selesa mengamalkan petua secara alami dan bersederhana sahaja.
Bagi Siti Nordiana binti Alias, atau juga dikenali sebagai Nana dia mempunyai rutin penjagaan kesihatan sama ada dari segi luaran dan dalaman. Tidak hairanlah Nana antara selebriti yang sentiasa tampil cantik dan anggun setiap kali membuat persembahan.
Tidak keterlaluan, Nana senang dengan kaedah alami dan memilih makanan sunnah sebagai makanan tambahan. Tambahan, kerjayanya sebagai seorang penyanyi menuntut dirinya untuk kelihatan cantik sepanjang masa.
Populariti Nana kembali berada di puncak sebaik memenangi tempat pertama program Gegar Vaganza pada musim kedua. Buat masa ini selain menyanyi Nana juga kini sibuk berlakon dan mengacara.
Nana antara artis yang sudah lama berada dalam industri ini. Apakah rahsia kecantikan Nana sehingga hari ini?
Saya mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil makanan sunnah seperti madu dan juga habbatus sauda untuk mengekalkan tahap kesihatan yang konsisten. Begitu juga dengan kecantikan, saya percaya kecantikan bermula dari dalam dan disebabkan itu saya menjadikan ulam-ulaman sebagai menu harian dan wajib minum dua liter air suam setiap hari. Selain mampu menambah stamina, ia juga mampu membersihkan organ dalaman dan menguruskan badan secara semula jadi.
Adakah Nana mempunyai masalah jerawat?
Alhamdulilah, saya tidak mempunyai sebarang masalah pada wajah namun sesekali ada juga jerawat yang tumbuh pada bahagian dahi. Bukan jenis jerawat besar tetapi yang kecil. Jadi untuk mencegahnya, menjadi rutin kepada saya untuk mencuci wajah setiap hari dan akan menggunakan krim siang juga pelembap. Dan jika pulang daripada bekerja, saya akan mencuci solekan dan tidak akan sesekali tidur dengan solekan pada wajah.
Bagaimana Nana menjaga pemakanan dan adakah mengamalkan sebarang diet?
Saya pernah melalui satu fasa di mana saya memiliki berat badan melebihi dari apa yang sepatutnya. Jadi mulai saat itu, saya mula mengamalkan diet yang betul agar berat badan saya kembali ideal. Saya menetapkan yang saya tidak akan makan selepas jam lapan malam. Kuantiti nasi juga dikurangkan dan menggantinya dengan makanan yang lebih berkhasiat.
Pelakon terkenal, Datin Sri Umie Aida sangat cerewet dalam soal pemilihan naskhah terutamanya untuk melakonkan karya-karya yang sarat dengan emosi.
Menurut Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali, dia akan mudah kecewa sekiranya para pelakon lain tidak mampu untuk memberikan tahap komitmen yang sama sepertinya.
“Kali terakhir saya muncul di televisyen untuk melakonkan watak berat hampir 10 tahun yang lalu. Saya sangat cerewet dalam pemilihan naskhah.
“Saya tak nak buang masa saya. Bila masuk ke set, saya seorang sahaja yang bersungguh-sungguh melontarkan emosi.
“Itu sangat memenatkan. Jadi, saya kena tahu siapa yang akan berlakon dengan saya. Baru saya akan rasa seronok berlakon bila kami sama-sama memberikan emosi.
“Barulah berbaloi saya rasa stres,” katanya kepada MH.
Terdahulu, Umie kini muncul di dalam drama terbaharu tertibatan platform penstriman, Viu yang berjudul Terlanjur Cinta.
Bercakap mengenai drama arahan, Izuan Mokhtar itu, Umie amat berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh para pelakon sepanjang menjayakan projek ini.
“Bila berlakon di dalam naskhah ini, lakonan para pelakon ibarat petik jari sahaja. Bila masuk ke set, kami hanya akan berlatih dialog dan lakonan kami seperti melontarkan bola sahaja.
“Kemudian, selesai. Walaupun babak tersebut sangat berat, kami saling menerima dan memberi. Ia satu permainan yang cantik,” ujarnya lagi.
Malah, pelakon filem Embun ini juga memuji disiplin para pelakon yang bersungguh-sungguh untuk memberikan karya lakonan terbaik.
“Artis juga memberikan komitmen yang bagus. Saya senang bekerja dengan mereka. Mereka datang ikut masa dan tiada masalah untuk menghafal skrip.
“Semuanya terasa lengkap. Saya rasa sangat mudah untuk melakonkan drama ini walaupun babaknya berat,” akhirinya.
Selain Umie, drama ini turut dibintangi barisan pelakon-pelakon hebat seperti Puteri Balqis, Syafiq Kyle, Khair Rahman dan Syafie Tee.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Personaliti media sosial, Ryan Bakery tidak berniat untuk mempersenda pihak polis ketika memuat naik video parodi berkisarkan sekatan lalu lintas, baru-baru ini.
Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery berkata, konten tersebut hanyalah sekadar hiburan yang memaparkan ragam masyarakat kita sendiri bila berhdapan situasi sedemikian.
“Konten itu hanya untuk suka-suka sahaja. Selalu kalau kita jumpa roadblock, muka abang-abang polis biasanya garang. Jadi, saya selitkan sikit komedi seperti masukkan kepala dalam tingkap.
“Soalan-soalan yang saya digunakan pun yang selalu kita dengar dan lalui,” katanya kepada MH.
Ryan berkata sedemikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa Indigital Music & FYP Media, baru-baru ini.
Pada masa sama, penyanyi lagu Raya Last Minit ini turut mendedahkan dirinya mendapat respon positif daripada kalangan anggota polis di media sosial.
“Abang-abang polis pun ramai juga yang komen. Mereka pun okay sahaja dengan konten saya itu.
“Cuma yang bukan polis ni sahaja yang kata saya persendakan pihak polis. Saya tiada niat pun nak persenda mereka.
“Saya pun ada tengok keadaan juga hari itu. Kalau responnya terlampau negatif, saya akan turunkan video tersebut tapi alhamdulillah semuanya okay sahaja,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, kontennya itu tidak menggambarkan imej pihak polis secara keseluruhan.
“Saya hanya melakonkan sahaja ragam masyarakat. Pada saya, tak semua polis berpewatakkan seperti dalam video saya ni. Ada juga yang okay dan mesra rakyat.
“Mereka tak ambil hati pun. Ramai anggota polis dan kawan-kawan polis saya mesej yang mereka juga terhibur dengan konten tersebut,” akhirinya.
Sehingga kini, video parodi sekatan lalu lintas itu telah pun meraih 9 juta tontonan di Tik Tok.
Sebelum ini, isu yang sama pernah timbul ketika Ryan memuat naik video parodi petugas hospital yang betugas di kaunter.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!