Nampaknya pelakon Hollywoon, Dwayne ‘Rock’ Johnson sangat menyukai Malaysia apabila dia ada membuat video khas untuk rakyat Malaysia untuk mempromosikan filem terbarunya, Rampage.

Ini bukanlah kali pertama Johnson berbuat demikian apabila dia sebelum ini juga turut membuat video ‘shout out’ kepada rakyat Malaysia semasa filem ‘Jumanji: Welcome To The Jungle.

Dalam video berdurasi 1 minit 3 saat tersebut dia melahirkans rasa terima kasihnya kepada rakyat Malaysia yang banyak memberikannya sokongan.

IKLAN

“Malaysia! Apa Khabar (hope I pronounced that right!?) to my Malaysian fans. So excited to bring you RAMPAGE in two days, this Thursday on April 12th!

“And wow! Just told I have the #1, #2 and #3 movie of all time in Malaysia. The third one is Fast 8, Second, Fast 7 and the first one is Jumanji!

“That’s incredible and I love you back! If you had fun with Jumanji, then you’re gonna have a blast with Rampage. Enjoy the movie,” katanya.

Selepas Jumanji, The Rock Ajak Orang Ramai Tonton Rampage!

Sayang betul Johnson dengan Malaysia ya apabila sanggup buat video khas untuk peminat Malaysia sahaja. Kalau nak tahu, video khas ini ada untuk negara kita sahaja tau, yang lain tiada.

IKLAN

Selepas Jumanji, The Rock Ajak Orang Ramai Tonton Rampage!

IKLAN

Video yang dimuat naik pagi tadi kini sudah mendapat hampir 50 ribu tontonan serta rata-rata rakyat Malaysia tidak sabar untuk menonton filem tersebut apabila ia tiba di pawagam kelak.

Sumber: Facebook Dwayne Johnson

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI