Penyanyi dan pereka fesyen terkenal, Victoria Beckham, kembali mencuri perhatian dunia hiburan apabila lagu solonya yang dilancarkan 25 tahun lalu berjaya menduduki tangga nombor satu carta iTunes United Kingdom.
Lagu berjudul Not Such an Innocent Girl yang diterbitkan pada 2001 itu melonjak ke puncak carta selepas peminat melancarkan kempen memuat turun lagu berkenaan sebagai tanda solidariti terhadap Victoria, yang ketika ini berdepan perhatian umum susulan konflik keluarga melibatkan anak sulungnya, Brooklyn Beckham.
Kempen berkenaan tercetus di media sosial apabila peminat menyuarakan hasrat untuk melihat Victoria akhirnya memiliki lagu solo yang menduduki carta nombor satu, sesuatu yang tidak pernah dicapainya ketika kemuncak karier muziknya dahulu walaupun popular bersama kumpulan ikonik Spice Girls.
Ads
Pada awal kemunculannya, Not Such an Innocent Girl hanya mampu mencapai kedudukan keenam Carta Single UK. Namun kebangkitan semula lagu itu pada 2026 membuktikan pengaruh nostalgia serta kekuatan sokongan peminat setia yang masih menghargai sumbangan Victoria dalam industri muzik.
Walaupun kejayaan di iTunes tidak semestinya menjamin kedudukan sama dalam Carta Rasmi UK yang mengambil kira penstriman dan jualan fizikal secara menyeluruh.
Ads
Bagaimanapun, pencapaian itu tetap dianggap signifikan dan simbolik, khususnya buat Victoria yang lebih dikenali sebagai usahawan dan pereka fesyen berpengaruh berbanding penyanyi solo.
Fenomena ini sekali gus memperlihatkan bagaimana sentimen awam dan gerakan peminat di era digital mampu mengubah landskap carta muzik, malah menghidupkan semula karya lama untuk kembali mencatat kejayaan baharu.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemelut hubungan dalam keluarga selebriti terkenal dunia, David dan Victoria Beckham, kini memasuki fasa paling tegang apabila anak sulung mereka, Brooklyn Beckham, secara terbuka menyatakan pendirian bahawa dia tidak mahu berbaik semula.
Menerusi satu kenyataan panjang yang dikongsikan di media sosial, Brooklyn meluahkan rasa kecewa yang dipendam bertahun-tahun, sekali gus menamatkan spekulasi bahawa hubungan dingin keluarga itu bakal pulih dalam masa terdekat. Tegasnya, keputusan tersebut dibuat demi ketenangan hidup dan kesejahteraan mentalnya sendiri.
Menurut Brooklyn, sepanjang membesar dia merasakan hidupnya sering dikawal, termasuk naratif keluarga yang dipaparkan kepada umum. Dakwanya, imej ‘keluarga sempurna’ yang sering ditonjolkan di media tidak mencerminkan realiti sebenar hubungan mereka di sebalik tabir.
“Saya tidak mahu berdamai semula dengan keluarga saya. Saya bukan dikawal oleh sesiapa, sebaliknya buat pertama kali dalam hidup, saya bangkit mempertahankan diri sendiri,” tulisnya di Intagram Story.
Lebih mengejutkan, Brooklyn turut mendakwa wujud campur tangan keluarga terhadap hubungannya bersama isteri tercinta, Nicola Peltz, sejak awal perkenalan lagi. Antaranya apabila Victoria membuat keputusan membatalkan untuk mereka baju perkahwinan buat Nicola di saat-saat akhir.
Beliau turut menyentuh mengenai bagaimana Victoria didakwa merampas tarian pertama mereka sebagai pasangan suami isteri dengan melakukan “gerakan yang tidak sesuai”, sekali gus membuatkannya berasa malu.
“Di hadapan 500 tetamu perkahwinan kami, Marc Anthony memanggil saya ke pentas, sedangkan mengikut atur cara, ketika itu sepatutnya berlangsung tarian romantik saya bersama isteri.
“Namun sebaliknya, ibu saya yang menunggu untuk menari bersama saya. Dia menari dengan cara yang sangat tidak sesuai di hadapan semua orang. Sepanjang hidup saya, saya tidak pernah berasa begitu tidak selesa dan terhina,” tulis Brooklyn lagi
Situasi janggal itu dikatakan berterusan sehingga selepas perkahwinan mereka pada tahun 2022, sekali gus memberi tekanan emosi yang besar kepadanya.
Dalam kenyataan sama, Brooklyn turut mengakui hubungannya dengan adik-beradik lain juga semakin renggang, malah ada yang tidak lagi berhubung di media sosial. Keadaan itu menjadikan jarak antara dirinya dan keluarga semakin sukar dirapatkan.
Brooklyn bagaimanapun menegaskan, keputusan menjauhkan diri daripada keluarganya bukan dibuat secara terburu-buru. Sebaliknya, ia lahir selepas lama memendam rasa dan mempertimbangkan kesan terhadap kehidupan peribadinya.
Setakat ini, David Beckham dan Victoria Beckham masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung pendedahan anak sulung mereka itu, sekali gus membuatkan isu keluarga Beckham terus menjadi perhatian dan bualan hangat media antarabangsa.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Nubhan akhirnya tampil memberikan reaksi susulan dakwaan telah mengeluarkan dan memindahkan barang-barang bekas isteri, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, dari kediaman mereka, baru-baru ini.
Menurut Nubhan, setiap tindakan yang dilakukan bukan dibuat secara sembarangan, sebaliknya bersebab serta dibuat selepas mendapatkan pandangan daripada pihak peguam.
“Saya buat semua perkara itu bersebab. Saya pun sebenarnya enggan mengulas lanjut sebab segalanya masih lagi di dalam proses mahkamah.
“Apa yang saya lakukan itu bukanlah secara terburu-buru atau membabi buta. Saya juga telah mendapatkan nasihat daripada peguam.
“Selebihnya saya tak dapat nak komen. Saya mohon maaf. Saya kena hormat segala proses mahkamah yang masih berjalan,” katanya kepada MH.
Nubhan berkata demikian ketika ditemui selepas berakhir konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Dalam pada itu, Nubhan turut mengulas dakwaan Dr. Afifah yang mendakwa terdapat beberapa barangan peribadi miliknya yang diambil dan tidak dipulangkan sepanjang tempoh hidup bersama.
“Sekiranya ada barang yang didakwa tidak dipulangkan, buat sahaja laporan polis. Saya sedia memberikan kerjasama. Saya tiada masalah,” ujarnya lagi.
Enggan Buka Aib, Utamakan Anak-Anak
Menurut Nubhan, dia kini lebih selesa menyelesaikan urusan keluarga secara tertutup tanpa melibatkan perhatian umum.
“Saya tak boleh nak menghalang tindakan orang lain. Bagi saya, saya akan menjaga segala aib dan tidak akan membuka apa sahaja hal buruk mengenai pasangan.
“Buat apa kita nak kongsi perkara seperti itu? Sebaiknya, apa sahaja yang berlaku diantara kami, biarlah kami sahaja yang tahu.
“Anak-anak pun akan membesar. Jika mereka melihat hal-hal seperti ini, itu juga tidak bagus,” kongsinya lagi.
Malah, Nubhan turut menafikan dakwaan kononnya dia kini semakin lantang dan sanggup mencipta akaun palsu bagi menyerang serta menyakiti hati bekas isterinya.
“Apa yang nak dikongsikan oleh bekas isteri, itu hak dia. Perkongsian saya di media sosial lebih kepada mengenai perjalanan kerjaya, aktiviti harian dan hal-hal yang mudah sahaja.
“Saya tak faham bila ada yang kata saya semakin lantang dan suka serang menyerang. Kalau kata saya buat akaun palsu untuk serang bekas isteri, itu tak masuk akal.
“Saya tiada masa nak buat semua itu. Nak hafal lirik pun dah pening kepala, tak kanlah nak buang masa buat hal lain pula,” katanya lagi.
Tambah Nubhan, dia juga tidak mahu memberikan sebarang komen terhadap dakwaan-dakwaan yang dikongsikan bekas isterinya secara terbuka di media sosial.
“Itu bukan tempat saya untuk menjawab. Kena tanya dia sendiri. Benar atau tidak, itu dia sahaja yang tahu. Pada saya, apa sahaja hantaran saya di media sosial, segalanya hanya berkaitan kerja.
“Saya tidak akan memuat naik hantaran berunsurkan untuk memburukkan orang lain atau hal-hal negatif.
“Menjaga aib bekas pasangan, itulah yang sebaiknya. Dia pun ibu kepada anak-anak saya. Kami juga pernah bersama. Jadi buat apa saya nak buka aib?,” akhirinya.
Sebelum ini, kemelut rumah tangga Nubhan kembali menjadi perhatian apabila Dr. Afifah mendakwa bekas suaminya itu mencampak keluar barangan peribadi dari kediaman milik Nubhan ketika dia sedang melancong ke luar negara.
Bagaimanapun, peguam syarie yang mewakili Nubhan, Mohd Redzuan Ramli, menafikan dakwaan bahawa barangan peribadi bekas isteri anak guamnya itu dicampak seperti yang didakwa di media sosial.
Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 sebelum disahkan bercerai talak dua pada awal Disember lalu selepas melalui prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor.
Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, Ahmad Aafan dan Afzan Nayille.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktres popular, Nur Fazura diumumkan sebagai rakan kolaborasi eksklusif bagi Koleksi Raya 2026 keluaran jenama tekstil dan fesyen terkemuka, Jakel.
Pengumuman tersebut dibuat pada acara pertunjukan fesyen Jakel Fenomena Raya 2026 yang berlangsung malam tadi, sekali gus mencetuskan suasana meriah dalam kalangan tetamu yang hadir.
Pengumuman itu juga menjawab teka-teki dalam kalangan peminat mengenai identiti sebenar wanita yang dimuat naik menerusi ‘teaser’ awal Jakel di media sosial, semalam, yang menyebut perkara berkenaan sebagai kejutan terakhir.
Kolaborasi eksklusif bersama Fazura yang juga seorang usahawan menjadi antara sorotan utama acara berkenaan.
Malah kolaborasi bersama Fazura bukan pelantikan sebagai duta, sebaliknya merupakan kerjasama khas eksklusif Jakel 2026, sekali gus mencetuskan fenomena serta keterujaan dalam kalangan peminat dan pemerhati industri fesyen.
Pertunjukan fesyen ini turut diserikan dengan kehadiran barisan duta utama Jakel Raya 2026 yang terdiri daripada selebriti dan personaliti terkenal tanah air, iaitu Nabil Ahmad dan famili, Achey dan famili, Senario, Cik Epal & Ammar, Elly Mazlein, Kamal Adli serta Que Haidar.
Selain itu, Jakel turut memperkenalkan barisan duta Gen Z Jakel Raya 2026 sebagai usaha mendekati generasi muda dan pelanggan baharu. Antara duta Gen Z terbabit ialah Lorenzo Irmann, Ara Bella Ellen, Zarif Ghazi dan Bella Dowanna.
Kesemua duta ini tampil memperagakan koleksi Raya 2026 yang mengetengahkan rekaan elegan, kontemporari dan versatil, sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat.
Sementara itu, Jakel turut melakar sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya dalam tempoh lebih 40 tahun penubuhannya, jenama berkenaan menganjurkan pertunjukan fesyen berskala besar.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bermula dengan hanya impian untuk merakamkan sebuah lagu duet, akhirnya usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri tampil meluahkan hasratnya untuk berkolaborasi bersama Biduanita Negara,...