Ads

Selepas ‘Dentam-Dentum Raya’, Jaja Ishak Intai Kamal Adli & Noorkhiriah Untuk Projek Istimewa? Teruja Anak Pahang Bakal Nikmati Baucar Raya RM100!

Penerbit dari rumah produksi Jaja Ishak Channel (JIC), Jaja Ishak bakal menjalankan penggambaran sebuah filem pendek bersempena Aidilfitri tahun ini, selepas kejayaan pelancaran lagu Dentam-Dentum Raya nyanyian Hadie Elfardie, Ammar Haikal dan Auddra Zulkifli.

Menurut Jaja, filem pendek berjudul Sujudku Di Akhir Ramadan itu merupakan projek istimewa bersama kerajaan negeri Pahang.

“Karya ini mengisahkan mengenai seorang ketua keluarga yang tidak pernah jemu mendoakan kebaikan buat anak-anak, walaupun bukan zuriat sendiri.

“Namun sebagai seorang ketua atau pemimpin, beliau selalu mendahulukan orang lain selain memikirkan hanya yang terbaik kepada orang-orang bawahannya.

“Kita akan mulakan penggambaran dalam minggu ini juga memandangkan waktu pun sudah singkat menjelang Raya tak lama lagi,” katanya.

Masih mengekalkan elemen komersial dalam setiap penerbitan, Jaja turut merancang untuk membawa beberapa pelakon terkenal bagi membintangi filem pendek berkenaan.

“Setakat ini pemilihan pelakon masih di dalam peringkat perancangan dan kalau boleh, sudah tentu kita mahukan bintang asal Pahang untuk sama-sama terlibat dalam projek ini.

Ads

“Mana tahu ada rezeki untuk bekerjasama dengan Kamal Adli, Noorkhiriah, Amerul Affendi, Lan Siro, Isyariana atau Razak Ahmad, Insya-Allah.

“Pihak kami ada cuba hubungi beberapa nama lain juga. Doakan agar projek ini dapat berjalan lancar seperti yang diharap-harapkan,” katanya lagi.

Selepas ‘Dentam-Dentum Raya’, Jaja Ishak Intai Kamal Adli & Noorkhiriah Untuk Projek Istimewa? Teruja Anak Pahang Bakal Nikmati Baucar Raya RM100!

Selepas ‘Dentam-Dentum Raya’, Jaja Ishak Intai Kamal Adli & Noorkhiriah Untuk Projek Istimewa? Teruja Anak Pahang Bakal Nikmati Baucar Raya RM100!Selepas ‘Dentam-Dentum Raya’, Jaja Ishak Intai Kamal Adli & Noorkhiriah Untuk Projek Istimewa? Teruja Anak Pahang Bakal Nikmati Baucar Raya RM100!

Ads

Sambut Baik Inisiatif Baucar Raya RM100

Sujudku Di Akhir Ramadan bakal disiarkan di semua platform media sosial sebagai antara usaha promosi kerajaan negeri yang optimis meneruskan inisiatif khas Aidilfitri menerusi pemberian Baucar Raya RM100 bagi membantu rakyatnya pulang beraya ke kampung halaman, tahun ini.

Tawaran tersebut dibuka kepada 10,000 pemohon terawal yang memenuhi syarat ditetapkan.

“Usaha ini bukan sahaja bertujuan menyemarakkan sambutan Hari Raya, malah jadi platform untuk mengeratkan semula hubungan kekeluargaan.

Ads

“Sebab ada di antara mereka yang berada di luar negeri Pahang atas tuntutan kerja, sambung pengajian dan sebagainya.

“Ia terbuka kepada individu anak Pahang berusia 18 tahun ke atas yang merancang untuk pulang beraya ke negeri itu pada musim perayaan ini,” katanya.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan Google Forms yang disediakan atau dengan mengimbas kod QR yang disenaraikan dalam kempen berkenaan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 Mac ini dan hanya 10,000 individu terawal yang berjaya mendaftar akan layak menerima baucar tersebut.

Kempen tahunan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan negeri dalam menyokong mobiliti sosial serta kebajikan rakyat Pahang, khususnya golongan muda yang merantau mencari rezeki di luar negeri.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Kanser Tulang Itu Serang Kaki…,” – Amyza Aznan Syukur Ramai Murah...

Pelakon, Amyza Aznan kini sedang merancang untuk menghantar anak keduanya, Adrian Adam yang menghidap kanser tulang bagi mendapatkan rawatan di hospital swasta terbaik.
error: Hello. Cannot.