Personaliti media sosial, Andika Putera memilih untuk bekerjasama dengan bekas isteri, Ananda Natasha berkenaan pengurusan anak selepas bercerai pada Disember tahun lalu demi memastikan anak mereka, Alisha Puteri dapat dibesarkan dengan baik dan dalam suasana harmoni.
Andika atau nama lengkap, Muhammad Andika Putera menjalin empat kesepakatan bersama Ananda merangkumi hak penjagaan, lawatan dan kebajikan Alisha supaya masing-masing dapat memberi fokus terhadap tumbesaran cahaya mata perempuan mereka itu.
Pertemuan Andika semalam bersama Alisha yang berada dalam giliran penjagaan ibunya, Tasha, turut menggamit kesayuan ketika Andika menghadiah hadiah hari jadi seutas rantai emas “i love papa” kepada anak kecil tersebut.
Andika juga ingin memakaikan cermin mata baru kepada Alisha kerana cermin mata Alisha sebelum ini perlu ditukar di sebabkan pertambahan power cermin mata yang mana penglihatan Alisha sebelum ini kabur sementara menunggu cermin mata disiapkan.
Seperti tradisi sebelum ini, Andika ingin Alisha dapat melihat object pertama, iaitu papa dan mama Alisha berada di hadapan Alisha sewaktu pemakaian cermin mata tersebut dan pandangan Alisha sudah tidak kabur lagi.
Daripada hasil pertemuab Andika & Natasha pada hari tersebut, ada beberapa kerjasama yang telah dipersetujui dengan baik.
“Hak asuh anak terhadap Alisha akan diperhalusi dan diselesaikan dengan baik untuk kebahagiaan Alisha.
“Masing-masing akan fokus penjagaan Alisha secara adil dan bergilir-gilir dengan Tasha (panggilan Ananda) seminggu, Dika (panggilan Andika) seminggu.
“Perjanjian sebelum cerai yang fokus kepada penyediaan pembantu pengasuh kepada Tasha untuk hal ehwal kebajikan Alisha serta nafkah, yang mencukupi diteruskan seperti sedia-kala.
“Mutaah pula adalah selepas daripada keputusan yang akan ditentukan daripada mahkamah syariah,” jelas Andika menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram (IG), hari ini.
Ads
Pada masa sama, Andika menjelaskan, dia sudah mengadakan pertemuan dengan Ananda bagi membincangkan mengenai perkara itu secara harmoni.
“Tasha dan Dika sendiri dah berjumpa depan-depan dengan cara yang harmoni ” jelas Andika.
Sebelum ini, Andika menafikan dirinya pernah berlaku curang ketika masih bergelar suami kepada, Ananda.
Ads
Andika bercerai dengan Natasha pada tahun 2022 atas faktor tiada persefahaman, namun rujuk semula demi kebaikan anak, Alisha sebelum mengambil keputusan bercerai semula pada Disember tahun lalu.
Andika sebelum ini turut menegaskan, tuduhan berlaku curang adalah fitnah yang sangat besar, lebih-lebih lagi dikaitkan dengan seorang wanita yang sudah berkahwin.
Sementara itu, Andika turut menafikan mempunyai video bogel termasuk menepis dakwaan mahu menyebarkan video intim dirinya bersama Ananda selepas berlaku perselisihan faham sebelum ini.
“Saya ingin menegaskan tiada video mahupun gambar terlarang atau sensitif dalam simpanan Dika dan ia tidak pernah wujud pun,” tegasnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah perumpamaan yang tepat untuk menggambarkan bertapa bertuahnya wanita asal Perak, Noorhasnieda Tajuddin.
Beliau, yang pada awalnya menyertai Peraduan #Belinuuna menang rumah secara suka-suka tidak pernah menyangka bahawa nasib akan berpihak padanya, apabila menjadi peserta yang paling bertuah memenangi sebuah rumah.
Menurut Hasnieda, dia memasuki Peraduan #Belinuuna menang rumah secara kebetulan. Ini kerana, perlu menyediakan juadah bagi majlis jamuan sekolah (Potluck) anak-anaknya. Malah, dia hanya memikirkan mahu menyediakan juadah yang mudah dan sedap.
“Saya memasuki peraduan ini secara tidak langsung sahaja. Kebetulan sekolah anak memang ada buat jamuan (potluck), jadi kalau boleh saya nak mencari menu yang mudah sahaja.
“Saya memang tidak meletakkan harapan yang tinggi, apabila perlu bersaing dengan seramai sepuluh orang lagi peserta. Kalau ada rezeki saya, adalah.
“Tak sangka pula, saya menjadi peserta yang pertama dapat membuka pintu rumah berkenaan. Saya rasa sangat terkejut sehingga tak terkata (Speechless) apabila nasib menyebelahi saya.
Bagaimanapun, Hasnieda menjelaskan setakat ini, dia belum mempunyai sebarang perancangan terhadap rumah yang dimenangi yang terletak di Residensi Alia, Puncak Alam, Selangor. Sebuah kediaman yang diinspirasikan oleh senibina Australia itu.
“Saya dapat tau berkenaan Peraduan #Belinuuna menang rumah ni daripada laman sosial Facebook. Lepas tu saya tertarik kerana tidak pernah mendengar berkenaan jenama Nuuna ni. Jadi saya terdetik nak mencubanya.
“Dan sambil-sambil itu, saya memang menghantar banyak penyertaan asbab perlu menyediakan juadah bagi jamuan sekolah anak. Anggaran sebanyak 30 resit saya telah sertakan bagi tujuan menyertai peraduan berkenaan.
Setiap bulan saya menghantar penyertaan selama enam bulan, sekadar mencuba nasib memenangi rumah.
“Alhamdulillah.. Terima kasih kepada Majalah Rasa dan jenama Nuuna yang telah menganjurkan peraduan ini, walapun mengambil tempoh selama enam bulan yang agak panjang. Tapi ia amat berbaloi kerana hadiah yang ditawarkan amat lumayan,” ujarnya mengakhiri bicara.
Sekadar info, Hasnieda berkata demikian ketika ditemubual oleh team MH pada majlis pengumuman pemenang ‘Grand Finale Cabutan Bertuah, Fuyoo! #Belinuuna Menang Rumah yang berlangsung di Central Concourse, Central i-City Shah Alam pada Ahad.
Malah, peraduan yang telah berlangsung pada 1 Januari sehingga 30 Jun 2024 itu telah berjaya menarik hampir 15,000 penyertaan daripada seluruh negara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Stesen radio Era mengumumkan gandingan baru Haziq dan Shasha bagi menggantikan tempat Ray dan Hanif yang bersiaran sekitar dua tahun menerusi segmen Petang Era.
Haziq namanya tidak asing lagi dalam industri penyiaran radio dan pengalamannya akan di guna pakai untuk mengendalikan segmen pilihan ramai itu.
Manakala Shasha pula ialah penyampai radio berwajah baru dan pernah menjadi hos media digital The Hardest Singing Show musim pertama, baru-baru ini.
Pengurus Saluran ERA, Azah Sahrin menjelaskan pemilihan Haziq dilihat wajar kerana dia memiliki pengalaman tersendiri dalam dunia penyiaran radio.
“Meskipun berehat seketika dalam dunia penyampaian radio sekitar hampir 3 tahun namun ia masa yang sesuai dilihat untuk kembali semula ke bidang diminatinya.
“Cara penyampaiannya yang bersahaja dan mudah mesra dengan pendengar antara faktor Haziq dilamar untuk menjadi sebahagian keluarga besar ERA.
“Ia sekaligus dapat membawa pengaruh dan peminatnya untuk mendorong ERA kekal sebagai radio nombor 1 di Malaysia,” katanya, menerusi kenyataan media hari ini.
Dalam pada itu, ERA memilih Shasha untuk kendalikan Segmen Petang ERA pula kerana dia memiliki pakej lengkap untuk diketengahkan.
“Kerjayanya bermula di ERA hanya sebagai penyampai radio sambilan namun melihat ketekunan dan semangatnya dalam industri radio membuatkan ERA memilihnya.
“Shasha juga memiliki personaliti menawan dan mudah tersenyum setiap kali berinteraksi dengan pendengar ERA.
“Kedua-dua gandingan ini bakal menyaksikan Petang ERA akan lebih segar dan bertenaga untuk menarik pendengar ERA yang berusia sekitar 10 hingga 29 tahun,” katanya lagi.
Dengarkan Petang ERA setiap Isnin hingga Jumaat jam 4 petang hingga 8 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Di era globalisasi ini, capaian internet pantas sememangnya menjadi satu keperluan sangat penting terutamanya buat para usahawan yang menguruskan bisnes.
Ia bagi memastikan segala perjalanan bisnes lancar sekaligus menyasarkan keuntungan maksimum dan manjadi pendahulu dalam apa juga juga sektor yang diceburi.
Bagi merialisasikan hasrat tersebut, syarikat telekomunikasi, U Mobile kini menjadi antara yang terawal memperkenalkan pelan U Biz Fibre 10Gbps iaitu produk Internet terpantas setakat ini untuk pelanggan perniagaan.
Pelan berharga RM1899 sebulan ini membolehkan para pengusaha bisnes menikmati capaian internet 10 kali ganda berkelajuan tinggi dan utuh.
U Biz Fibre 10Gbps mampu menguruskan data berintensiti tinggi terutama sekali untuk menyokong teknologi kecerdasan buatan (AI), media berdefinasi tinggi dan melancarkan pelbagai urusan bisnes dalam satu masa.
Menurut Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Navin Manian pihak mereka akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk membantu para usahawan mencapai objektif yang diharapkan.
“U Mobile mahu memperkukuh cita-cita pendigitalan perniagaan Malaysia dengan memacu inovasi, meningkatkan kecekapan dan daya saing tanpa sebarang kompromi terhadap keselamatan siber.
“U Mobile komited untuk berinovasi dan meningkatkan produktiviti serta memenuhi sasaran pertumbuhan perniagaan di era ekonomi digital yang berkembang pesat,” katanya.
Sementara itu, pelan ini turut didatangkan dengan satu akses kepada IP malar (fixed IP) secara percuma yang bernilai RM200/bulan.
Sekiranya perlukan lebih daripada satu IP malar, lima IP boleh dilanggan pada harga promosi RM300/bulan daripada harga asal RM500/bulan.
Selain itu, U Mobile juga berikan pelanggan servis secure DNS secara percuma. Ia memberikan lebih tahap keselamatan menentang risiko serangan siber.
Selain pelan 10Gbps, pengguna juga ada beberapa pilihan lain yang boleh disuaikan dengan bajet bulanan seperti 100Mbps (RM79/RM129), 500Mbps (RM99/RM199) dan 1Gbps (RM149/RM299).
Kesemua pelan U Mobile U Biz Fibre tertakluk kepada kontrak selama 24 bulan.
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.