Categories: Uncategorized

Selepas 4 Hari Umum, Neelofa Kongsi Foto OOTD Pertama Pakai Niqab – “Peluang Baru, Corak Pemikiran Baru!”

Share

Selepas memohon doa ramai agar kekal istiqamah dalam mengenakan niqab sejak empat hari lalu, ahli perniagaan dan hos terkenal, Neelofa memuat naik ‘ootd’ (outfit of the day) pertamanya yang perpenampilan baru.

Tampil sopan mengenakan niqab lengkap dengan persalinan labuh dwi rona hitam dan ungu, susuk figura asal Kelantan ini ternyata memancing perhatian wargamaya.

“New week, new opportunities, new mindsets!,” tulis Neelofa ringkas menerusi ruangan kapsyen.

Lalu, hantaran tersebut langsung meraih perhatian pengguna media sosial termasuk rakan selebriti yang memuji akan penampilan terkininya itu.

Malah, rata-ratanya turut mendoakan agar Neelofa terus istiqamah dan semoga semua urusannnya di permudahkan.

Foto: Instagram Neelodfa

IKLAN