Categories: Hiburan

Selena Gomez Sah Bergelar Isteri Benny Blanco

Share

Penyanyi dan pelakon terkenal, Selena Gomez, akhirnya menamatkan zaman bujangnya apabila sah bergelar isteri kepada penerbit muzik, Benny Blanco dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Santa Barbara, California semalam.

Berita tersebut menjadi tular apabila pelantun lagu I love You Like A Love Song itu memuat naik gambar perkahwinannya di laman Instagram dengan kapsyen bertulis,”9.27.25.”

Menurut laporan Vogue, majlis perkahwinan itu dihadiri kira-kira 170 tetamu, terdiri daripada keluarga terdekat, rakan rapat serta beberapa selebriti antarabangsa termasuk Taylor Swift, Steve Martin, Martin Short dan Paris Hilton.

Selena yang berusia 33 tahun itu tampil anggun dalam gaun perkahwinan rekaan khas rumah fesyen Ralph Lauren dengan sentuhan floral halter neck dan bodice berstruktur.

Benny, 37, turut memilih persalinan tuksedo rona hitam dipadankan dengan bowtie daripada jenama sama bagi melengkapi persalinan yang digayakan isterinya.

Kredit foto: Instagram Selena Gomez

BACA JUGA: Kerana Sayang, Benny Blanco Warna Kuku Kaki Inspirasi Corak Jeruk Timun Kesukaan Selena Gomez

BACA JUGA: 10 Fakta Tentang Benny Blanco, Kekasih Baharu Selena Gomez

Pasangan berkenaan turut mengadakan rehearsal majlis makan malam sehari sebelum acara utama berlangsung. Bagaimanapun, lokasi dan butiran majlis dikawal rapi sehingga ke saat akhir bagi mengelakkan pendedahan awal kepada media.

Pada Disember tahun lalu, Selena mengumumkan pertunangan mereka melalui hantaran di Instagram sebelum kedua-duanya mengabadikan cinta dalam album kolaborasi berjudul I Said I Love You First yang diterbitkan Mac lalu.

Sebelum menemui kebahagiaan bersama Benny, kehidupan cinta Selena pernah menjadi tatapan umum apabila dia menjalinkan hubungan putus sambung dengan bintang pop Kanada, Justin Bieber.

Pasangan itu berpisah secara rasmi pada 2018 apabila Justin memilih untuk berkahwin dengan model Hailey Baldwin. Selena juga pernah dikaitkan dengan penyanyi The Weeknd, namun hubungan tersebut hanya bertahan kurang setahun.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Published by
MFA