Uncategorized

Selebriti Turut Sedih & Simpati Dengan Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Share

Menangis kami apabila mengetahui tragedi yang menimpa pelajar-pelajar Tahfiz baru-baru ini.

Tak sanggup MH Online menonton video-video yang tersebar luas di media sosial yang memaparkan kejadian kebakaran tersebut. Namun harapnya tidak perlu lagi disebar luas video dan gambar-gambar bagi menghormati perasaan keluarga mangsa.

Seperti yang kita tahu baru-baru ini 21 pelajar dan dua orang warden dilaporkan maut dalam sebuah kebarakan di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, awal pagi tadi.

Menurut laporan Sinar harian, besar kemungkinan perkara ini terjadi di sebabkan oleh litar pintas dan ubat nyamuk. Sungguhpun begitu, pihak berkuasa masih lagi menyiasat punca utama dan mungkin mengambil masa dalam dua hingga tiga hari.

Berita ini telah menggemparkan negara dan memberi kesan yang sungguh mendalam buat semua rakyat Malaysia.

Tidak terkecuali, golongan selebriti juga memberi kata simpati dan menumpang sedih atas apa yang telah terjadi.

Salam Takziah buat semua keluarga mangsa tragedi serta pihak pengurusan sekolah Tahfiz yang terlibat.

IKLAN