
Tahniah diucapkan kepada pelakon Wanna Ali yang selamat menyambut cahaya mata lelaki sulung secara pembedahan, awal pagi semalam.
Berita gembira itu dikongsikan ibunya yang juga penerbit, Datuk Ayu Puteh menerusi Instagram Story (IGS).
Menzahirkan rasa syukur, Ayu turut berkongsi perincian mengenai proses kelahiran cucu pertamanya itu.
“Alhamdulillah… TokMi dan TokAyah macam tak percaya, tapi real rupanya.
“Wanna selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.7kg subuh tadi secara pembedahan,” tulisnya.
“Aku orang paling happy bahagia. Terima kasih kepada saudara-mara, kawan-kawan aku serta kenalan Wanna dan suami yang mendoakan.
“Syukur Alhamdulillah,” katanya disusuli dengan tanda pagar #Allahsayang
Sebelum ini, Wanna atau nama sebenarnya Norsyazwana Mohd Ali berkongsi khabar gembira apabila hamil anak sulung selepas hampir setahun mendirikan berkahwin.
Untuk rekod, Wanna Ali sah bergelar isteri kepada Khairil Amri Khalid pada 9 Februari 2025.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini