Erra Fazira kini sedang menantikan detik untuk berangkat ke tanah suci, bagi mengerjakan haji.
Difahamkan primadona alaf baru itu telah pun tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bersama jemaah lain.
Sementara itu menerusi Insta Stories juru solek merangkap sahabat kepada bintang berkenaan, Erra dilihat memeluk erat anak tunggalnya, Engku Aleesya sambil kyusuk mendengar alunan azan.
Ads
“Terdahulu, heroin Hingga Hujung Nyawa berusia 45 tahun ini menerusi laporan media menyebut, dia akan terbang ke Makkah selama dua minggu sendirian.
Ads
Malah, Erra mengakui sudah pendam hasrat untuk melakukan haji lebih lima tahun lalu.
“Lima tahun saya simpan hasrat dan ada syarat-syarat perlu dipatuhi, tahun ini masa sesuai tambahan pula usia pun dah layak.
Ads
“Alhamdulillah akhirnya saya dipanggil ke sana. Ini kali pertama saya tunaikan haji, saya pergi seorang diri, maklumlah tak ada mahram,” katanya seperti yang dipetik mStar.
Pada masa sama, Erra yang turut berdoa agar haji yang bakal ditunaikan kelak mendapat haji mabrur.
Foto: Instagram Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bekas isteri pemuzik, Ude Wahid iaitu Intan Liana Saleh berkongsi tips bahagia menerusi video yang dirakam di Instagramnya.
Kongsi ibu beranak dua ini juga, setiap individu perlu menyanyangi diri sendiri dan orang di sekeliling agar kehidupan akan lebih bahagia.
“Hari ini bonda nak cerita pasal love. Kalau kita nak gembira dan bahagia, kita kena sayang diri kita dan sayang orang sekeliling.
“Apabila kita sayang diri kita lebih, kita nampak dan hargai kelebihan yang ada dalam diri kita. Kita juga akan nampak diri kita special. Kita dapat kembangkan lagi potensi kita.
“Kalau kita sayang orang, orang akan sayang kita sebab inilah dipanggil ‘love attraction’. Kita juga perlu sayang persekitaran kita dan akan nampak setiap keistimewaan yang memberikan manfaat kepada diri kita sendiri,” ujarnya.
Lalu, perkongsian tersebut disetujui orang ramai yang telah memberikan komen pelbagai.
Untuk rekod, Intan dan Ude atau nama penuhnya Muhammad Radzi Abdul Wahid berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua anak, Arish Muqri dan Ariq Muqri.
Mereka bercerai pada 22 Mac 2018 dengan talak satu.
Ude kemudian berkahwin dengan pelakon Izreen Azminda pada 8 Ogos 2017 di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim, 2 bulan.
Menguruskan badan bukannya senang, namun tidak sukar jika kita tahu cara yang tepat dalam berdiet.
Menurut Rafidah Ibrahim, bagi individu yang mempunyai darah jenis A sepertinya, kalian dinasihatlan untuk kurang mengambil daging kerana individu berdarah A difahamkan kurang mempunyai asid cerna.
Malah tegasnya lagi, berdiet jangan sampai menyeksa diri.
“Pengajaran & Tips!: Diet jangan sampai tak makan langsung. Itu bukan diet itu seksa perut!
“Makan cara sunnah, makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang. .
“Kalau darah A mcm fida, kita kurang acid cerna, so kena kurangkan pengambilan daging (*utk yang berisi, kalau kurus silakan ambil protein ye! Tp jangan sampai terlebih.!).
“Kalau ambil nasi pastikan jumlahnya sebesar penumbuk masing2 (*bukan saiz kita mcm semut tp ukur penumbuk gajah). Jangan tinggal makan malam tp BUKAN makan tengah malam (jumlah sederhana bukan mcm tak makan setahun),” jelasnya.
Tambahnya lagi, jangan sesekali makan bersulam minuman kerana makanan akan bertukar menjadi lemak. Dan sebaiknya mengamalkan air putih untuk melawaskan perncernaan.
“Jangan sulam minum air masa makan (kecuali tercekik). Nnt makanan jadi lemak.. Lepas makan, ambil masa untuk makanan turun baru minum air. Sebaiknya air putih bukan air manis. Cara minum air, seteguk demi seteguk (bukan mcm tadah mulut kat kepala paip).
“Last but not least.. Orang kata bangun tido terus minum air utk lawas, jangan buat mcm tu k. Tu pengotor! Bangun pagi gosok gigi dulu, baru minum air. Niatkan setiap kali minum air putih mengikut sunnah, so 2 bnda kita akan dapat. 1st – kita akan dapat pahala mengikut sunnah. 2nd – melawaskan buang air besar (bagi yg susah membuang) Selamat beramal. #salamjumaat #tips,” kongsinya lagi.
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya