Tahniah diucapkan buat bintang Malaysian Idol, Nita Hamzah, 37, yang telah selamat melangsungkan ikatan pertunangan semalam dengan jejaka pilihannya, Mohd Fareez bin Shamsul bahari, 29, selepas empat tahun berkenalan.

Perbezaan usia lapan tahun sesungguhnya tidak menjadi penghalang buat mereka.

Majlis pertunangan yang ringkas namun meriah ini telah diadakan dengan  dihadiri lebih kurang  100 tetamu membabitkan keluarga terdekat dan saudara-mara. 

Nita turut berkongsi perkhabaran ini melalui akaun media sosialnya.  Sejak itu, ruangan komen mula dibanjiri ucapan tahniah daripada peminat.

IKLAN

Selamat Bertunang, Kalau Boleh Nak Kahwin Cepat – Nita Hamzah

“Ikutkan memang kami nak mempercepatkan majlis kahwin. Kalau boleh memang nak disatukan tahun ini.Fareez pun nak segerakan perkahwinan kami.  Cuma Kalau tak dapat, berkemungkinan awal tahun depan. Kita hanya mampu merancang,” katanya.

Ditanya adakah dia akan terus menyanyi selepas berumah tangga kelak?

IKLAN

“Yes saya akan terus menyanyi dan Fareez sangat menyokong, dia tak pernah menghalang,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, Nita yang mula menceburi bidang seni sejak 2005 itu merancang mempromosikan single duet bersama pelakon Nadzmi Adhwa berjudul Hadirlah Cinta ciptaan Sharon Paul dan lirik dihasilkan, Iman Imran.

IKLAN

MH mengucapkan selamat bertunang kepada Nita. Semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke jenjang pelamin.

Selamat Bertunang, Kalau Boleh Nak Kahwin Cepat – Nita Hamzah

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI