Ads

Selain 6 Bomba, Lombong Puchong Pernah Ragut Nyawa Bapa Jimmy Shanley

Pengacara, Jimmy Shenley mendedahkan selain daripada enam anggota bomba yang terkorban semasa misi operasi menyelamat seorang remaja lemas, Lombong Puchong juga pernah meragut nyawa bapanya dalam satu nahas kapal korek 34 tahun yang lepas.

Katanya, tragedi yang menimpa anggota bomba tersebut menyebabkan dia terkenang dengan kejadian yang hampir serupa apabila nyawa ayahnya turut diragut di sebuah lombong di Batu 13, Puchong, daerah yang sama.

Kisah menyayat hati itu telah dikongsikan oleh Jimmy menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.

Ads

“8 Ogos 1984, bermulalah saya hidup tanpa kasih sayang seorang insan bergelar ayah. Moga anak-anak anggota Bomba yang terkorban baru-baru ini di kawasan yang sama di Puchong membesar menjadi anak-anak yang soleh,” tulisnya.

Gambar tersebut menunjukkan Jimmy berkongsi keratan-keratan akhbar tempatan yang melaporkan tentang penemuan mayat arwah bapanya pada ketika itu.

Dalam pada itu, dia turut berdoa agar anak-anak kepada mangsa yang terkorban itu dapat membesar menjadi anak yang soleh dan solehah pada masa akan datang.

Ads

Di ruangan komen, rata-rata netizen sebak dengan perkongsian Jimmy itu selain mendoakan agar arwah bapanya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Ads

Selain 6 Bomba, Lombong Puchong Pernah Ragut Nyawa Bapa Jimmy Shanley

Selain 6 Bomba, Lombong Puchong Pernah Ragut Nyawa Bapa Jimmy Shanley

Foto: Jimmy Shanley

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Hadiah Persahabatan Bertahun Lamanya, Rizman Ruzaini Reka Busana Biru Istimewa, Khas...

Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira. Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...
error: Hello. Cannot.