Uncategorized

“Selagi Ada Nyawa, Jangan…” Ini Pesanan Bonda Rozita Buat Siapa?

Share

Ibu kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu,  Bonda Rozita Ibrahim berkongsi pesanan buat semua netizen di luar sana.

Dia yang juga merupakan usahawan kosmetik, menulis nukilan berkenaan menerusi laman Instagramnya, hari ini.

“Jadilah orang yang tetap sejuk di tempat yang panas, tetap manis di tempat yang begitu pahit, tetap merasa kecil meskipun telah menjadi besar, dan tetap tenang di tengah badai.

 

“Assalamualaikum sahabat2 followers yg baik2 semuanya setia jd peneman bonda dipagi hari.

 

“Mari ku peluk kalian yg keresahan..bercakaplah pd diri ” yang baik sekali itu ialah Kemampuan redha melawan takdir membuat jiwa rasa tenang dn rasa sangat Diberkati Allah.

 

“Kenapa..?? SELAGI ADA NYAWA jgn Xketerlaluan melayani perkara dunia dn emosi. Ramai orang mendapat tekanan mental kerana keterlaluan kpd masalah dunia dn dirinya.

 

“Tidak bijak mengagih rasa..memgurung rasa..membunuh jiwanya swndiri.

 

“Xada jawaban semua tu..kenapa itu kenapa inj..dn mengapa aku..apa salah ku.Lepaskan semua tu jauh2 ..EMOSI PERLU LATIHAN DN PERLU PERUBAHAN..DIA AKN BUAT JIKA CUKUP MAKANAN MENTALNYA!!

 

“Fahami ugama dn memakainya,” tulisnya.

Wow! sangat deep apa yang diperkatakan oleh Bonda itu. Mungkin sebagai orang yang sudah banyak pengalaman, dia merasakan perlu memberi teguran khususnya kepada anak-anak muda.

Malah, Bonda sebenarnya rajin berkongsi kata-kata nasihat di laman Instagramnya itu.

Apa-apapun, MH harap semua orang dapat mengambil pengajaran daripada kata-kata Bonda itu.

Foto/Instagram: Bonda Rozita Ibrahim

IKLAN