Pelakon dan pelawak, Shuib Sepahtu menyifatkan dirinya seperti tidak percaya dengan kehidupan yang dilaluinya ketika ini jika dibandingkan dengan keadaannya pada 15 tahun lepas.

Kata pemilik nama Shahmira Muhamad itu, kehidupannya sejak kecil amatlah daif sehingga dia terpaksa tinggal bersama arwah neneknya selama 17 tahun.

Kisah inspirasi itu telah dikongsikan oleh Shuib menerusi sebuah rancangan television bertajuk Disebalik Tawa yang disiarkan di saluran Astro Warna.

IKLAN

“Saya lahir di Johor Bahru dan ketika umur saya lapan bulan saya berpindah duduk bersama arwah nenek saya di Parit Buntar, Perak selama 17 tahun.

“17 tahun itu saya boleh katakan tak semua orang dapat rasa kerana kehidupan saya sangat susah maksudnya takda elektrik takda air. Hanya rumah papan yang mempunyai satu bilik sahaja,” katanya

Shuib turut memberi tahu, dia tidak mendapat kemudahan pendidikan yang sempurna kerana dia lebih gemar untuk membuat kerja kampung untuk membantu keluarganya.

IKLAN

“Sekolah pun ikut suka hati saja je sama ada nak pergi atau tidak. Masa tingkatan tiga hampir enam bulan saya tidak ke sekolah kerana saya lebih suka cari duit untuk bantu keluarga.

“Saya hanya buat kerja kampung seperti tangkap belut dan kupas kelapa. Kalau anda nak tahu saya hanya mendapat RM3 untuk kupas 100 biji kelapa,” ujarnya lagi.

Tambah Shuib lagi, kejayaan kumpulan Sepah telah banyak mengubah hidupnya ditambah pula dengan kehadiran isteri, Siti Sarah yang sentiasa ada bersamanya disaat susah dan senang.

IKLAN

“Saya ingin berterima kasih kepada Sarah kerana dialah antara orang yang banyak membantu kerjaya saya sebagai seorang pelawak.

“Sekiranya saya tidak berkahwin dengan beliau  pada waktu itu mungkin saya tidak berada di mana saya berada sekarang,” tambah Shuib.

Foto: Instagram Shuib

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI