Categories: Uncategorized

“Sekelip Mata Je Tukar-Tukar Jantan,”- Netizen Kecewa Hubungan Safawi Rasid Dengan Anim Ezati Rizki Berakhir

Share

Setelah memutuskan untuk tidak lagi menjalinkan hubungan bersama pemain bola sepak Safawi Rasid, pengacara 999, Anim Ezzati Rizki kini dikhabarkan sudah temui calon pengganti.

Ketika ini, Anim dilihat sedang berkawan baik bersama penyanyi Qody Mentor dan mereka kini di dalam fasa mengenali hati budi.

Baru-baru ini juga, Qody ada memuat naik sebuah klip video untuk meluahkan perasaannya kepada Anim di Instagram.

Dalam pada itu, Anim juga dilihat telah memadam semua gambarnya bersama Safawi dan memuat naik foto bersama Qody.

Pada gambar tersebut, Qody turut dilihat meninggalkan komen emoji hati dan ‘flying kiss’ kepada pengacara tersebut.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan nada kecewa mereka mengenai perkhabaran tersebut dan turut menyifatkan Anim terlalu cepat untuk mencari pengganti.

Bagi MH, walau apa pun yang berlaku diantara mereka, kita doakan semoga segalanya berakhir dengan baik-baik sahaja.

Foto: Instagram Anim Ezzati Rizki

IKLAN