
Pelakon, Ahmad Shahidan Izwan berkongsi detik cemas apabila dia dan isterinya, Momoy Rahman terlibat dalam kemalangan jalan raya pada awal pagi Isnin.
Pelakon filem Telaga Suriram itu memaklumkan perkara berkenaan menerusi hantaran di akaun Instagram, yang turut memaparkan keadaan kereta dipandunya selepas kemalangan.
“15/9/2025, 3:30 am. Syukur alhamdulillah.
Walaupun diuji dengan kemalangan awal pagi semalam, Allah masih lindungi kami,” tulisnya pada ruang kapsyen.
Perkongsian tersebut pantas mencuri perhatian peminat dan rakan selebriti yang rata-ratanya terkejut dengan insiden tersebut, namun bersyukur kerana semuanya selamat.
Dalam pada itu, Shahidan turut menzahirkan rasa syukur kerana isterinya dan bayi yang dikandung berada dalam keadaan baik.
“Sekelip mata boleh hilang segalanya. Tapi Allah masih beri peluang.
“Syukur saya, isteri dan anak dalam kandungan selamat,” jelas Shahidan menerusi beberapa hantaran di Insta Stories.
Difahamkan, kejadian berlaku di sekitar persimpangan Nilai arah utara di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini