Ads

“Sekali Lagi Saya Berpeluang Mengerjakan Umrah Di Bulan Mulia,” – Nelydia Senrose Tunai Umrah Sama Suami

Pelakon Nelydia Senrose sebentar tadi ada memaklumkan dia bakal berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan umrah. Rombongan umrahnya turut disertai suami dan kakaknya.

Ini merupakan kali kedua pelakon Cinta Tiada Ganti itu mengerjakan umrah, tahun ini.

Menerusi Instagram, Nelydia menitipkan rasa serta memohon kemaafan atas segala khilaf dan silapnya.

“Assalamuallaikum, Alhamdulillah sekali lagi saya berpeluang mengerjakan umrah di bulan yang mulia ini dan kali ini bersama suami serta kakak saya.

“Dengan ini saya memohan maaf di atas segala kesilapan diri ini pada yang mengenali saya secara dekat mahupun tidak.

Ads

“Doa kan segala urusan saya di permudahkan , dan saya akan doa kan kalian juga di sana InsyaAllah, tulisnya.

Ads

Menjengah ke ruangan komen, para peminat turut berdoa agar bintang berkenaan mendapat umrah yang mabrur, apatah lagi pada bulan penuh keberkatan ini.

Untuk rekod, Nelydia mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamidd dengan sekali lafaz, April lalu.

Ads

Foto: Instagram Nelydia Senrose

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Ini Melampau…,” – Lufya Omar Kesal Dilabel ‘Rapist Enabler’, Percaya Setiap...

Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.
error: Hello. Cannot.