Saban tahun, ada sahaja isu terjadi melibatkan tradisi sebuah bazar raya besar-besaran yang ‘menurun’ duit raya kepada pengunjung.

Walau sudah acap kali ditegur netizen namun ia masih lagi diteruskan.

Hujung minggu lalu, sekali lagi video ‘duit raya’ tersebut tersebar melihatkan orang ramai berasak-asak kerana ingin mendapatkan duit raya.

IKLAN

Dalam video berdurasi 59 saat itu, dilihat situasi turut menjadi kurang terkawal sewaktu duit raya tersebut mula ‘diturunkan’ kepada pengunjung yang hadir.

Susulan itu, ramai netizen sekali lagi meluahkan rasa terkilan mereka melihatkan insiden yang sewajarnya tidak berlaku di bulan yang mulia ini.

IKLAN

Sekali Lagi, Netizen Luah Rasa Kesal Lihat Orang Ramai Berebut Duit Raya…

Sekali Lagi, Netizen Luah Rasa Kesal Lihat Orang Ramai Berebut Duit Raya…

IKLAN

Lain orang, lain caranya. Mungkin ada yang bersetuju dengan pendapat segelintir netizen dimana ‘aktiviti’ tersebut akan berterusan selagi mendapat sokongan dan permintaan orang ramai.

Malah ada juga yang seakan tidak berapa berkenan dengan sesi berkenaan. Jadi, apa kata kalian?

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI