Usahawan dan selebriti popular tanah air, Neelofa hari ini mengumumkan pertubuhan kebajikan pertamanya, Pertubuhan Kasih Neelofa.
Merupakan idea yang telah tercetus beberapa tahun lalu, pengusaha jenama pakaian Naelofar itu melihat Pertubuhan Kasih Neelofa sebagai platform terbaik untuknya terlibat dengan masyarakat secara total.
“Sejujurnya, saya telah lama berhajat untuk membangunkan sebuah kebajikan demi membantu golongan yang memerlukan. Namun, saya tidak mahu ia berjalan tanpa melibatkan saya secara keseluruhan. Saya mahu memberi fokus seratus peratus dan benar-benar mendalami masalah yang dihadapi oleh masyarakat.
“Sebagai contoh, jika saya terlihat seseorang yang memerlukan bantuan di Twitter, saya akan cuba mendekati individu tersebut dan terus berhubung dengannya. Saya mahukan pendekatan seperti itu,” kongsi Neelofa.
Dibangunkan untuk membantu masyarakat dengan pemberian sumbangan secara konsisten serta menyeluruh, Pertubuhan Kasih Neelofa merangkumi 3 teras utama.
Menurut Neelofa, 3 teras tersebut adalah teras Keagamaan, Kemasyarakatan dan Bantuan Untuk Golongan Kurang Bernasib Baik.
Ads
“Teras Keagamaan meliputi apa sahaja aktiviti seperti program keilmuan dan program keagamaan. Sementara itu, untuk teras Kemasyarakatan, kami akan cuba mendekati komuniti dengan melaksanakan program-program bersama tenaga kerja Pertubuhan Kasih Neelofa dan para sukarelawan.”.
“Bagi teras Bantuan Untuk Golongan Kurang Bernasib Baik pula, kami memfokuskan kepada mereka yang terpinggir dan kurang berkemampuan seperti asnaf, ibu tunggal dan anak yatim. Kami akan cuba mendekati golongan ini dengan lebih rapat, mendengar keluhan dan masalah mereka, dan kemudia cuba menyelesaikan atau meringankan beban melalui bentuk sumbangan atau penganjuran aktiviti-aktiviti amal,” katanya.
Tambah Neelofa lagi, menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa ini, tidak ada sesiapa pun yang ketinggalan dan cuba untuk membantu semua yang memerlukan.
Melanjutkan bicara, Neelofa menjelaskan, beliau turut menubuhkan Syarikat Kasih Neelofa Resources, iaitu sebuah entiti yang berfungsi untuk menjana pendapatan untuk menggerakan Pertubuhan Kasih Neelofa.
Ads
“Kasih Neelofa Resources merupakan sebuah platform yang boleh dijadikan sebagai medium untuk menjual pelbagai item untuk pengguna, dan keuntungan daripada hasil semua jualan akan disalurkan sepenuhnya ke dalam tabung pertubuhan.
“Selain itu, inisiatif ini juga dapat memberi galakan kepada mereka di luar sana yang berkemampuan untuk sama-sama menyumbang dan membantu golongan yang memerlukan,” katanya.
Diterajui bersama ibu, ibu saudara dan Ustaz Azam, Pertubuhan Kasih Neelofa merupakan pertubuhan peringkat kebangsaan.
Sempena dengan kedatangan Hari Raya Aidiladha nanti, Qurban Kasih Neelofa adalah aktiviti pertama yang akan dilancarkan di bawah Pertubuhan Kasih Neelofa. Program ini memberi peluang kepada individu yang ingin melaksanakan ibadah korban dengan mudah disamping memberi ilmu pengetahuan kepada ramai orang yang mungkin tidak tahu tentang proses untuk melaksanakan ibadah korban secara berhemah dan betul.
Ads
“Menerusi program Qurban Kasih Neelofa ini, kami berharap agar dapat memudahkan proses golongan yang ingin melaksanakan ibadah korban. Menerusi program ini juga, kami berharap ia dapat menambah ilmu orang ramai tentang kepentingan dan kebaikan ibadah korban dalam kalangan umat Islam,” katanya lagi.
“Banyak aktiviti lain yang dirangka oleh pihak Pertubuhan Kasih Neelofa. Tetapi, kami akan umumkan satu persatu pada masa akan datang,” ujarnya.
Neelofa berharap agar inisiatifnya untuk membantu golongan yang memerlukan menerusi penubuhan Pertubuhan Kasih Neelofadapat diterima baik dalam kalangan orang ramai.
“Bukan mudah untuk menguruskan pertubuhan, lebih-lebih lagi yang melibatkan wang kebajikan dan derma daripada orang ramai. Ia merupakan satu amanah yang sangat besar.
“Saya berharap agar orang awam memberikan kepercayaan kepada saya dan sama-sama menjadikan Pertubuhan Kasih Neelofaini sebagai platform untuk semua,” tutup Neelofa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah ada meraikan ulang tahun kelahiran ibunya, Puan Zarina baru-baru ini.
Bersempena dengan hari istimewa tersebut, Bella dilihat turut menghadiahkan set barangan kemas buat ibu tersayang.
Perkongsian itu dibuat isteri kepada Aliff Aziz ini menerusi Instagram bersama beberapa lampiran foto sekitar majlis sederhana yang dianjurkan mereka sekeluarga.
“Happy birthday mama. Alhamdulillah dapat celebrate harini. Mama cakap “Jangan lah susah2 nak buat semua ni, deko2 lagi, umur mama dah berapa, segan lah haha, nak tempah2 cake apa semua”.
“Ma, this is my answer; TAK SUSAH PUN NAK DI BANDINGKAN DENGAN PENGORBANAN MAMA MEMBESARKAN KAK LONG AND ADIK2. And mama cakap lagi, janganlah bazir duit kenapa beli hadiah?
“Mama lahirkan kak long, jaga, didik, kasi sekolah pun mama sendiri ndak pernah kasitau atau minta duit pun tak kira apapun keadaan/situasi mama.
Selalu pastikan nak bg yang terbaik. Pastikan pergi sekolah hari2. Sekolah pagi, sekolah agama, mengaji, tuisyen malam (bayangkan semua ni perlu duit belanja) sampai kak long dapat diploma,” tulisnya.
Dia pada masa sama turut menzahirkab rasa syukur atas segala dorongan yang hadir dari kedua orang tuanya.
Selain menyifatkan ibunya sebagai wanita yang kuat, bintang yang kini sedang sarat hamil anak kedua juga tanam impian untuk cuba balas budi buat ibu bapa meski tiada tolok banding.
“Alhamdulillah semua atas bantuan sokongan dan dorongan mama Ayah. kak long sendiri sebagai anak sulung nampak pengorbanan mama. Mama sangat rajin dan kuat. Sangat.
“Sekarang kak long nak cuba balas sikit2 walaupun tak tertanding, kak long cuba bahagiakan mama & ayah selagi kak long hidup InshaAllah.
“P/s: Bella lamaaa gila dah plan ni seminggu (btw bella deko sendiri jee) Happy gila dapat surprise mama. I love you @eina_astillah,” titipnya lagi.
Foto: Instagram Bella Astillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Instafamous, Beby Tora Tora atau nama sebenarnya Nur Atierah Zulfatie menyatakan suami tidak kisah akan berat badannya, malah tidak memaksa dia menurunkan berat badan.
Jelas wanita itu, asalkan dirinya bahagia, itu sudah memadai.
Tambah Instafamous yang popular menerusi promosi makanan itu, suami, Apit Johari tidak sekali-kali akan memalukannya depan orang lain.
Sebaliknya dia akan cuba untuk menjaga maruah dan aibnya sebagai isteri.
Tegas Beby Tora Tora, kaum wanita di luar sana jangan sesekali terpengaruh dengan kata-kata ‘kalau gemuk, suami akan tinggalkan’ kerana isteri untuk dijaga dan bukan dimalukan.
“Dulu wktu kami turun berat,laki kami cinta kat kami ..lani kami koi gemuk,laki kami kata lagi la dia cinta kat kami…dia tak paksa pun kami diet ..dia kata klau nak buat ,buat ja ..klau takmau buat pun ,ikut suka hati ,janji kami bahagia.
“Dia bukan pesyen malukan kami depan orang ..dia kalau melawak ,sakat ,hanya depan kami ja la …dia tak malukan kami dpan kwan2 dia ,dpan family dia …depan orang ,dia slalu puji kami ..pukoi naik nama kami.
“Dia kata kami bini yg baik …dia tak prnah cerita buruk kami dkat orang ..sbb kami prnah jumpa orang kat luaq sana yg suka kata kat bini depa …bini ada depan mata pun dok kata kat bini ..tak baikk ooo …bini untuk dijaga ,bukan dimalukan sebegitu … moga laki kami mcmni la smpai bila2.
“Hampa doakan la noo, tapi ramai orang kata laki kalau kita dh gemuk,depa tnggai ..ish kena buang kot pemikiran tu …ramai jaa kami jumpa laki hensem bini badan bsaq kahwin brpuluh tahun masih bahagia smpai ke anak cucu.
“Tapi klau boleh kita nak cntik la untuk laki kita kan wlaupun hri2 laki puji bini cntik,” kongsinya panjang lebar.
Pelakon, Lufya Omar berkesempatan bertemu dengan sahabat baiknya, Nur Heliza Helmi yang juga seorang penyanyi dan aktivis kemanusiaan baru-baru ini.
Mahu mengabadikan memori bersama, anak pelakon berkenaan iaitu Laana Haura turut merakam foto bersama Heliza.
Malah, Lufya turut menitip pesanan buat anaknya yang kini berusia dua tahun.
“Haura meets Aunty Ija @nurhelizahelmi Happy die nak bergambar dengan bff mommy ni.
“Nanti dah besar jadi kuat, cantek dan solehah macam aunty ija k sayang. Bawak mummy gi Makkah, belajar agama, jaga mummy kalau mom dah tua.
“Mummy mintak Haura doakan mommy masuk syurga kalau mom dah tak ada lagi. Haura kalau baca ni Haura ingat ya walau macamana pun baik buruk parents Haura tetaplah doakan kami.
“Jadi anak yang baik dan berjasa kepada orang tua. Hidup berkat dan di bawah lindungan Allah sbt.
“Semoga Laana Haura kuat menjalani kehidupan di dunia ini dengan kejayaan dunia & akhirat. Aamin. Salam subuh kepada semua followers yang di kasihi,” tulisnya.
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.