Pelakon kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh, 61, sekali lagi mencatat sejarah apabila berjaya menggengam trofi Pelakon Wanita Terbaik Oscar edisi ke-95 sekali gus bergelar aktres pertama dari Asia yang memenangi kategori tersebut.
Kemenangan itu diraih menerusi lakonan cemerlang Michelle dalam filem Everything Everywhere All At Once.
“Untuk semua anak-anak kecil yang melihat saya malam ini, ini adalah satu harapan dan kemungkinan yang tiada batas.
“Ini adalah bukti, impian boleh jadi kenyataan.. dan untuk wanita-wanita di luar sana, jangan sesekali biarkan orang cakap yang kamu tidak boleh bersinar, jangan berputus asa,” kata Michelle sebaik menggengam trofi berkenaan.
Ads
Aktres kelahiran Ipoh, Perak itu menewaskan pesaing seperti Cate Blanchett, Ana De Armas, Michelle Williams dan Andrea Riseborough.
Kejayaan Oscars ini merupakan pelengkap buat Michelle yang sebelum ini turut memenangi trofi bagi kategori sama menerusi Anugerah Golden Globes, Screen Actors Guild dan Indiependent Spirit Awards.
Ads
Anugerah Oscar ke-95 berlangsung Dolby Theatre, Los Angeles. Ia dihoskan oleh Jimmy Kemmel.
Ads
Sebelum ini, majalah terkemuka dunia, Time turut mengiktiraf Michelle sebagai Ikon Tahun 2022 di atas kejayaan kerjayanya sebagai bintang Hollywood yang bersinar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli keluarga Nurul Shuhada iaitu isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi mendakwa wanita itu mengalami kecederaan akibat ditumbuk sebanyak tiga kali pada bahagian muka oleh suaminya selepas berlaku pertengkaran pada awal pagi tadi.
Ia sekaligus merungkai perkongsian foto wajah Shuhada yang berbalut kapas luka yang dimuat naik di Insta Stories, awal hari ini.
“Ya, betul Nurul Shuhada cedera selepas ditumbuk Hafidz dalam kejadian awal pagi tadi. Mulanya berlaku pertengkaran dan kemudiannya, Hafidz menumbuk Nurul Shuhada sebanyak tiga kali pada bahagian muka,” dakwanya, lapor Astro Gempak.
Ahli keluarga yang enggan didedahkan identitinya turut mendakwa, Shuhada kemudiannya dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan laporan polis juga sudah dibuat.
“Selepas kejadian kami buat laporan polis dan bawa Nurul Shuhada ke hospital. Dia terpaksa menerima jahitan akibat luka pada muka.
“Kami melakukan pemeriksaan CT Scan (imbasan tomografi berkomputer) bagi memastikan tiada sebarang kecederaan dalaman. Nurul Shuhada sudah dibenarkan pulang dan tidak ditahan wad,” katanya lagi.
Difahamkan, Shuhada masih dalam keadaan terkejut dengan apa yang menimpanya dan memerlukan masa untuk berehat.
“Nurul Shuhada masih terkejut dan terkesan dengan apa yang berlaku. Sekarang Nurul Shuhada perlukan masa untuk berehat. Syukur keadaannya kini stabil,” katanya.
Terdahulu, Shuhada mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen apabila memuat naik foto wajahnya mengalami kecederaan dan gambar tangan berdarah.
Dalam hantaran lain, Shuhada turut meluahkan rasa berang terhadap wanita yang dipercayai menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: Astro Gempak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penampilan figura pelakon terkenal, Edika Yusof dan Arash Mohd yang memperaga pada majlis melancarkan koleksi Raya in Vogue yang dibawakan oleh Siti Khadijah Apparel menjadi menarik perhatian ramai.
Pertunjukan fesyen yang berlangsung hari ini di ruang legar pusat beli belah, KL East Mall, Kuala Lumpur itu turut disokong dengan kehadiran rakan selebriti lain seperti Vanidah Imran, Kuza dan pempengaruh media sosial.
Turut menghiburkan penonton ialah penyanyi ialah Lah Ahmad dan kumpulan Ruffedge.
Koleksi Raya In Vogue menampilkan lima baju kurung, satu baju Melayu selain jubah wanita.
“Koleksi yang diperagakan hanya dijual secara fizikal secara terhad di butik di seluruh negara. Bagaimanapun, mereka yang ingin mendapatkan koleksi raya ini selain ke butik terpilih.
“Selain itu mereka juga boleh membeli menerusi ‘personal shopper’ berdaftar yang kami panggil Srikandi di seluruh Malaysia. Pembelian koleksi ini juga boleh dibuat menerusi dalam talian,” kata Pengasas Siti Khadijah, Hajah Padzilah Enda Sulaiman.
Selain Padzilah, Pengerusi Kumpulan Siti Khadijah, Shafie Shamsuddin dan Pengasas Bersama Siti Khadijah, Aminuddin Mohd Nasir juga hadir pada majlis tersebut.
Kata Padzilah lagi, koleksi tahun ini diserlahkan dengan gaya mewah tetapi masih mengekalkan konsep kesederhanaan dan menitikberatkan soal keselesaan.
Sejajar dengan tagline di Siti Khadijah iaitu, ‘Selesa Luaran, Tenang Dalaman’, koleksi dijual dengan harga di antara RM208 ke RM328.
“Tahun sebelumnya kami ada tampilkan rekaan bercirikan nusantara, klasik dan sebagainya. Tahun ini kami tampilkan elemen yang lebih ‘classy’ namun mengekalkan ciri patuh syariah.
“Lima koleksi baju kurung kami namakan sebagai Nazrin Kurung Pesak, Azra Kurung Pesak, Alara Kurung Moden, Aylin Kurung Moden dan Zehra Kurung Pahang. Dan setiap koleksi dihadirkan dengan lima pilihan warna.
“Bagi koleksi lelaki pula kami namakan Daud Baju Melayu, juga dengan lima pilihan warna. Selain itu, ada juga pilihan jubah, tudung sarung, bawal satin dan biasa,” katanya.
Dalam pada itu, jenama ini berjaya berkembang menjadi jenama nasional terkemuka sambil merintis pasaran khusus pembuatan telekung di Malaysia dan Indonesia.
Bermula dengan penjualan telekung, jenama Siti Khadijah (SK) turut dipelbagaikan dengan pelbagai jenis rangkaian produk termasuk pakaian untuk wanita dan lelaki.
Malah selepas 14 tahun mengukuhkan nama di pasaran, kehadiran koleksi baju raya untuk lelaki dan wanita menyemarakkan lagi persaingan di antara pengeluar pakaian patuh syariah di negara kita.
Selain telekung, syarikat itu turut mengeluarkan pelbagai pakaian kelengkapan haji seperti tudung, stokin tangan, jubah dan aksesori menunaikan haji.
Jenama ini juga menghasilkan produk gaya hidup seperti pakaian lelaki dan pakaian wanita, tudung, aksesori, dan banyak lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Fasha Sandha berharap mana-mana penganjur akan lebih menitikberatkan isu keselamatan di kawasan perniagaan kelolaan mereka selepas insiden pelakon Kamal Adli diserang individu tidak dikenali di Singapura pada malam Ahad menggejutkan ramai pihak.
Berkongsi pendapat di Insta Story, Fasha turut berasa hairan bagaimana senjata seperti cota yang digunakan suspek boleh terlepas dibawa masuk ke dalam tapak expo.
“Trauma, memang trauma semalam bila baca kes sahabat kami, Usha (Uqasha) dan Kamal, meremang bulu roma.
“Suami saya pun selalu ada di booth, pun sama, suka berniaga macam Kamal dan Usha.
“Semoga sekuriti ketatkan kawalan keselamatan masa orang ramai nak masuk kawasan berniaga.
“Mana orang tu sembunyi cota tu??” soal Fasha.
Menerusi hantaran itu juga, Fasha turut bersimpati dengan keadaan Kamal malah turut mendoakan segala urusan pasangan suami isteri itu dipermudahkan Allah SWT.
“Allahuakbar, injured sebelah mata pun sakit, Kamal ni satu kepala.. Semoga dipermudahkan urusan kalian, Usha dan Kamal,” tulis Fasha lagi.
Kamal diserang seorang lelaki tidak dikenali menggunakan cota selepas menyertai acara Hari Raya Mega Sale 2023 yang berlangsung di Dewan 5A, Singapore Expo, Singapura.
Akibat serangan itu, Kamal mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka, bawah mata dan badan.
Terdahulu, Fasha mengalami kecederaan tulang mata kirinya patah selain bengkak pada bahagian tersebut selepas secara tidak sengaja terjatuh sehingga menyebabkan mata kirinya terkena bucu sebuah katil ketika menjayakan satu babak drama dengan aktor Azhan Rani pada 2 Mac lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.