Pelakon versatil, Fasha Sandha baru-baru ini ada menitipkan ucapan hari jadi bersempena dengan ulang tahun kelahiran rakan baiknya, penyanyi Siti Sairah Tarudin yang ke-38.
Sambil memuat naik foto bersama sebagai kenangan di Instagram, ibu kepada tiga cahaya mata itu turut mengakui jalinan bersahabatannya dengan adik kepada penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza terjalin sejak usia belasan tahun lagi.
“Happy birthday buat salah seorang daripada kesayangan yang amat disayangi Era @sitinursairahtarudin.
Ads
“Lamanya persahabatan ni, sejak umur 19, now dah 18 tahun dah. Semoga diberikan kesihatan yang baik dan berbahagia dunia akhirat.
“Jom Kesayanganku kita wish Era happy birthday dan doakan dia,” tulis Fasha pada ruangan komen.
Ads
Meninjau ke akaun Instagram Sairah pula, bintang berkenaan turut memuat kembali kapsyen yang dibuat Fasha sambil berkongsi beberapa foto lama mereka berdua.
Pelakon, Puteri Sarah Liyana yang telah disahkan positif Covid-19 selepas membuat ujian saringan di Pusat Perubatan MSU, Shah Alam pada Rabu ada berkongsi cerita tentang masalah tiada deria rasa yang dialaminya.
Menurut Puteri Sarah, 36, semua makanan yang dinikmati tak ubah rasa seperti meminum air suam.
Lalu bintang ini meluahkan rasa sedih bersama pengikut di laman media sosial Instagram.
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini menyifatkan perkara tersebut sebagai satu nikmat yang ditarik oleh Yang Maha Esa.
“Jaga diri semua Covid – 19 is real guys !!! Salam Zohor, Sedihlah… bila makan takde rasa huhuhu. Nikmat Allah yang ditarik.
“Makan apa pun takde rasa, guna imaginasi sendiri tengah makan sup ekor padahal semua rasa macam air suam paling best, kalau ada bau busuk memang tak bau lansung,” tulisnya.
Pelakon dan model, Mimi Lana mendedahkan dirinya dengan rela hati telah menarik diri daripada sebuah pengambaran bersama sebuah jenama fesyen popular antarabangsa, Dior.
Jelas Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana Zainal, keputusan tersebut dibuat sebagai tanda solidaritinya buat seluruh rakyat Palestin yang ketika ini sedang ditindas oleh regim Zionis.
Malah, jenama Dior juga semakin hangat diperkatakan sejak beberapa hari yang lalu gara-gara tindakan mereka yang didakwa menamatkan kontrak model antarabangsa, Bella Hadid berikutan kelantangannya memperjuangkan nasib rakyat Palestin menerusi protes di jalanan.
“The Smallest thing mean the most. I stand with my Palestinian people and for my sister @bellahadid ! #FreePalenstine,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Pusaka itu menerusi sebuah ciapan di laman Twitter miliknya.
Bersama ciapan tersebut, Mimi dilihat turut berkongsi tangkap layar yang memaparkan perbualannya bersama wakil jenama berkenaan.
“Saya kesal untuk beri tahu kamu yang saya tidak dapat membuat sesi pengambaran Dior kamu esok.
“Saya baru je dapat tahu yang Dior telah mengugurkan Bella Hadid kerana sokongannya terhadap Palestin. Ini adalah isu sensitif buat kaum muslim di negara saya sekiranya saya memuat naik apa-apa berkenaan Dior. Saya mohon maaf dan harap kamu faham,” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis meluahkan rasa kagum selain turut menyifatkan tindakannya itu sebagai langkah yang sangat berani.
“Semoga Allah menggantikan rezeki yang lebih baik.
“Inilah salah satu solidariti yang tegas. Moga beroleh rezeki lebih baik. Amin.
“Semoga Allah gantikan dengan lebih baik mimi. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah dan usaha ini menjadi saksi di akhirat nanti,” antara komen-komen netizen di ruangan Twitter.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Personaliti TV, Izwan Azir Saleh ada berkongsi cerita ketika membuat liputan peperangan di antara Israel dan Lubnan yang pernah berlaku pada tahun 2006 lalu.
Mengakui berasa takut dan gementar, Izwan memberitahu untuk menjalankan tanggungjawab liputan tersebut bukan satu perkara yang mudah dan sangat mencabar bagi dirinya.
Dalam pada itu, Izwan turut menceritakan pengalaman detik cemas yang dialaminya ketika mengambil gambar di kawasan sempadan peperangan tersebut.
‘Kau nak mati ke Izwan?!’ Tempik seorang pegawai tentera kepada saya yang terpinga².
“Saya tidak akan lupa situasi cemas ketika konvoi TV3 yang membuat tinjauan Pasukan Pengaman Tentera Malaysia bersama PBB pada 2009, sedang menyusuri sempadan Lubnan-Israel, tiba² mengundang ‘minat’ Tentera Yahudi yang ‘mengejar’ kami kononnya setelah melihat lensa kamera saya diarahkan ke wilayah mereka.
“Mahu tak cemas, apabila senjata mereka turut diarahkan ke kenderaan kami! (Walaupun terpampang jelas paparan huruf UN – United Nation pada kenderaan)
‘Tuan, saya bukan tiap² hari boleh nampak Israel, tuan lain la, tuan duduk sini’ saya menjawab selamba. Saya akui, memang saya leka mengambil gambar sempadan itu. ‘Lagipun sebagai wartawan, memang tugas saya untuk ambil gambar’, saya cuba mempertahankan diri.
“Tindakan saya itu bagaimanapun ditegur pasukan tentera yang tidak mahu aspek keselamatan dikompromi dengan apa alasan sekalipun ketika melepasi kawasan berbahaya itu.
“Saya diberi amaran untuk tidak lagi menghalakan lensa kamera saya di kawasan sensitif berkenaan.
Tapi, inilah hasil lensa saya ketika melalui Jalan Marjayoun-Bint Jbeil ini yang betul² digaris sempadan ‘The Blue Line’ Lubnan-Israel. Israel menakluki kawasan oasis yang subur, manakala kawasan kering kontang, dibiarkan kepada Arab.
“10 tahun lalu, ketika saya membuat liputan ini, kita boleh dengan jelas melihat wilayah Palestin yang ditakluki Israel termasuk perkampungan haram mereka, dipisahkan dengan pagar dengan renjatan elektrik. Tetapi sekarang, rejim Zionis telah membina tembok setinggi 10 meter, kononnya untuk mempertahankan diri (alasan biasa Israel) daripada serangan Hezbollah,” tulisnya panjang lebar menerusi entri di Instagram.
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.