Ads

“Segalanya Telah Berlaku, Tak Perlu Ingat Semula,” – Aliff Aziz Nafi Hilangkan Diri Sebab Kontroversi, Percaya Rezeki & Isi Masa Bersama Ibu Bapa

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz menafikan dakwaan bahawa dia kini sedang ‘menghilangkan diri’ selepas terpalit dengan kontroversi rumah tangga sebelum ini.

Menurut Aliff, dia sebenarnya hanya mahu memberikan tumpuan kepada diri sendiri dan memperbaiki kekurangan yang ada.

“Segalanya Telah Berlaku, Tak Perlu Ingat Semula,” – Aliff Aziz Nafi Hilangkan Diri Sebab Kontroversi, Percaya Rezeki & Isi Masa Bersama Ibu Bapa

“Saya bukan menghilangkan diri. Pada ketika ini, saya hanya percaya kepada rezeki dan segala apa yang telah disusun buat saya.

“Untuk masa hadapan pula, apa perkara yang bakal berlaku, tetap akan berlaku.

“Daripada saya terlalu stres untuk memikirkan apa yang berlaku atau mempersoalkan tentang rezeki pada hari esok, rasanya lebih baik kita jalani sahaja hidup ini.

“Yang penting, setiap hari kita sentiasa melangkah ke hadapan,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Sayang Sayang itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Havoc Trio Festival 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, pada Khamis.

Ads

Jelas Aliff lagi, kehidupannya kini lebih tertumpu di Singapura dan dia banyak meluangkan masa bersama kedua ibu bapanya.

“Segalanya Telah Berlaku, Tak Perlu Ingat Semula,” – Aliff Aziz Nafi Hilangkan Diri Sebab Kontroversi, Percaya Rezeki & Isi Masa Bersama Ibu Bapa
“Saya banyak meluangkan masa bersama keluarga dan refleksi diri. Tiada apa yang perlu saya kongsikan saat ini.

“Yang penting ketika ini adalah untuk terus melangkah ke hadapan. Kini, saya hanya memberikan fokus terhadap perancangan kerjaya saya untuk tahun hadapan.

“Saya tidak mahu melihat ke belakang lagi. Pada saya, itu perkara yang tidak sihat. Segalanya sudah pun berlaku. Tak perlu saya nak ingat semula,” kongsinya lagi.

Enggan Sentuh Soal Anak, Mohon Doa Baik

Dalam masa sama, Aliff tidak mahu mengulas lanjut mengenai anak-anaknya, kerana menganggap hal keluarga terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

Ads

“Segalanya Telah Berlaku, Tak Perlu Ingat Semula,” – Aliff Aziz Nafi Hilangkan Diri Sebab Kontroversi, Percaya Rezeki & Isi Masa Bersama Ibu Bapa
“Pada saya, soal anak-anak dan keluarga ini merupakan perkara sensitif. Saya harap semua pihak dapat menghormati pendirian saya ini.

“Ada kalanya, kenyataan kita boleh disalah tafsir apatah lagi kalau kita tersilap cakap. Pada saya, hal peribadi ini lebih baik saya simpan sendiri.

“Saya hanya mahu memohon doa yang baik kepada kalian yang sudah mengikuti perjalanan seni saya sejak berusia 16 tahun lagi.

“Apa sahaja pendapat anda, saya terima sahaja. Ini masanya untuk melangkah ke hadapan,” katanya lagi.

Ads

Dia juga bersyukur kerana dikelilingi insan-insan positif yang membantunya untuk terus bangkit daripada ujian.

“Segalanya Telah Berlaku, Tak Perlu Ingat Semula,” – Aliff Aziz Nafi Hilangkan Diri Sebab Kontroversi, Percaya Rezeki & Isi Masa Bersama Ibu Bapa
“Ketika ini, saya hanya menikmati hidup saya sahaja. Alhamdulillah saya di kelilingi oleh orang-orang yang baik dan mendapat sokongan daripada pihak keluarga.

“Saya juga mempunyai kumpulan kawan-kawan yang baik. Saya gembira dengan hidup saya. Namun, dalam hidup ini, kita sentiasa mahu memperbaiki diri dan kembali bangkit daripada sebarang ujian.

“Alhamdulillah, saya gembira dengan progres hidup saya saat ini,” akhirinya.

Sementara itu, Havoc Trio Festival 2025 dijangka bakal menghimpun 300 vendor daipada pelbagai ketegori.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

@mediahiburanofficial Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz menafikan dakwaan bahawa dia kini sedang ‘menghilangkan diri’ selepas terpalit dengan kontroversi rumah tangga sebelum ini 💫. Menurut Aliff, dia sebenarnya hanya mahu memberikan tumpuan kepada diri sendiri dan memperbaiki kekurangan yang ada 💕. #MHnews #MediaHiburan ♬ original sound – Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Dah Tukar Baju & OTW Nak Balik, Ernie Zakri Terimah Lebih...

Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.
error: Hello. Cannot.