Nampaknya tindakan seorang individu yang tidak bertanggungjawab memuat sedutan filem Abang Long Fadil 2 (ALF 2) tanpa kebenaran ke media sosial telah menyebabkan dirinya dilanda masalah apabila pengarah tersohor Malaysia, Datuk Yusof Haslam membuat laporan polis terhadap tindakannya.

Sedutan Filem Abang Long Fadil 2 Bocor, Yusof Haslam Buat Laporan Polis

Melalui portal hiburan, Astro Gempak, Yusof Haslam memberitahu laporan polis ini adalah sebagai langkah supaya perkara sebegini tidak berlaku lagi. Walaupun hanya memuat naik video berdurasi 30saat ia mampu memberi impak pada pembikinan filem.

Malah Yusof tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas sekiranya masih berlaku isu sebegini.

IKLAN

“Mungkin 30 saat itu kita nampak kecil, tapi sebenarnya ia memberi impak besar kepada pembikin filem.

 

“Tujuan laporan polis dilakukan untuk memberi peringatan supaya tidak berlaku lagi perkara seumpama ini.

 

“Dan kali ini pihak saya dan Astro tidak akan berkompromi lagi, jika terdapat lagi perkara seperti ini kita akan ambil tindakan tegas dan saman,” katanya dengan tegas.

Bukan itu sahaja, Yusof juga berkata tindakan individu yang tidak bertanggungjawab ini boleh memberi kesan dan menjejaskan hasil kutipan serta respon orang di pawagam.

Sedutan Filem Abang Long Fadil 2 Bocor, Yusof Haslam Buat Laporan Polis

Dalam masa yang sama, pihak Astro Shaw, Najwa turut memberitahu individu tersebut sedang disiasat oleh pihak yang bertanggungjawab.

IKLAN

“Siasatan masih dijalankan oleh pihak berkenaan dan saya rasa biar mereka jalankan tugas mereka terlebih dahulu.

 

“Buat masa ini tiada sebarang tangkapan dilakukan,” jelasnya.

Abang Long Fadil 2 akan mula ditayangkan bermula esok, 24 Ogos 2017 di setiap pawagam di Malaysia.

Filem kerjasama pertama Skop Production dan Astro Shaw ini turut menampilkan beberapa barisan artis popular seperti Zizan Razak, Syamsul Yusof, Shuib Sepahtu, Datuk AC Mizal, Achey, Tania Hudson, Wak Doyok, A. Galak dan ramai lagi.

IKLAN

MH Online harap selepas ini semua isu seperti ini tidak akan berlaku lagi dan ambil ia sebagai pengajaran.

 

SUMBER ARTIKEL & GAMBAR : Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI