Ads

Sederhana Tapi Penuh Makna, Erra Fazira Sambut Hari Jadi Ezwan Zain Di Tanah Suci – “Selamat Ulang Tahun Suamiku.”

Pelakon dan penyayi, Erra Fazira mencuri perhatian peminat apabila berkongsi momen istimewa bersempena hari kelahiran suaminya, Ezwan Zain menerusi satu hantaran di Instagram, pada Sabtu.

Apa yang lebih menyentuh hati, pasangan bahagia itu kini sedang berada di Tanah Cuci bagi menunaikan ibadah umrah, tidak lama selepas mendirikan rumah tangga pada 12 Disember lalu.

Raik Hari Jadi Di Tanah Suci

Dalam perkongsian berkenaan, Erra dalam tulisannya menzahirkan rasa syukur kerana dapat sama-sama meraikan ulang tahun kelahiran suami dalam suasana penuh keberkatan.

“Alhamdulillah… Meraikan hari kelahiranmu di tanah suci AlMunawwarah. Kedamaian di setiap penjuru terasa lebih sempurna.

“Moga dikau tetap menjadi yang terindah sehingga ke nafas terakhir. Selamat ulangtahun suamiku,” tulisnya pada ruang kapsyen.

Ads

Sederhana Tapi Penuh Makna, Erra Fazira Sambut Hari Jadi Ezwan Zain Di Tanah Suci – “Selamat Ulang Tahun Suamiku.” Sederhana Tapi Penuh Makna, Erra Fazira Sambut Hari Jadi Ezwan Zain Di Tanah Suci – “Selamat Ulang Tahun Suamiku.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Doa & Restu Peminat

Meninjau ke ruang komen, rata-rata pengikut turut mengharapkan yang terbaik seterusnya menitipkan ucapan doa buat pasangan berkenaan agar rumah tangga yang dibina terus dilimpahi rahmat serta kebahagiaan berpanjangan.

“Happy birthday, moga hingga hujung nyawa.”

Ads

“Cara pandangan si suami betul-betul mendalam, sayang sangat tu. Ya Allah, Kau berkatilah pasangan ini dengan penuh kasih sayang hingga akhir hayatnya.”

“Semoga Allah pelihara rumah tangga ini hingga ke syurga.”

“Nangis kita, semoga kekal hingga ke syurga.”

Ads

“Semoga berbahagia hingga ke syurga keduanya.”

Imbas kembali, Erra selamat mendirikan rumah tangga bersama Ezwan yang juga seorang usahawan pada 12 Disember lalu di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang, Selangor.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Komited Bantu Artis & Usahawan Baru Ceburi Bisnes, Havoc Ulas Dakwaan...

Penganjur Havoc Festival terus komited dalam memanfaatkan platform mereka bagi membantu orang ramai termasuk para selebriti untuk menceburi bidang bisnes.
error: Hello. Cannot.