Usahawan tudung, Mawar Karim baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya pada 5 Jun lalu.
Sambil menzahirkan rasa syukur, ibu tunggal beranak satu iki turut berkongsi foto serta video pendek sekitar sambutan hari jadi yang disambut cara sederhana.
“Alhamdulillah today my birthday, 5 June. Thanks a lot semua yg wish, celebrate my birthday.
“Tak pandai nk taip panjang2 my mission n visi seterusnya Alhamdulillah semua nya tercapai selama ni.
Ads
“Bersyukur sentiasa di kelilingi orang yg baik,ikhlas,syg cheq. Alhamdulillah rezeki cheq sentiasa ada.
“Apa pun Maryam la paling excited,” tulis Mawar sambil disusuli dengan ucapan dari para pengkutnya.
Terdahulu, Mawar sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Fizo Omar pada November 2013.
Bagaimanapun, pasangan yang dikurniakan seorang cahaya mata ini mengambil keputusan untuk berpisah, seterusnya membawa haluan masing-masing pada Julai tahun lalu.
Foto: Instagram Mawar Karim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan, Tya Arifin akui rindu akan kampung halaman di Indonesia selepas lapan bulan tidak pulang akibat sekatan untuk operasi penerbangan yang disebabkan wabak pandemik Covid-19.
Perkara itu dikongsikan menantu DS Siti Nurhaliza itu di Instagram miliknya.
“Pak Muhyiddin, Malaysia udah boleh balik kampung ya? Kalo aku gimana Pak @muhyiddinyassin_official kampungku di Indonesia?
“Udah 8 bulan ga (tidak) balik kampung pak,” tulisnya.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 10 Jun hingga 31 Ogos ini.
Bagimanapun, sempadan negara, pub, kelab malam, pusat karaoke dan rumah terbuka masih tidak dibenarkan.
Foto : Instagram Tya Arifin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anggota kumpulan nasyid UNIC, Bazli menjelaskan bahawa kumpulan tersebut masih belum membuat sebarang perancangan untuk mengambil mana-mana ahli baru bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Imam Muda Najdi.
Sebaliknya, dia menyifatkan UNIC kini lebih selesa bergerak secara duo bersama seorang lagi anggota yang juga merupakan penceramah selebriti, Fakhrul Radhi.
“Setakat ini mungkin tidak kot. Berdua ni rasanya lebih senang.
“Aku gaduh kau, kau gaduh aku. Aku jiran kau, kau jiran aku. Kami hanya berhadapan dengan dua pendapat dan dua pandangan sahaja.
“Nanti kalau tambah, kos pakaian kena tiga orang. Kereta kena van. Sekarang ni naik motor pun dah boleh dah,” katanya.
Tanggal 6 Jun lalu menjadi tarikh istimewa buat pelakon Sari Yanti apabila selamat melahirkan bayi lelaki.
Memasuki hari keenam pada hari ini, pelakon kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu berkongsi detik sebelum bersalin.
“Assalammualaikum.. hari ni kakak ada masa terluang sikit nak share pasal kelahiran baby baru kakak – dah hari ke 10 hari ni, tadi pun dah pegi first hospital visit dengan Baby.
“6 june 2020 hari bersejarah lagi sekali dalam hidup kakak.. Hari deliver baby yang ke 4 dari kandungan yang ke 6. Huhu.. boleh faham tak?
“Ceritanya kakak masuk labour room lepas subuh. Tapi sang putera decided nak keluar lambat sikit.. bertarunglahkakak nak keluarkan dia. Menangis tahan sakit.
“Dalam sakit sakit tu bersyukur sangat dengan nurses yang bantu kakak… terima kasih kakak ucapkan untuk kak Has.,Kak Riza, kak Bedah dan team. – (ada nama yang tak ingat sebab tengah tahan sakit kan, maafkan saya) ,” tulisnya.
Berkongsi perasaan suami, Jep Sepahtu ketika itu, dia amat bersyukur kerana kedua-duanya (isteri dan anak) dalam keadaan sihat dan baik.
“Suami kakak. Punyalah gusar suami tunggu. Sebab kakak memula confident jugak mungkin boleh bersalin tengahari.
“Ternyata walau dah banyak kali deliver baby pun belum tentu senang.
“Lama jugak kali ni kena bertarung nyawa.
“Syukur semuanya dah selamat. Ingat balik wajah suami tunggu tu priceless. Risau campur sedih , macam dia nak ikut nangis sekali.., agaknya apatah yang dia rasa. terima kasih sayang. Sebab sentiasa ada n bagi semangat untuk I 💋@jepsepahtu .
“Mak ayah keluarga. Biasanya bila keluar je dari labour room ramai dah tunggu kat luar… mak ayah, aunties, cousins, kawan kawan rapat semua ada belaka.. kali ni lain . Suami sorang je yang boleh ada,” kongsinya.
Akui agak mencabar ketika melahirkan dalam suasana wabak pandemik yang melanda dunia,Sari memanjatkan rasa syukur kerana urusannya sangat mudah.
“Dalam suasana pandemic ni Mama kakak kena tunggu kat rumah je. Kali ni kiriman doa je ikut sama. Doa mama doa baba.. doa mak abah, seluruh keluarga dan sahabat handai.
Penyanyi Misha Omar mengakui dirinya teruja untuk menjayakan Showcase ‘Aku & Lelaki’, yang disifatkan sebagai satu pendekatan baharu dalam meraikan perjalanan seni yang sudah mencecah lebih dua dekad.