Penyanyi dan pelakon, Alif Satar telah berkongsi satu video kata-kata semangat serta doa daripada, Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam iaitu Ustaz Abdul Karim Al-Makki.

Menerusi video yang dikongsikan menerusi IG TV itu, Ustaz Abdul Karim antara lain mendoakan kesejahteraan Aliff yang kini sedang menjalani rawatan dan kuarantin selepas disahkan positif Covid-19, pada Ahad.

Alif menerusi ruangan kapsyen turut menyatakan perihal doa serta pesanan dari Ustaz Abdul Karim yang boleh dijadikan penguat semangat buat mereka yang senasib dengannya.

Sedang Jalani Rawatan & Kuarantin, Alif Satar Terima Video Titipan Doa Daripada Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah – “Sabar Atas Segala Ujian Ini…”

“Alif terima pesanan khas dari ustaz @abdulkarimalmakki sebentar tadi, ada doa dan pesanan yang Ustaz ada titipkan dalam video ni yang Alif rasa boleh suntik semangat buat semua yang sama situasi dengan Alif.

IKLAN

“Dari Alif sendiri sebagai pesakit covid19, alif cukup memahami apa yang sedang oleh pesakit dan juga bekas pesakit covid19 dari segi mental.

“No one asked to be sick, and trust me I don’t even wish this upon my worst enemy.

“Jadi alif memohon agar semua teruskan berdoa buat semua yang terkesan dengan Covid19 agar terus kuat untuk kembali sembuh dan semoga wabak ini pergi meninggalkan kita secepat mungkin,” tulisnya bintang berusia 30 tahun ini.

IKLAN

Malah, hos program Big Stage ini juga turut menzahirkan penghargaan kepada para petugas barisan hadapan yang giat mengekang pandemik ini dari terus menular.

“Terima kasih frontliners yang bertungkus lumus membantu dan menjaga situasi covid-19 di negara kita.

IKLAN

“I am witnessing this first hand, they are the truly superheroes. What they are doing are truly remarkable. THANK YOU,” tulisnya lagi.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang telah meninggalkan komen positif terhadap perkongsiannya itu.

Pada masa sama, wargamaya turut menitipkan doa buat Alif yang pesakit lain agar diberi kesembuhan daripada wabak bahaya ini.

Sehingga kini, video tersebut sudah pun hampir ditonton hampir 400,000 kali.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI