Isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida menyatakan hakikat yang harus diakui apabila bergelar seorang wanita.
Ulasnya walau bagaimana bergaya penampilan seseorang wanita di luar sana, namun apabila sampai di luar, setiap orang pasti punya baju rasmi di rumah.
“Secantik dan bergaya mcm mana pun wanita2 di luar sana, bulu mata 4 tingkat pun… bila balik rumah tetap sarung baju rasmi rumah ni kan… #bajukelawar setuju x ?,” kongsinya jujur.
Bersempena dengan sambutan Hari Bapa yang disambut semalam, bintang terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari ada memberikan ucapan teristimewa buat arwah suaminya, Allaharyam Ashraf Sinclair.
Menerusi Insta Stories pada Ahad, penyanyi lagu Cinta Sejati itu ada berkongsi status ringkas, namun mendalam.
Tulisnya yang mesra disapa BCL, arwah suami akan terus kekal menjadi hero buat anak tunggal mereka, Noah Adam Sinclair.
“Selamat Hari Bapa, kamu. Kamu akan selamanya jadi hero buat Noah,” titip Bunga.
Sementara itu, meninjau ke akaun Instagram Ashraf, Allahyarham yang sinonim sebagai bapa penyayang sering kali berkongsi foto bersama puteranya itu sebelum pergi buat selamanya.
Gara-gara muka dikatakan mirip pelakon drama siri popular,Budak Tebing, Eddy Ashraf, nama pemain bola sepak remaja Kedah, Mohd Aiman Afif Md Afizul kini menjadi bualan hangat warga net.
Ia susulan, selepas gambarnya ketika menjalani sesi latihan tertutup fasa 1 bersama skuad Lang Merah tular menerusi akaun Facebook FA Kedah pada Rabu.
'BUDAK JITRA' TARIK PERHATIAN BUKAN HANYA PEMINAT BOLASEPAK KETIKA PKPP MALAH PEMINAT DRAMAAlor Setar, Rabu – Peminat…
Menerusi pengendali akaun terbabit, Mohd Aiman yang kini mendapat jolokan nama ‘Budak Jitra’ itu merupakan sorang pemain yang sangat berdisiplin dan berbakat.
Malah, prospek muda itu turut tersenarai antara pemain terbaik negara bawah 19 tahun.
“Selepas hanya beberapa minit foto pemain ini dimuat naik ke ruangan status FA Kedah, ramai peminat memberi sokongan positif dan motivasi buat beliau.
“Setakat ini beliau berdisiplin tinggi dalam menjalani latihan bersama rakan sepasukan dan antara pemain berbakat dalam bolasepak sahaja sehingga disenaraikan antara pemain Bawah 19 Tahun Malaysia,” tulis pengendali akaun tersebut.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan wajah pemain ini saling tak tumpah dengan watak Tongki yang dilakonkan oleh Eddy Ashraf.
Menurut laporan Berita Harian, Aiman dikatakan bakal kekal menyarung jersi Kedah sehingga tahun 2024 dengan klausa pelepasan dianggarkan bernilai jutaan ringgit.
Sumber: Facebook Kedah FA & Instagram Aiman Afif
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Saat ramai yang kunjung-mengunjung ke rumah rakan mahupun sanak-saudara bagi meraikan Aidilfitri meski bersyarat, namun lain pula ceritanya dengan penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan, Niena Azman.
Hal ini kerana ibu kepada seorang anak itu kini hamil 33 minggu.
Justeru, Niena atau nama lengkapnya Nur Izwani Azman perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan diri dan kandungannya dalam keadaan sihat.
“Mask on! Tak boleh nk beraya, bestnye tgk gambar-gambar org pg beraya.
“Harap dpt la beraya tahun depan.. fuh! next year dh berempat #gulagolie #33weeks.
“En.Mi pulak busy, xpe la rezeki die.. almost one week die xde masa utk kte kn Adith, ok bye!,” tulisnya.
Terdahulu, kerajaan mengarahkan bahawa aktiviti kunjung-mengunjung adalah tidak melebihi 20 orang dalam satu rumah bagi mengekang penularan wabak pandemik Covid-19.
Malah, aktiviti tersebut tidak digalakkan kepada wanita hamil, bayi, kanak-kanak dan individu yang mempunyai penyakit kronik.
Terdahulu, suaminya, Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin mendirikan rumah tangga bersama Niena yang juga merupakan penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan pada 27 April 2018.
Pasangan ini kemudiannya dikurniakan putera sulung dan bersalin secara normal pada 14 Januari 2019.
Foto: Instagram Niena Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.