Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) mendedahkan dia terkejut selepas menerima saman untuk kehadirannya di mahkamah.
Vida menjelaskan, saman berkenaan diterima di rumahnya di Meru, Ipoh, Perak beberapa hari lalu selepas dimaklumkan pegawai yang menghantar dokumen itu mencarinya di beberapa premis termasuk di pejabat dan kediamannya, lapor Harian Metro.
Mengakui sibuk dengan urusan perniagaan, Vida berkata, sebaik mendapat makluman ada pegawai yang mencari bagi menyerahkan saman, beliau segera berhubung dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
“Sebenarnya saya agak terkejut menerima saman ini. Ia dihantar di rumah saya di Meru pada jam 4 pagi.
“Kebetulan saya baru pulang dari hospital, saya terkejut dan pada mulanya tidak mahu menerima saman itu.
“Mereka kemudian meninggalkan nombor telefon dan saya menghubungi semula sebelum dimaklumkan mereka akan menghantar saman berkenaan.
“Sebelum ini saya ada dipanggil untuk memberi keterangan mengenai video Muah Muah Raya, tapi tak sangka sebesar ini kerana saya tidak mempromosikan lagu itu,” katanya.
Penyanyi lagu Ku Ikhlaskan itu ditemui di luar perkarangan Kompleks Mahkamah Sepang pada Selasa.
Turut berada di sisinya ialah Cik B dan diwakili peguam Datuk Adnan Seman.
Ads
Ditanya mengapa dirinya tidak terus membuat pengakuan bersalah, Vida berkata, beliau tidak boleh sewenang-wenangnya membuat pengakuan salah tanpa mengetahui perkara dan kesalahan sebenar terlebih dahulu.
Tambah Vida, dia juga bimbang pengakuan salah yang dibuat tanpa mengetahui perkara sebenar akan memberikan impak besar kepada perjalanan bisnes yang diusahakan.
Justeru, dia menyerahkan kepada kebijaksanaan Adnan dan pasukannya untuk mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya termasuk memastikan beliau tidak perlu kerap ke mahkamah.
Dalam pada itu, Vida turut membayangkan tidak akan berhenti mengeluarkan klip video muzik di masa hadapan, meski sedang berdepan pertuduhan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
Malah, beliau menganggap pertuduhan itu peluang untuknya melihat perkara yang tidak boleh dilakukan serta tidak mengulanginya di masa depan.
“Kalau kita tahu benda mana kesalahan (yang dilakukan)… kita kena ‘clear’ (jelas) dan tidak akan buat benda yang sama. Saya akan lebih berhati-hati,” katanya.
Ads
Sementara itu, Adnan berkata, pihaknya akan meneliti dokumen lengkap berkaitan kes berkenaan yang akan diterima daripada pihak pendakwaan seperti yang diarahkan mahkamah, pada 7 Disember ini.
Katanya, ketika ini, beliau hanya mempunyai dokumen kertas pertuduhan yang dihantar kepadanya oleh Vida melalui aplikasi WhatsApp.
“Kita akan teliti dokumen dan akan lihat apa tindakan selanjutnya. Tapi hari ini, pada pihak kita, kami membuat pengakuan tidak bersalah buat masa ini,” katanya.
Pada masa sama, Adnan berkata, isu video yang dihasilkan mengandungi bahan yang dianggap sumbang atau sebaliknya bergantung kepada interpretasi seseorang.
Katanya, kes berkenaan memberi peluang kepada banyak pihak untuk mengetahui memahami peruntukan undang-undang dan kesannya.
Ads
“Kadang kala ramai yang tidak faham implikasi undang-undang terhadap setiap bahan yang dimuat naik melalui media sosial kerana kini ada bermacam-macam trend di aplikasi TikTok dan YouTube.
“Bagi sesetengah pihak melihat ia sumbang tetapi bagi sesetengah pihak ia adalah benda yang ‘trending’. Benda ini kita perlu jelas.
“Kita akan nasihatkan anak guam lebih kepada interpretasi undang-undang dan bukan soal ‘trending’,” katanya.
Terdahulu, Vida mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap satu pertuduhan memuat naik komunikasi bersifat sumbang pada Mei lalu, membabitkan video muzik Muah Muah Raya.
Vida membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.
Usahawan berusia 51 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang bersifat sumbang dengan niat menyakitkan hati orang lain, pada 29 April lalu melalui akaun YouTube DSV Entertainment.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Satu perkongsian video pengguna TikTok malam tadi mencuri perhatian wargamaya apabila para penyokong bola sepak yang hadir di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru, menyanyikan lagu Selamat Pegantin baru buat pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rashid.
Menerusi video yang dikongsi pemilik akaun @Ahboysalo, Safawi yang pada ketika itu berada di tepi padang dilihat memberikan penghormatan dan melambaikan tangan buat para penyokong.
Video pendek itu memaparkan para penyokong yang memenuhi stadium ‘menghadiahkan’ lagu yang dipopularkan oleh Wann itu buat Safawi.
Situasi tersebut dipercayai dirakam sejurus tamat perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2022 di antara pasukan JDT dan Sabah FC.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat memberikan reaksi pelbagai yang mana rata-ratanya mengusik selain mendoakan yang baik-baik buat pemain yang menyarung jersi pasukan JDT nombor 11 itu.
“Kad dah siap dah pun. Selamat pengantin baru in advance Pawi.”
“Saya yang kahwin dengan sepupu dia pun tak tahu dia nak kahwin.”
“Ceyy dah nak kahwin.”
“Dulu nyanyi lagu Pengantin Baru untuk TMJ ramai-ramai di Stadium Larkin. Hehehe…”
“Dah nak kahwin ke dia.”
“Lahh crush saya dah nak kahwin ke.”
Sebelum ini, kisah hubungan akrab Safawi dan Syifa Melvin yang juga adik kepada pelakon Syatilla Melvin menjadi buah ramai.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua belah pihak yang menjelaskan mengenai hubungan sebenar yang terjalin di antara mereka berdua.
Dalam pada itu, menerusi perlawanan malam tadi, JDT selaku tuan rumah berjaya menumpaskan Sabah FC 4-1, sekali gus melayakkan mereka ke pentas akhir Piala Malaysia 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Nadiyah Shahab mengakui kini dia lebih gemar untuk mengenakan rambut palsu bagi menjaga kesihatan rambut aslinya.
Nadiyah atau nama sebenarnya, Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab, 31, berkata pemakaian rambut palsu juga lebih mudah baginya kerana tidak perlu mengambil masa lama untuk bersiap.
“Kalau tak berdandan (rambut) dengan betul, ia akan tak menjadi. Sebab rambut saya aslinya memang keriting. Cuma kalau nak hadiri majlis yang besar-besar barulah saya berdandan rapi.
“Tapi saya tidak nafikan ramai juga yang mengenakan rambut palsu bila keluar. Sama ada kita perasan atau sebaliknya,” katanya kepada MH.
Nadiyah yang kini fokus mengusahakan jenama Absolut bersama suaminya yang juga pelakon, Ben Ali berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Absolut Music Festival 2022 di MITEC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Nadiyah juga tidak menafikan rambut akan terdedah kepada kerosakan sekiranya kerap didandan atau digayakan.
“Rambut saya dah banyak kali hampir rosak sebab terlalu banyak terdedah kepada bahan kimia bila bersiap atau perlu digayakan banyak kali ketika jalani penggambaran.
“Jadi bagi saya cukup-cukuplah. Kini rambut saya bertambah sihat dari dalam,” katanya lagi.
Sementara itu, Absolut Events & Management Sdn. Bhd. dengan kerjasama jenama ELFBAR bakal menganjurkan sebuah konsert percuma pada 4 hingga 6 November depan di Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Acara berkenaan julung-julung kali diadakan yang menggabungkan muzik dan makanan dalam satu bumbung kepada para pengunjung yang hadir.
Antara nama-nama besar yang bakal terlibat di dalam konsert percuma itu termasuk Akim & The Majistret, kumpulan rock legenda Search, vokalis Alleycats; Datuk David Arumugam, Faizal Tahir, Joe Flizzow, Andi Bernadee, Dolla serta ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak dikurniakan cahaya mata, pelakon Anzalna Nasir semakin jarang kelihatan di kaca televisyen kerana ingin memberikan fokus terhadap penjagaan dan pembesaran anak-anak.
Menurut Anzalna atau nama sebenar, Nur Anzalna Md Nasir, 34, anak-anak merupakan punca kenapa dia mengambil keputusan untuk memperlahankan karier seninya sebagai seorang pelakon.
“I still love being a mother. Penat yang puas! Dapat tidur tiga jam pun, bangun pagi tetap bertenaga bila tengok muka anak-anak.
“Paling best bila anak-anak dah besar nanti kita boleh cerita ragam mereka daripada baby sampai ke besar sebab kita sendiri yang menjaga mereka.
“Ada maid atau tidak, tugas menjaga anak 100% pada saya dan suami. Tak nak anak membesar di tangan orang lain (punca kenapa saya tidak shooting drama),” tulisnya dalam perkongsian di InstaStory.
Hasil perkongsian hidup dengan Hanif Zaki, Anzalna mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidress, 2, dan Mohamad Emirhan yang kini berusia lima bulan.
Walaupun baharu memiliki dua anak, namun Anzalna berkata rumahnya tetap ‘kecoh’ dengan ragam dan keletah anak-anaknya.
“Anak dah dua ni kecoh juga. Baru dua tau… hahahaha. Kadang terfikir macam mana my mum and dad jaga kami lima beradik without helper. Hebattt!” tulisnya lagi.
Sekadar info, Anzalna memulakan kerjaya seni selepas bergelar finalis Dewi Remaja 2009/2010.
Antara drama lakonannya yang menjadi perhatian ialah seperti Memori Cinta Suraya, Dendam Aurora dan Love You Mr. Arrogant.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Anzalna Nasir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...