Pasangan selebriti, Siti Sarah dan suaminya, Shuib kembali berduet menerusi lagu Semakin Benci Semakin Cinta selepas sembilan tahun berpadu suara.
Ternyata, naskhah ciptaan dan lirik oleh Ajai itu pastinya menjadi makna istimewa memandangkan Sarah kini sedang hamil anak keempat mereka.
Sebelum ini, Sarah dan Shuib terlebih dahulu pernah muncul menerusi single Nyawa Itu Cinta yang dilancarkan sekitar tahun 2012 lalu.
Menurut Sarah, meski kita sedang berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini, dia melihat ini waktu yang sesuai untuk mereka berkongsi karya baharu kepada semua.
“Lagu ini sudah dirakamkan sejak setahun lalu, lebih tepat ketika negara kita berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) yang pertama dahulu.
“Idea lagu ini hadir daripada Ajai sendiri apabila dia yang ingin melihat kami berduet. Malah lagu ini memang diciptakan khas buat saya dan Shuib.
Ads
“Ikutkan selepas siap dirakam memang tiada tarikh untuk lagu ini dilancarkan. Jadi, dalam keadaan saya menunggu hari untuk melahirkan anak keempat dan Shuib juga tidak terlalu sibuk dengan urusan perniagaan, jadi inilah waktu tepat untuk diperdengarkan kepada peminat,” katanya.
Meski tajuk lagu menggambarkan kisah cinta, namun ini bukanlah babak kehidupan yang dilalui pasangan ini. Namun, ia dilihat sesuai untuk dihayati berdasarkan situasi semasa ketika ini.
“Situasi lagu ini menggambarkan bagaimana dua insan yang saling menyayangi terpaksa berjauhan atas sebab tertentu. Dalam tempoh ini wujud pelbagai kejadian yang menduga rasa cinta mereka. Bagaimana ukuran cinta bukanlah berdasarkan jarak tetapi perasaan itu sendiri.
“Dengan keadaan negara kita yang berhadapan dengan pandemik ini, pasti ramai yang melalui situasi yang sama.
Ads
“Bukan sekadar tidak dapat bertemu orang tersayang, malah ada yang tidak dapat pulang ke kampung berbulan lamanya untuk bertemu orang tersayang. Jadi lagu ini saya anggap cukup kena dengan situasi sekarang,” tambahnya lagi.
Sementara itu, pelawaan Ajai untuk berduet tidak dipandang sepi oleh Shuib. Melihat ini sebagai hadiah untuk isterinya yang kini sedang berbadan dua, besar harapannya untuk melihat lagu ini diterima baik pendengar.
Ads
“Kalau mahu kata puas hati, saya memang puas hati dengan penyampaian saya dalam lagu ini. Cuma kita tidak boleh harap perkara yang sama daripada semua pendengar.
“Bukan apa selepas sembilan tahun lagu terakhir saya dengan isteri, harus diakui memang agak mencabar. Apa pun saya bersyukur dengan perlancaran lagu ini,” katanya.
Dia pada masa sama menambah, Ajai tahu tentang kemampuan vokalnya dan apa yang diciptakan itu ‘kena’ dengan mereka berdua. Seterusnya, memudahkan proses rakaman.
Untuk rekod, lagu ini diterbitkan oleh Inisiatif Seni Kreatif (ISK) dengan kerjasama Wake The Baby Records Sdn Bhd dan diedarkan oleh Indigital Music.
Lagu ini sudah boleh distrim menerusi semua platform digital dan lirik video boleh ditonton di YouTube bermula 22 Jun lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi program Wanita Hari Ini di TV3 yang membicarakan topik ‘Kehilangan Akibat Pandemik’ baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Marsha berkongsi kisah mendukacitakan buatnya seisi keluarga.
Dia yang diundang sebagai tetamu jemputan secara virtual terpanggil untuk bercerita pengalamannya yang telah kehilangan bapa mentua akibat wabak berbahaya Covid-19.
Menurut Marsha, dia rasa sangat takut setelah mendapat khabar berita bapa mertuanya disahkan positif wabak tersebut.
Difahamkan, bintang itu mendapat tahu mengenai perkara berkenaan ketika sedang berkerja di Seremban, Negeri Sembilan.
Kongsi penyanyi berusia 35 tahun ini lagi, bapa mentuanya itu tidak dapat diselamatkan oleh kerana sedia mempunyai beberapa penyakit seperti jantung dan buah pinggang.
“Pada ketika itu, saya sangat berasa takut sebab saya tahu bapa mentua merupakan golongan yang berisiko tinggi.
“Macam bapa mentua saya, dia punyai sejarah penyakit jantung, buah pinggang dan beberapa penyakit yang lain.
“Jadi bila dia dijangkiti Covid-19, sangat memberi impak dan kesannya seluruh sistem tubuh badan bapa mentua saya terganggu.
“Oleh kerana impak itu, bapa mentua saya tidak sempat diselamatkan,” katanya.
Imbas kembali, bapa mentua Marsha, Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman telah kembali ke rahmatullah pada 22 Mei lalu, Al-Fatihah.
Foto: Instagram Marsha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyampai radio Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih Sinonim disapa Dj Lin berkongsi kenangan ketika melanjutkan pengajian tinggi di Institut Teknologi Mara, kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Di samping berkongsi sekeping foto kenangan bersama peminat, Dj Lin memberitahu peluang dan kesempatan untuk melanjutkan pengajian di kampus merupakan satu kenangan yang terindah.
Pada masa sama, penerima trofi Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-33 ini meluahkan rasa syukur terhadap peluang dan rezeki yang dikurniakan Yang Maha Esa.
“Kenangan di tahun #90an tersemat indah di kamus ingatan Kesempatan melanjutkan pelajaran ke #universiti adalah momen paling berharga dalam hidup #djlin.
“Syukur atas anugerah yg Allah kurniakan Cuba anda pulak kongsikan 1 gambar plg rare sekitar tahun #90an,” tulisnya bersama beberapa hashtag.
Menerusi hantaran lain bersempena dengan kempen Demam 90-an Suria, DJ Lin turut mendedahkan cita-cita sebenarnya ialah untuk menjadi anggota polis. Bagaimanapun, hasrat tersebut tak kesampaian.
“Sempena Kempen #demam90ansuria @suriamalaysia #djlin kongsikan memori menerusi foto istimewa ini yang diambil pada tahun 1998 sewaktu menuntut di #ITMShahAlam.
“Waktu ni #djlin di semester 5 dalam jurusan #IjazahSarjanamuda #KomunikasiMassa #MassComm. Waktu ini umur Lin 23 tahun✌🏻Rindunya zaman study dulu, #djlin majouring in #journalism @ #kewartawanan, kengkawan sekuliah kebanyakannya jadi #wartawan & #guru tapi #djlin entah macamana jadi #PenyampaiRadio.
“Tak pernah sangka pun cita2 sebenar nak jadi seorang #PegawaiPolis tapi takda rezeki. Diam tak diam dah 22 tahun #djlin menceburi dunia #radio sebaik saja tamat pengajian di universiti dulu.
“Tahun #90an menghadiahkan terlalu banyak kenangan buat diri Lin yg pastinya akan terus terpahat dihati hingga ke akhir hayat Lin nanti.
“Doakan #djlin moga terus berjaya di arena kehidupan & sihat selalu agar dapat sentiasa temankan malam anda menerusi #suriacinta di #suriafm gittu #deman90an #suriafm #radiodj #radioannouncer #uitmstudent,” tulisnya.
Sekadar informasi, Dj Lin melanjutkan pengajian tinggi dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan) di Institut Teknologi Mara (ITM), kampus Shah Alam, pada tahun 1996 sehingga 1999.
Foto: Instagram Dj Lin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Luqman Hafidz mengakui berasa terkesan dengan pengunduran bintang Korea Selatan, Lee Kwang Soo daripada program televisyen popular, Running Man.
Jelas Luqman, sepanjang 11 tahun mengikuti rancangan tersebut, dia merasakan program Running Man telah banyak membantunya untuk mengharungi detik-detik sukar didalam hidupnya selama ini.
Katanya lagi, peranan yang dimainkan oleh Lee Kwang So sedikit sebanyak turut mempengaruhi kehidupannya.
“#LeeKwangSoo, last episode (559).
This might look so simple to anyone else, but an emotional one for me.
“Running Man help me go through many hardship in life. 11 years of following the shows, and this man is one of the biggest reason why.
“So genuine, entertaining, funny, caring, loving through out the shows. Love by many,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Ahli Bapak-Bapak Club itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Luqman turut menambah, semenjak bergelar pelakon, dia juga selalu menjadikan Lee Kwang Soo sebagai bahan rujukan terutamanya bila melakonkan watak-watak komedi.
“When acting became my profession, he is one of my reference in comedy. Now he’s saying goodbye. Thank you for what you did in #runningman .
“Thank you for the laughter, and thank you for the memories. Gonna keep supporting you and wish you all the best,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Lee Kwang Soo telah pun membuat penampilan terakhirnya bersama program Running Man yang disiarkan secara rasmi pada Ahad lalu.
Untuk rekod, Lee Kwang Soo telah merakamkan sebanyak 559 episod sepanjang 11 tahun penglibatannya di dalam program tersebut.
Sumber: Instagram Luqman Hafidz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...