Industri hiburan dikejutkan dengan pemergian pelawak popular, Abam Bocey yang telah meninggal dunia selepas Subuh pagi tadi dipercayai akibat demam panas.
Abam atau nama lengkapnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak, Kuala Lumpur.
Perkara itu disahkan isteri Abam, Hidayah kepada adik Allahyarham, Ali.
Lantas, perkara itu mengejutkan ramai pihak termasuk rakan selebriti dan pelawak yang pernah sama-sama dalam satu gelanggang lawak.
Suasa sedih dan sayu mengiringi upacara pengebumian jenazah Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan atau Abam Bocey di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu sekitar jam pukul 7.30 malam tadi.
Dianggarkan seramai 2,000 tetamu hadir bagi memberi penghormatan terakhir pada Allahyarham.
Antara rakan artis yang hadir seperti Achey, Black, Fasha Sandha, Fizo Omar, Zamani, Datuk AC Mizal, Mark Adam dan Hairul Azreen.
Turut hadir bersama, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dalam pada itu, Achey yang merupakan sahabat terdekat arwah bersyukur kerana upacara pengebumian berjalan lancar.
“Dalam keadaan dia pergi saya bersyukur dan reda kerana dia pergi dengan tenang dan tidak meninggalkan apa-apa kontroversi.
“Saya harap doa orang ramai sampai kepada arwah dan semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman,” kata Achey seperti dipetik IGTV Awani.
Berkongsi momen indah bersama arwah, Achey yang sama-sama menganggotai kumpulan Bocey ada cerita sendiri.
“Kami (Abam, Fad dan Achey) ada berkongsi untuk menambah anak kerana kami suka bercerita mengenai hal demikian. Itulah antara momen kami kongsikan bersama
“Dia (arwah) ada cakap dia nak tambah anak lagi seorang. Saat dia pergi, saya pegang anak arwah memang sangat sayu. Tambahan pula, anak arwah masih kecil,” kata Achey dalam nada sebak.
Sementara itu, Achey menjelaskan bahawa mereka sudah membuat persediaan untuk bekerjasama dalam sebuah program menerusi platform media sosial.
“Kami ada perancangan untuk membuat satu program yang menggunakan platform media sosial. Malah, persiapan sudah pun dilakukan dan itu juga merupakan idea arwah.
“Saya dan Fad akan teruskan karier dan tanggungjawab ini. Kami juga ada periuk nasi masing-masing. Kami akan cuba kembangkan apa yang kami ada. Kami tak akan lupakan dia,” akhiri Achey tenang.
Terdahulu, Allahyarham Abam meninggalkan seorang balu, Siti Nur Hidayah Mohd Ali, 28, dan anak lelaki mereka Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini mencecah usia 5 bulan.
Arwah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada pagi Isnin, sebelum jenazahnya dihantar ke Hospital Selayang bagi proses bedah siasat.
Jenazahnya kemudian dibawa ke Masjid Zakaria, Gombak kira-kira jam 5.30 petang semalam dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu sekitar jam pukul 7.30 malam.
Menerusi program Trek Selebriti, usahawan dan pengacara popular, Neelofa ada membuka kisah cinta lamanya kepada umum.
Malah dia turut mengakui sangat kecewa sewaktu percintaan yang terjalin tiba-tiba putus di tengah jalan.
Namun, dia terus bangkit demi membuktikan putus cinta membuatkannya lebih bersemangat dalam memburu kejayaan.
“Sebenarnya sewaktu saya mula-mula menceburi bidang hijab dan lens, saya tengah patah hati. Saya sangat kecewa dengan bekas kekasih pada waktu itu.
“Saya masih muda, baru 25 tahun dan masih mencari-cari identiti. Apa yang mahu dilakukan. Disebabkan sedih dan kecewa, saya salurkan ke dalam bidang perniagaan.
“Saya kerja sehingga jam 4.00 pagi dan setiap hari begini.
“Saya mahu buktikan kepada orang yang saya kenal bahawa dengan dia atau bukan, saya wanita yang kuat, saya boleh menjadi seseorang,” jelasnya jujur.
Usahawan ini turut mengulas detik putus cinta buat kali kedua Juga.
Dedahnya, kekecewaan membuatkan dia mahu menjadi yang lebih baik.
“Kali kedua saya putus cinta, saya berniat untuk terus dikenali ke peringkat dunia, saya mahu jenama saya ke peringkat lebih luas.
“Bila putus cinta, saya tidak duduk dalam bilik dan menangis. Saya bukan begitu. Saya gunakan kesedihan dan kekecewaan untuk sesuatu yang lebih bagus.
“Walaupun awak fikir awak lebih baik encik ex boyfriend, saya boleh menjadi yang lebih baik daripada awak,” jelasnya.
Perkongsian ini memberikan inspirasi buat netizen dan menjadikan Neelofa sebagai idola.
Lebih menarik, ramai juga yang meneka dan berteka-teki mengenai bekas kekasih yang dimaksudkan.
Foto : Instagram Trek Selebriti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...