Sering bergandingan dengan pelakon berstatus suami orang, pelakon Sophia Albarakbah berkata kadang-kala timbul kerisauan untuk melakonkan adegan romantik dengan pasangan ‘on-screen’-nya.
Namun begitu, Sophia mengakui beruntung kerana kesemua isteri kepada rakan aktornya itu memahami tuntutan kerjaya suami masing-masing.
“Memang ada perasaan risau sebab kita sebagai wanita, kalau suami kita berlakon dengan perempuan lain mesti kita akan ada perasaan cemburu itu.
“Sebagai perempuan, saya bertanya juga, dia okay ke saya berlakon dengan suami dia, dia (akan) attack saya tak, saya rasa takut-takut sikit (pada mulanya).
“Tapi semua isteri pelakon yang saya pernah bekerja, isteri mereka sangat memahami tuntutan kerja suami, jadi tiada masalah buat saya,” katanya kepada MH.
Ads
Sophia ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri terbaharu lakonannya, Cinta Hilang Kata yang berlangsung di Panggung Asia, Gombak, Kuala Lumpur pada Selasa.
Menerusi naskhah terbitan Country & Universal Sdn. Bhd itu, Sophia sekali lagi digandingkan dengan pelakon berstatus suami orang iaitu, Shahz Jaszle.
Bercerita mengenai pengalamannya berlakon dengan Shahz, Sophia turut memuji isteri aktor itu yang sangat memahami kerjaya suaminya.
Ads
“Saya kenal dengan isteri Shahz, Hanis jadi tidak timbul masalah untuk bekerja dengan Shahz Jaszle.
“Malah, Hanis sendiri yang akan masukkan apa-apa promo berkaitan drama ini ke dalam media sosial suaminya,” ujarnya lagi.
Selain Shahz, Sophia sebelum ini pernah bergandingan dengan Datuk Aaron Aziz, Fattah Amin dan Datuk Adi Putra.
Ads
Sementara itu, drama Cinnta Hilang Kata akan memulakan tayangannya pada 18 Julai ini di saluran Astro Prima (105), setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang.
Drama arahan Kyoll Hamzah itu menampilkan gandingan Sophia, Shahz Jaszle, Nelissa Nizam, Iqram Dinzly, Hariz Hamdan dan Liza Abdullah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Sophia Albarakbah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semalam, portal Mstar ada berkongsi sebuah kisah mengenai seorang usahawan yang telah menghadiahkan wang tunai berjumlah RM25,000 bersempena dengan hari lahir ibunya.
Berita tersebut kemudiannya tular dan menerima komen pelabagai daripada warga maya.
Antara yang turut sama memberikan reaksi terhadap video tular ini adalah pelakon, Idris Khan.
Jelas Idris, menggembirakan hati ibu bapa sememangnya menjadi idaman setiap anak-anak namun tidak semua dapat melakukan perkara yang sama kerana rezeki setiap orang itu adalah berbeza.
Jelasnya lagi, adalah lebih baik sekiranya perbuatan tersebut secara sembunyi dan tidak menunjuk-nunjuk.
“Rasanya ramai yang berkeinginan nak buat seperti ini untuk ibu mereka, tetapi tidak semua murah rezeki-nya sebegini.
“Jadi sebaiknya buat kebaikan, bagi tangan kanan tangan kiri tak nampak. Hentikan trend suka menunjuk bagi cash.
“Simpan untuk diri sendiri cukup. Allah tahu,” tulisnya.
Kenyataan tersebut disuarakan oleh Idris menerusi ruangan komen di Instagram Mstar.
Malah, pelakon drama Asal Dia Bahagia ini turut berharap agar trend suka menunjuk ini dapat dihentikan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Idris malah ada juga yang memberikn reaksi sebaliknya.
“Totally agree bro. Tiada anak dI dunia ni yang taknak buat begini. Everyone wish to give the best tapi tak semua orang mmpunyai rezeki sebegini,” luah seorang individu.
“Dan paling tak best ada parents yang cuba compare anak sendiri dengan orang yang boleh hadiahkan parents mereka kereta, bagi duit kepok-kepok. Apa-apa pun moga dipermudahkan rezeki kita semua. Aamiin,” komen individu lain pula.
Sumber: Mstar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Nubhan Ahamad tabah selepas diuji dengan positif Covid-19 sejak 16 September, meski dirinya sudah lengkap menerima dua dos vaksin kira-kira dua bulan lalu.
Bagaimanapun suami kepada Dr Afifah Hidayah Tawfek itu memaklumkan yang dia kini sudah bebas daripada wabak berkenaan.
Menurut Nubhan, ketika disahkan positif wabak itu, isteri dan dua anaknya didapati negatif.
“Saya dikuarantinkan selama 10 hari diPusat Kuarantin Swasta di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur. Pada 26 September lalu, saya sudah potong gelang merah jambu menandakan bebas daripada penyakit berkenaan.
“Saya positif wabak itu buat kali pertama dengan simptom tertentu seperti sakit kepala seperti kena denggi, rasa seram sejuk, hilang deria rasa dan bau.
“Saya bersyukur kerana berjaya mengharungi detik sukar itu meski kena berjauhan dengan keluarga. Memang kita semua nak elak daripada terkena jangkitan wabak itu. Tapi malang tak berbau. Saya akur,” kata penyanyi lagu Ada Untukmu.
Nubhan pada masa sama menambah, dia juga mula sedar bahawa lengkap vaksinasi, ia bukan jaminan kebarangkalian terkena COVID-19 takkan berlaku.
“Doktor cakap, walaupun sudah lengkap vaksinasi, mereka boleh terkena wabak itu sama ada menunjukkan simptom atau sebaliknya.
“Benar kita berusaha suntik vaksin sebagai salah satu ikhtiar. Tapi itu juga bukan alasan yang kita akan selamat dan tak kena COVID-19.
“Pendek kata, memang kena terus jaga diri dan prosedur operasi standard (SOP),” katanya.
Sebelum ini pada 2 Ogos lalu, kakak serta abang iparnya, turut disahkan positif COVID-19.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sudah sebulan mendirikan rumah tangga,Instafamous Beby Tora masih tidak dapat menahan amarahnya apabila masih ada yang mempersoalkan saiz badannya.
Lalu, Tora atau nama sebenarnya Atierah Zulfatie telah memberi ‘amaran’ kepada mereka yang masih memperlekehkan bentuk fizikalnya.
“Gemuk aku pun suami aku tetap syg .gemuk aku pun family aku smua syng aku .gemuk aku pun tak prnah minta duit kat orang lain .gemuk aku pun,tak prnah nak minta simpati oqang lain.
“Gemuk aku pun tak prnah susahkan ssapa .gemuk aku skalipun cari duit sndiri and beli apa aku nak .gemuk aku skalipun aku tak harap duit suami and duit kluarga aku .gemuk aku skalipun,aku ada simpanan untuk masa depan aku .gemuk aku skalipun aku kerja cri rezeki halal .
“Gemuk aku pun aku mkan tak minta duit orng .gemuk aku pun beli apa aku nak tak minta duit orng lain.wlaupun aku tak suka brseronok mcm orng lain ,pakai lawa2 ,beli beg mahal2 mcm orng lain tapi aku bahagia sbb orng keliling aku smua hargai aku .dan biar badan gemuk janji mulut tak condemn orng sana sini,” tulisnya.
Sehubungan itu, Tora berasa kesal atas kata-kata netizen mengenai saiz badannya itu.
“Sedih dngn orang skrng .yang gemuk tetap buruk di mata orang lain ..yg gemuk tK layak bHGia tak layak nak ada life normal mcm orng lain .orng yg suka body shaming ni kan memang pemikiran teruk ..
“Mesti depa tak bahagia dngn life sndiri ?sbbkan orng yg suka hina orng lain ni la buatkan orng gemuk ni tak confident nak brdiri dpan umum,nak brcakap ,nak brpakaian dpan umum .gemuk ni tutup aurat pun ada orng condemn.hat kurus pakai seksi orng puji ?
Bagaimanapun,Torabersyukur kerana suaminya, Apit Johari sentiasa memberi semangat buatnya.
Hampir dua tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Datin Niena Baharun menafikan dakwaan bahawa suaminya tidak mengizinkannya meneruskan kerjaya seni.