Uncategorized

“Sebab Mark Adam Saya Ada Instagram,” – Man Bai Kongsi Pengalaman Guna Sosmed

Share

Penyanyi lagu Kau Ilhamku, Man Bai menjelaskan bahawa sebelum ini dia tidak mempunyai mana-mana akaun media sosial termasuk Facebook dan Instagram.

Man Bai atau nama sebenarnya Abdul Rahman Osman telah berkongsi pengalamannya ketika menggunakan akaun Instagram yang dicipta oleh Mark Adam.

“Ketika bertemu dengan Mark, dia cakap saya ketinggalan zaman sebab saya tak ada Instagram dan dia terus ambil telefon saya dan membuat akaun Instagram untuk saya,” katanya ketika ditemui dalam majlis bersama media Raikan Malaysia bersama Astro di Astro All Asia Broadcast Centre, Bukit Jalil semalam.

Tambah Man Bai, dia agak kekoh untuk menggunakan sosmed itu, namun lama-kelamaan dia sangat seronok menggunakannya.

“Mula-mula rasa susah tapi lama-lama seronok pula ada Instagram kerana ada juga manfaatnya kalau digunakan dengan betul,” katanya.

 

“Melalui platform ini boleh berkongsi perkembangan terbaharu dengan peminat namun saya lebih selesa tidak memuat naik gambar berkaitan peribadi,” tambahnya lagi.

Menggunakan nama @manbai67, gambar pertama yang dimuat naik penyanyi berusia 51 tahun itu di Instagram adalah bersama Mark dan Jihan Muse.

“Kebetulan masa Mark buat Instagram saya tu, Jihan ada bersama dan kami pun ambil gambar bertiga dan itu adalah gambar pertama saya di Instagram yang dimuat naik oleh Mark,” kata Man Bai tersenyum.

Dalam perkembangan lain, Man Bai telah menyiapkan single terbarunya berjudul Saling Mengerti.

IKLAN