Mula menempa nama sebagai seorang vlogger di Malaysia, Sean Lee kini lebih dikenali apabila menjadi salah seorang pelakon drama MY Coffee Prince Malaysia.

Walaupun mendapat watak pelakon pembantu dalam drama tersebut ternyata dia tetap memberikan impak kepada peminat drama apatah lagi dengan wajah ‘handsome’ nya yang itu.

‘Sean Lee Nak Kahwin Muda’- Kenali 4 Perkara Mengenai Pelakon MY Coffee Prince Ini

IKLAN

Dalam kesempatan bertemu dengan Sean di Pejabat Google Malaysia semalam, MH sempat bertanya mengenai kehidupan peribadi vlogger/pelakon tersebut.

“Sebenarnya, saya nak kahwin awal dan kini sedang membuat persiapan ke arah kehidupan perkahwinan.

“Calon? masih belum ada, masih mencari lagi. Harapnya dapat jumpa,” katanya kepada Media Hiburan.

Ohmy! dah lah muka ‘handsome’, nak kahwin awal pula tu. Pada MH tentu Sean tiada masalah nak cari calon kan?

IKLAN

‘Sean Lee Nak Kahwin Muda’- Kenali 4 Perkara Mengenai Pelakon MY Coffee Prince Ini

IKLAN

Dalam pada itu, dia turut berkongsi mengenai minat terbarunya dalam bidang pertukangan.

“Baru-baru ini, saya semakin tertarik dengan bidang ‘DIY’ jadi saya juga ada memikirkan untuk menjadikan pertukangan sebagai karier saya jika sudah bersara dari industri hiburan kelak.

“Saya mula perasan minat ini bila dalam proses membuka kafe saya. Memandangkan bajet agak kecil jadi saya membuat keputusan untuk membuat segalanya sendiri seperti meja, kerusi, tangga, bar, dan lain-lain.

“Semua itu dibantu oleh rakan baik dan rakan-rakan lain yang akan datang membantu semasa masa lapang mereka.

“Saya seronok bila sesuatu barang itu siap dihasilkan menggunakan penat-lelah saya sendiri dan diri sendiri terkejut dengan penemuan ini,” katanya lagi.

Sementara itu, Sean juga turut berkongsi satu ‘habit’ dan buah kegemarannya.

“Buah kegemaran saya adalah durian dan saya ada satu boxer ‘batman’ yang akan bawa kemana-mana semasa ‘travel’ walaupun saya tak pakai,” katanya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI